Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Aku rasa ramai yang tak tau apa itu Majlis Bersama Jabatan ni kecuali yang kerja kerajaan..
Kalau ikut takrifan Jabatan Perkhidmatan Awam , MBJ Bermaksud
Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.
Aku pula terlibat dalam MBJ untuk sessi kali ini sebagai Pengerusi wakil pekerja , maka kenalah hadap walau terpaksa. Baru-baru ini aku ada menghadiri sessi lawatan ke Lembaga Air Perak. First time ke sini. Katanya agensi ni mempunyai MBJ yang aktif . Maka kami pun pergi ke sana.
Menginap di M Roof Hotel , pergi ke sana kira-kira jam 10.10 pagi. Ikut jadual sepatut di sana pukul 10 pagi tapi ada sedikit isu nak check out.
Menarik juga bangunan Lembaga Air Perak ni sebab ianya masih baru. Kami dimaklumkan ianya baru beroperasi bermula Mac 2023 yang lalu dan kami merupakan kumpulan teramai yang datang melawat.
Macam biasa, dihidangkan dengan makanan pagi sebelum meneruskan sesi perbincangan. Memandangkan isu tersebut lebih kepada hal jabatan maka aku tak kongsi dalam blog ini tapi banyak perkara yang aku dapat pelajari.
Alhamdulillah selesai sesi perbincangan tersebut. Dalam kepala memang nampak serba sedikit keperluan. Tengoklah camne nanti. Ni sedikit gambar yang di curi dari orang lain.