Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Bersambung lagi mengenai Mesin Basuh berusia 5 tahun yang mengalami kerosakan. Sekali lagi isunya ialah air keluar tak kumpul-kumpul. Aku tengok kat youtube supaya menggantikan drain motor tetapi sebelum tu aku nak buka dalam. Nak tengok betapa kotornya di dalam mesin basuh Toshiba ni.

Bukan mudah nak buka mesin basuh terutama kat cover dashboard. Ini yang perit sedikit nak dibuka. Mungkin sebab dia takde banyak skru tapi tetap ku usahakan juga. Mashallah bila ditelanjangkan mesin basuh tu ku lihat berkumpul kotoran yang terselit dan tertampal pada drum mesin basuh tu. Memang patutlah ada tersumbat sana sini. Aku membersihkan serba sedikti kawasan yang dapat dicapai.

Alhamdulillah selepas melakukan kerja-kerja cuci yang memakan masa 1 jam itu, mesin basuh berfungsi dengan baik. Walaupun pada mulanya aku nak gantikan drain moto tu tapi rasanya tak perlu buat masa ni.

Mungkin disebabkan kekotoran yang melanda salur mesin basuh itu menyebabkan timbangan baju tidak berfungsi dengan baik. Ia mengakibatkan sensor tidak mengenali kuantiti air yang perlu dimasukkan sekaligus penutup getah stopper sentiasa buka tutup.

Cadangan aku kepada korang semua, kalau ada berlaku isu air keluar atau tidak keluar, mula-mula korang cuba bersihkan dulu kekotoran dalam drum serta salur dulu. Lepas tu baru uji.. Kalau ujian teta gagal, cuba tengok drain moto adakah berfungsi. Adakah stopper menutup lubang hos atau tidak. Jika drain moto berfungsi cuba tengok getah di stopper tu. Mungkin tak tutup rapat atau dah rosak.

Rasanya kalau hantar kedai memang buta-buta RM1++ akan melayang ni.

Semoga kisah-kisah aku dengan mesin basuh dapat membantu korang semua juga. Aku juga cadangkan agar korang melayari youtube Hairul VCool , banyak yang dikongsikan tentan mesin basuh dan peti ais ni. Kurang-kurang korang boleh belajar dari situ dan dapat jimatkan masa serta kos untuk memperbaiki. Cuma tenaga tu kena guna lebih sikit la kan. Takpelah, dapat belajar sesuatu yang baru dan keluar peluh tu.

Beberapa gambar yang menunjukkan kekotoran amat pada mesin basuh

One Reply to “Cuci Mesin Basuh Toshiba”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.