Masih belum move on dengan cerita pilihanraya ke? Mesti ramai yang masih lagi sibuk berborak tentang keputusan pilihanraya yang berlangsung pada hari Rabu lepas. Aku pun tak sabar juga nak tengok big boss besar yang baharu nanti.
Untuk artikel ni, aku nak cerita sikit kegiatan aku pada minggu ni.

Tahun ni aktiviti larianku agak goyah sikit. Setakat bulan Mei baru sahaja menyertai 1 acara larian iaitu Larian FitMalaysia Melaka pada bulan April lalu.
kebetulan kawanku dari Muar juga mula meminati acara larian dan aku ditawarkan untuk bersama-sama menyertai Larian Hari Guru Negeri Johor pada hari Sabtu lalu. Memandangkan hari untuk mengambil racekit adalah pada hari Jumaat dan kebetulan pula mendapat cuti peristiwa melalui Kerajaan yang Baharu maka aku pun pergi lah ke Muar.
Selain nak berjumpa dengan rakan lama aku pun ambil kesempatan untuk membawa anakku berjalan di lokasi acara larian iaitu di Dataran Tanjung Emas, Johor.
Dah lama aku tak berjalan-jalan ke Muar. Mula-mula janji dengan kawan untuk ambil racekit kira-kira jam 4.00 petang tapi dia ada hal pula dan minta aku berjalan-jalan dulu. Jadi aku teruskan perjalananku berjumpa rakan lama iaitu pemilik warung Coconut Shake Luar Biasa.
Jangan tanya aku sedap ke tak sebab aku datang pada hari kedainya ditutup. Aku datang pun sebenarnya nak beli benih kelapa Matag yang diusahakan oleh beliau.
Tak sempat nak borak panjang sebab aku bawa Fatih dan dia mula buat hal merengek bila mula panas. Jadi lepas tu aku terus menuju ke lokasi larian iaitu di Dataran Tanjung Emas, Muar.Memandangkan telah masuk Asar, aku solat di Masjid Jamek Muar.

masjid jamek muar
berswafoto di tempat ambil wuduk di Masjid Sultan Ibrahim, Muar

Lepas solat bawa Fatih tengok sungai Muar yang memang cantik sambil tengok keluarga lain beriadah di Dataran. Lokasi yang memang best untuk beriadah dan sebagainya.
Kira-kira dalam pukul 6.15 aku pun menuju ke rumah kawanku di Tanjung Gading. Sempat la juga melayan Murtabak Cheese di sana (jangan tanya lokasi, aku pun tak tau sebab kawanku yang bawa tu).
Memang gempak juga Murtabak Cheese tu tapi harga pun gempak la juga. Dalam perjalanan pulang kami  singgah sekejap di Masjid RTC di Sungai Rambai. Teringat pula 2 tahun lepas pernah hadiri Majlis Perasmian RTC dan masjid ni merupakan lokasi solat Jumaat masa tu.

Murtabak Cheese. Aku pun tak pasti lokasi mana ni. Tapi kat Muar sebelum Jambatan

Esoknya jam 6.00 pagi aku memandu dari rumah menuju ke lokasi acara. Aku parking kereta di Masjid sebab tak jauh sangat dengan lokasi permulaan acara. Datang awal tengok terdapat 2 kumpulan warga emas kaum Cina yang melakukan aktiviti senaman (Taichi kot). Memang respek kat kaum Cina sebab memang banyak kumpulan buat aktiviti ini.
Tak pernah nampak lagi kaum Melayu mahupun India berkumpul pagi-pagi di Taman Rekreasi buat aktiviti camni. Bagus sebenarnya aktiviti ni selain menyihatkan badan dapat juga berkumpul sesama sendiri. Mungkin dah tua nanti aku buat kembali #TeamPuncheat kot..

Sebelum lari sempat berswafoto dengan rakan sepengajian

Jam 8.00 pagi kami dilepaskan dari lokasi permulaan. Nampaknya lokasi larian tidak seperti yang dijangka. Mula-mula ingatkan bolehlah pandang sungai tapi rupanya jalan di kawasan jalanraya juga. Huhuhuhu. Takpelah. Janji dapat keluar peluhkan? Dari segi penganjuran aku rasa agak baik cuma mungkin lagi best kalau dapat lari melintasi sungai. Mungkin larian merentasi Jambatan Sungai Muar ke. Tapi mungkin mencabar sikit lah kalau nak ‘organize’ acara kat situ.

Ada juga terselit gambar dari Facebook Rasmi Penganjur. Kredit Gambar :-Facebook Hari Guru Negeri Johor 2018

Nampaknya aplikasi Runkeeper di Handphone Oppo ku tak berfungsi dengan baik dan masa yang dicatat juga tidak berapa menarik. Catatan yang mengejutkan apabila masa diambil iaitu 47 minit bagi 5.1 kilometer. Apapun mungkin sebab dah lama tak berlari jadi ada lah kemerosotan prestasi. Minggu depan dah nak puasa, aku harap ada kesempatan untuk cuba berlari walaupun dalam bulan Ramadhan nanti.

Oo ye, pada 12 Mei juga menandakan bahawa anakku telah genap berusia 3 tahun. Memang pengalaman berharga menjadi seorang bapa. Kini anakku Fatih telah mula menunjukkan emosi dan sebagainya. Sempat juga kami meraikan hari lahir secara ringkas pada hari Sabtu lalu.
Semoga anakku ini akan menjadi seorang anak yang soleh dan dapat berbakti kepada masyarakat. Inshallah.

 

One Reply to “Fatih 3 Tahun, Sertai Larian Hari Guru Peringkat Johor di Muar”

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.