Minggu yang cukup sibuk. Nak kena bersedia untuk Majlis Penyerahan Kunci M-Go Home Taman Desa Idaman pada 1 April 2017 ( yang akhirnya aku tak dapat hadir sebab bapa masuk wad), kena buat Kursus MS Excell pula tu dan ada isu-isu mengenai projek PPR yang tak selesai.

Memang memenatkan juga tapi untuk artikel kali ini aku kongsi tentang pengalaman anjur kursus MS Excell di Kolej Komuniti, Bukit Beruang, Melaka.  Kalau tahun lepas aku buat Kursus di K-Inkubator, K-Ekonomi kali ini aku buat pula dengan Kolej Komuniti. Kursus ini unit aku sebagai urusetia yang melibatkan 18 orang peserta dari kalangan kakitangan dalaman sendiri.

Alhamdulillah, Pembantu Tadbir yang baharu masuk ke unit aku ni dapat membantu aku melaksanakan kursus ini dengan baik. Kursus yang bermula pada hari Khamis dan Jumaat itu mempunyai banyak halangannya. Apataknya, kat opis ada problem dengan pembeli rumah, lepas tu Sabtu ada preparation Majlis Penyerahan Kunci. Jadi komitmen peserta memang kurang le. Ada plak tu ada isu peserta yang tidak diberi kebenaran pula tu. Memang ada juga hangin dalam badan. Tapi secara keseluruhannya berjalan lancar.

Kursus MS Excell ini menumpukan pada golongan pertengahan walaupun ada yang basic dihantar oleh Ketua Unit. Nak buat camne, masing-masing sibukkan. Pada hari pertama, Puan Fiza dari Kolej Komuniti Masjid Tanah mengajar kami tentang Function, Option ,Table dan beberapa perkara asas dalam Excell. Walaupun nama asas tapi ada juga yang aku sendiri tak tau. Contoh macam function VLookup yang boleh menggunakan table dalam excel bagi digunakan untuk ‘refer’ sesuatu nilai. Aku pun tak reti nak terangkan dengan lebih lanjut. Mungkin nanti aku cuba buat satu ebook simple untuk MS Excell ni nanti.

| Cara Menggunakan Rumus VLookup di Excell |

Pada petangnya pula, Dr Nadia dari Kolej Komuniti Selandar pula memberikan tunjuk ajar. Terkejut juga aku bila diberitahu ada pensyarah bertaraf dr. dalam Kolej Komuniti. Kira tinggi juga pangkat Kolej Komuniti ni. Beliau memberikan tunjuk ajar terutama mengenai fungsi Pivot Table. Wah, memang banyak kegunaannya Pivot Table ni. Rugi pula aku tak tau awal-awal sebab boleh jadikan template bajet Excell aku guna Pivot Table.

| Cara Guna Pivot Table |

Walaupun kursus ni sekejap je tapi banyak yang aku pelajari. Inshallah aku ada perancangan nak buat ebook ringkas mengenai Excell nanti. Harap-harap impian ini mampu dijayakan pada tahun ini.

kursus-excell-kolej-komuniti
Timbalan Pengarah memberikan cenderahati kepada penceramah. Aku tumpang sibuk je.

Pada hari Khamis lalu, buku yang ku tunggu tiba jua. Buku karangan dari seorang insan istimewa, Mohd Sukur Ibrahim , seorang OKU yang juga usahawan karpet. Percaya tak? Seorang yang mempunyai kekurangan fizikal dari segi kaki dan tangan mampu untuk mengarahkan kakitangan yang sempurna fizikalnya. Memang beliau amat ku kagumi. Kalau ikutkan, memang kenal beliau secara berdepan. Mula-mula dulu kenal masa gathering Gengblogger (geng ni dah lama mati.. Sedihnya, kalau ada kemampuan rasa nak hidupkan je balik ni) dekat Putrajaya dan terus berhubung dalam Facebook.

takdir-itu-anugeah
Buku Takdir Itu Anugerah dalam gengaman

Bukan sahaja berkawan di Facebook, aku juga masuk dana CWA CIMB Dali melalui beliau (cuma ada sikit masalah kini beliau tak jadi ejen lagi). Jadi dengan kehebatannya aku menganggap beliau seorang yang hebat dan sebagai mentor. Kalau beliau yang mempunyai kekurangan fizikal pun masih mampu berjaya. Oo ye, kalau follow facebook dia, dia bukan berjaya semata-mata ihsan tapi usaha beliau. Beliau juga pernah GAGAL dalam percubaan beliau dan ini menjadikan beliau kuat. Memang memberikan motivasi pada diriku yang masih tercari-cari Formula untuk berjaya.

Sekarang ni beliau semakin dikagumi dan berjaya menghasilkan buku bertajuk ‘Takdir Itu Anugerah’. Ini pun aku cemburu juga sebab buku beliau diterbitkan oleh PTS, sebuah syarikat penerbitan bahasa Melayu yang terkenal di Malaysia. Aku yang dah lama bermimpi nak menerbitkan buku masih tak terjadi-jadi lagi. Yang ada pun cuma ebook  ‘Jom Beli Rumah ‘ yang kena reject ni je. Tapi tak boleh kagum sangat dan pandang rendah pada diri.

Ooo ye, masa mula-mula belek buku beliau aku nampak banyak gambar berbanding tulisan. Mula-mula risau juga kalau tak kena dengan citarasa aku tapi alhamdulillah walaupun tulisannya sikit tapi ia berbentuk motivasi yang boleh menaikkan semangat. Secara peribadi masih gembira memiliki buku ini walaupun pada mulanya aku menjangkakan ianya buku mengenai kisah hidup beliau. Takpe, beliau memaklumkan akan buat buku kisah hidup selepas ini.  Harap-harap dengan promo kat blog ni bolehlah dapat awal buku kisah hidup beliau kan.

Bagi sesiapa yang nak beli buku ni boleh klik di link ini (kalau ada affiliate ni, mesti banyak masyuk ni).

Pada hari Ahad sempat juga aku dan isteri singgah ke MITC untuk melihat pameran perabot. Almaklumlah, isteri bercita-cita nak buat ubahsuai rumah yang bakal dibeli nanti. Tu yang di ajak juga aku. Cuma agak malang sebab aku tak dapat nak ikut dia bertanya pada pembekal-pembekal sebab si Fatih teramat lasak dan berjalan tanpa di pegang. Kenalah aku mengekori sampai keluar. Tak boleh nak biarkan sebab ramai pengunjung. Bahaya nanti kalau terlepas.

| Mahu Dekorasi Rumah ?Cuba klik |

Alhamdulillah, dah masuk bulan April. Menandakan tahun 2017 telah pun sampai ke tahap ¼. Dari segi pencapaian masih jauh lagi untuk ku banggakan. Banyak juga perancangan yang masih tersangkut tapi sedikit sebanyak aku dah mula nampak mana yang patut difokuskan. Mungkin impian buat startup Sistem aku tangguhkan dan sebaliknya aku nak meneruskan legasi blog-blog ku terutama Ligakampung.com, Melakacool.com untuk lebih maju lagi. Inshallah. Semoga kita berjaya dalam apa juga yang kita impikan.

Oo ye, sibuk sampai tak dapat nak hadir ke Karnival Gegau Melaka anjuran RTM walaupun jarak dari rumah ke sana dalam 2 kilometer je. Cukuplah lalutan aku untuk minggu ini. Kalau korang sanggup, tunggulah hujung minggu depan untuk baca artikel lain ye.

mak dan bapa
Gambar Mak sedang menemani bapa makan di wad. Harap-harap bila aku tua nanti isteriku ada disisi kalau masuk wad

 

8 Replies to “Kursus MS Excell di Kolej Komuniti, Bukit Beruang , Buku ‘Takdir Itu Anugerah’ Tiba”

  1. semoga bapa tuan segera sihat, excell ni pun tahu basic je kalau yg ada link formula tahap sifu tu memang tak reti ;), menarik buku tu memang memotivasikan kerana penulisnya yang istimewa

Leave a Reply to raihanah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.