Dah lama aku tak sertai acara larian. Kali terakhir pada September tahun 2017 acara larian nak sihat anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah. Lamakan? Memang lama sebab lepas je tu, banyak perkara berlaku.
Selepas kematian bapa pada bulan Disember, aku pula menghadapi Pembedahan Tonsil pada bulan Januari 2018 itu. Pembedahan yang memberi kesan terhadap diri ini. Aku mula mengurangkan aktiviti larian apatah lagi beberapa bulan ni aku mengalami sakit lutut yang menyakitkan.
Walaupun ada nampak beberapa acara larian terpaksa ditangguhkan. Malahan larian saja-saja pun tak dapat dilakukan.
Setelah kesakitan lutut beransur pulih terdapat pula acara Fit Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan di Telok Mas.
Peluang ini aku tak lepaskan sebab tahun lepas dah terlepas. Tapi untuk tahun ini aku hanya berani untuk mengambil acara 5 kilometer sahaja. Jika 2 tahun lepas aku mengambil bahagian dalam acara 10 kilometer tapi kali ini aku belum mampu lagi.
Tahun ini penyertaan dari kawan #TeamPuncheat agak kurang. (Kalau ikutkan TeamPuncheat pun dah berkubur sebenarnya). Aku dan seorang rakan sahaja yang menyertai. Yang lain ada hal yang tidak dapat dielakkan.
Untuk program ini bib larian diambil oleh kawanku yang tinggal berdekatan dengan lokasi program FitMalaysia di Padang Awam Telok Mas.
Jadi aku tak perlu nak pergi ke Dewan untuk mengambil bib nombor tu. No bib yang aku terima adalah K02088. Nampak macam bertuah je kan.Hehehhe.

Aku tidur awal sikit pada Jumaat malam itu. Kira-kira jam 10 lebih aku dah beradu di katil. Lebih awal dari isteri dan Fatih. Terbangun awal kira-kira jam 3.15 pagi dan aku tak tidur selepas itu. Takut nanti tak bangun pula pada waktu tu. Lepas solat Subuh kira-kira jam 6.00 pagi aku pun meneruskan perjalanan. Dari rumah ke lokasi adalah kira-kira 30 minit . Dan aku tiba di tapak kira-kira jam 6.45 pagi.
Sesampainya di lokasi dah nampak ramai yang telah mula bersedia untuk beraksi. Aku sedikit risau sebab takde persiapan dari segi latihan yang hanya dilakukan 2 kali pada minggu sebelum ni. Tapi terus gagahi juga. Pukul 7.00 telah mula masuk ke kawasan tapak pelepasan. Tiada sesi pemanas badan jadi masing-masing kena buat sendiri. Aku tengok dalam kelompok larian 5 kilometer tu ramai budak-budak sekolah rendah.
Sedikit risau takut koyak bila kena tinggal dengan budak-budak kecik tapi tak kisahlah. Ini larian untuk diri sendiri biarlah budak ramai tinggalkan pakcik ni jauh pun. Huhuh. Yang penting cuba catat masa sebaik mungkin.

Pelepasan dimulakan dengan acara yang lebih gempak iaitu berbasikal 30 dan 10 km. Selepas itu acara larian 10 km dimulakan. Pada ketika ini aku sedikit risau kalau masa di jam Olike atau Runkeeper tetiba terpadam. Masa ni aku onkan kedua-dua bagi mencatat masa larianku.
Bermula acara larian jam 7.30 pagi aku meneruskan aksi larian. Agak mencabar sebab terpaksa bersaing dengan budak-budak kecil. DItambah lagi ada yang berjalan di tepi-tepi jalan. Memang sukar untuk aku mencilok pada awalnya. Perlahan-perlahan aku meneruskan langkahan kakiku.
Jam di tangan menjadi sumber rujukan. Perjalanan memasuki kawasan kampung di Telok Mas. Secara jujurnya tak banyak kawasan berbukit tetapi tetap mencabar sebab aku mengeluarkan pace sehabis baik. Dengan tak cukup air aku teruskan larian mengikut kemampuanku. Ada sedikit gangguan apabila masuk ke lorong yang kecil dan ada pula kereta atau motosikal orang kampung nak masuk.
Peluh mula mencurah-curah dan memberi kesan kepada cermin mata dan juga mataku. Pada kilometer 3 baru ternampak water station. Sekali air 100 Plus pula. Terpaksalah aku langgar diet air gula. Nasib baik 100 Plus tanpa karbonat jadi kandungan gula kurang berbanding biasa. Masuk kilometer 4 aku memandang catatan masa di jam Olike Now 2. Alhamdulillah walaupun tak termampu catat masa purata bawah 7.00 min/km tapi masih berada di bawah 8.00min/km.
Catatan pada kilometer 4 adalah kira-kira 29 minit. Ia masih boleh dibanggakan lagi. Aku meneruskan hingga sampai ke garisan penamat sambil mengambil medal dan roti. Di garisan penamat aku kononnya dah mematikan jam untuk mencatat masa tapi rupa-rupanya tak. Aku yang tak perasan masa tersebut berjalan-jalan selepas kepenatan yang tak terhingga. Memang peluh tak ingat dan air peluh membasahi mata.

Masa Larian yang agak meragukan kaedah pengiraan. Kalau ikutkan dalam 5 kilometer tu semua bawah 8 kilometer tapi avf lap 7.46. Ni sebab tak matikan awal-awal lepas sampai..

Tengok pada handphone Oppo, sekali Runkeeper terberhenti di kilometer 0.53. Memang tak boleh harap betul. Aku tak tau kenapa selalu terkena ni. Bila pakai Runkeeper guna handphone Oppo ni mesti tak habis. Korang ada idea tak?

Lepas menunggu kawan sampai dan berborak sedikit sebanyak aku melihat catatan masa yang dicatat di app Olike. Adoi banyak juga kerugian disitu sebab tak tutup pada waktu sampai yang sepatutnya. Takpelah. Mungkin ini tak boleh dijadikan personal best. Mungkin dilain kali.

Berswafoto dengan rakan selarian yang juga ahli #TeamPuncheat

Lepas ni mungkin ada lagi acara larian yang aku sertai. Sekarang ni tengah target pada bulan 5 di Muar. Harap mampu beraksi baik pula kali ini.

Balik rumah terus bersiap-siap. Nak pergi ke rumah orang kahwin di Jelebu. Memang tak pernah sampai ke sini walaupun sebelum ini sepupu isteriku ini pernah menjemput. Jadi kali ini mesti kena pergi la. Cabaran betul dari rumah ke lokasi majlis perkahwinan. Masa diambil 2 jam 10 minit tapi yang mengerikan bila kawasan berbukit ala-ala Ulu Yam tu. Ditambah pula dengan kereta Viva yang macam tak berapa nak pickup menambahkan sedikit kerisauan. Air cond pula mula kurang sejuk bila perjalanan agak lama.
Sampai kira-kira jam 12.50 tengahari jumpa tuan rumah yang juga sepupu isteri. Majlis memang simple dan tiada kompang-kompang bersanding bagai. .Ye lah, sepupu ni seorang ustaz. Yang datang pun nampak ramai orang-orang pondok. Berserban dan berjubah habis. Khemah makan pun diasingkan lelaki perempuan. Dak Fatih pula nampak taman permainan dan aku terpaksa mengikutnya. Penat lari tadi tak habis lagi tu.
Makanan pun simple tapi daging masak lomak cili api dan ayam goreng dia memang sedap. Walaupun layan gak daging tu tapi ambil kuantiti sikit je.
Lepas habis makan tu kami pun beredar. Dalam perjalanan singgah masjid untuk solat. Kalau masa pergi aku masuk dari Tol Senawang tapi disebabkan sesat, keluar tol Seremban. Tapi takpelah, tak jauh sangat pun.
Tapi memang mencabar kemampuan aku sebagai pemandu hari ni. Dengan kepenatan berlari pada pagi tak habis kena pula memandu kira-kira 4 jam lebih (pergi dan balik). Memang balik lepas solat Asar terus tidur. Teringat dulu masa arwah bapa selalu hantar adik belajar di MRSM Kuala Klawang. Masa tu jalan lagi macam ular kot..
Bangun lepas Maghrib cari nasi dan layan sup kambing. Huhuhuhu. Langgar lagi diet.

Okay cukuplah entry hari ni. Bertemu lagi ye nanti.

p/s : Tak puas hati betul sebab takde gambar kat Facebook Penganjur. Penat dah cari-cari tapi tak jumpa. Mentang-mentang rambut dah kurang tak de gambar diorang ambil…

One Reply to “Sertai FitMalaysia Melaka 2018 , Pergi Kenduri Kahwin di Jelebu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.