Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Minggu ni aku nak cerita sikit pasal pembaikan. Bukan pembaikan komputer sebab aku tak berapa minat nak godek komputer da… Nak tengok hal-hal rumah sebab sedang berusaha untuk membangunkan projek homestay ni. Antara perkara yang menjadi keutamaan adalah shower di bilik mandi utama. Paip boleh pusing tapi air tak leh keluar. Kalau ikutkan, tukar je kepala paip tu sebab mungkin masalah getah tapi memandangkan ianya melibatkan memecahkan bahagian mozek maka aku terpaksa bagikan ke yang pakar. Alhamdulillah, berjaya diselesaikan dengan kos RM100 oleh freelance plumber ni. Ooo ye, aku ada buat satu google form untuk kumpul senarai plumber, kalau korang ada kawan-kawan buat plumber boleh letak kat sini .
Okay selain tu aku juga mengalami masalah dengan mesin basuh. 2 bulan yang lepas aku ada tulis mengenai mesin basuhku yang telah diperbaiki. Kira-kira 2 bulan juga isu yang sama berlaku kembali. Air yang masuk terus keluar. Dan ini memang mendatangkan marah bila terjadi dalam masa singkat. Agak bengang juga sampai ingat nak tukar je mesin basuh yang baharu. Tapi bila memikirkan kewangan tidak cukup sempurna maka aku cuba kaedah lain. Ku lihat kaedah DIY di Youtube dan nampak beberapa isunya. Memandangkan valve dikatakan telah ditukar 2 bulan lepas , aku cuba tengok tempat lain. Antaranya ialah di kawasan valve itu sendiri. Aku tengok getah masih ok, cuma risau ‘drain motor’ tu rosak. Tapi tengok macam ok je. Godek-godek dan buka beberapa benda. Alhamdulillah berjaya berfungsi dengan ok setakat ini. Tapi kalau terjadi juga isu ni, mungkin aku nak cuba buat sendiri atau minta bantuan jiran je untuk buka. Sebab melalui Youtube tu ada beberapa kemungkinan kenapa mesin basuh air terus keluar je. Antaranya ialah ;-
- Drain Motor rosak.
- Getah stopper kat valve bawah tu rosak. Kena ganti 1 set
- Getah dekat drum dah kembang.
Orang yang baiki sebelum ni cakap mungkin sensor tapi aku tak pasti. Tak jumpa mana sensor yang dimaksudkan. Inshallah aku akan cuba untuk mencari lagi ilmu tentang mesin basuh ni. Tapi rasanya nak servis sendiri mesin basuh ni dah bolehlah. Setakat nak bersihkan drum dan hos mungkin boleh buat sendiri. Korang pun boleh je belajar DIY yang asas bagi mesin basuh ni. Channel Youtube yang aku cadangkan ialah Hairul VCool ni. Cara dia terangkan pun ok. Kalau dia buat kat Melaka, memang aku nak belajar terus ni sebab nampak tak complicated sangat. Apapun, belajar membaiki peralatan rumah ni memang penting kerana dapat menjimatkan kos dan boleh juga mempelajari sesuatu yang baharu. Ilmu dan skill yang mungkin sebelum ini kita rasa susah tapi tidaklah sesusah mana pun.
saya pun baru2 ni berjaay membaiki mesin basuh rosak. ganti drain motor je
yup bagus bro,.. tgk youtube juga ke?