Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ada mood nak buat konten dekat blog ni. Beberapa minggu lalu aku berkursus di Shah Alam. Tak payah cerita kursus pasal apa ye cumanya kali ni aku tidaklah bersama segerombolan opis.

Yang ada cuma seorang rakan sepejabat wanita. Jadi takde lah nak jalan-jalan ke. Hari pertama iaitu Isnin dan sehingga malam ada aktiviti maka tak ke mana-mana. Oo ye, aku berkursus di Hotel Mardhiyyah Shah Alam. Dengar katanya, ini adalah pengambilalihan hotel lama iaitu Hotel Blue Wave. Dari segi penginapan ok je , selesa dan luas juga bilik yang aku pilih tu. Pada petang hari kedua tu, program habis awal dan petang tu aku meronda sikit. Nak pergi berenang tak de kawan-kawan yang melakukan aktiviti tu jadi aku merayau di luar. Kawasan hotel tu dekat juga dengan tasik Shah Alam jadi aku pun gerak je. Cumanya tak lama sebab handphone dah nak padam tapi sempat juga aku ambil beberapa video untuk jadikan konten. Hehehehe..

Malam tu barulah ada aktiviti dengan kawan-kawan sepengajian dulu ketika di itm Jengka. Borak lah hal-hal dunia dan sedikit spiritual. Apapun bukan selalu jumpa dan memang seronok la juga. OOo ye, aku mengeteh di Seksyen 13 , Rafi Bistro . Melayan la roti telur sambil dibelanja oleh kawan-kawan yang memang sudah bermastautin di area Shah Alam tu..

Kenangan betul bila melepak di sana mengenangkan diri yang semakin tua. Apa taknya, itu semua kenangan pada tahun 1996-1999. Sekarang dah berapa umur masing-masing. Hahahahha

Ok cukulah serba sedikit. Kalau rajin aku tambah lagi.. Semoga korang yang membaca ni pun akan terus berjaya kekal persahabatan dengan kawan sepengajian semua..

https://www.facebook.com/reel/300621709241750

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.