Ubahsuai Rumah Yang Diinginkan

Melakukan renovasi memang impian setiap pemilik rumah. Nak mengubahsuai rumah bukan satu kerja yang mudah dan pastinya tidak boleh dilakukan sendiri kecuali memang mempunyai kepakaran dalam bidang itu.
Bila nak melakukan renovasi impian memang memerlukan kos yang bukan sedikit. Pasti menelan belanja ribuan ringgit yang pasti akan mengempiskan poket. Memang idea Dekorasi Bajet boleh membantu tetapi pengubahsuaian secara untuk jangka panjang juga perlu.

Memandangkan rumah yang dibeli ku beli dalam lingkungan RM85K, ianya tidaklah segah rumah yang berharga ratusan ribu. Namun cukup selesa untuk aku,isteri dan seorang anak berumur 1 tahun. Namun untuk perancangan akan datang memang kena berfikir untuk membuat pengubahsuaian . Jadi kena juga buat pengubahsuaian di masa akan datang. Buat masa ini memang tak terdaya nak buat tetapi ada beberapa perancangan untuk renovasi yang diperlukan. Antaranya ialah :-

1) Menukar pintu pagar. Sekarang ni pintu pagar telah berusia hampir 10 tahun dan mula berkarat. Memang jangkaan dalam 1-2 tahun lagi akan menggantikannya. Tetapi bukan sekadar ganti pagar sahaja tetapi kena buat sedikit renovasi dimana pagar tarik yang akan digunakan. Selain itu, di halaman rumah akan disimen sebab nak memasukkan 2 kereta dalam rumah. Buat masa ini memang boleh masuk 2 kereta tapi cuma kereta MyVi dan Viva sahaja.

pintu-pagar-dorong-minimalis
Gambar Hiasan

Mana tau tetiba ada kemampuan nak pakai kereta yang lebih panjang, maka akan mengalami kesukaran untuk parking. Nak pakai satu kereta je tak boleh sebab isteri kerja di lokasi yang agak jauh dari tempat kerja.

| Mahu Dekorasi Rumah ? Klik Sini |

2) Memasang awning rumah. Sebenarnya harga untuk memasang awning mungkin tidaklah semahal yang lain tapi perancangan nak buat sekali dengan simen di halaman dan menukar pagar. Pemasangan awning tidak terlalu diperlukan buat masa ini.

awning-green-striped-out

3) Menukar siling. Terdapat beberapa pasang siling yang agak uzur dan boleh membahayakan. Mungkin nak kena tukar sekaligus atau plaster je. Tak tau le, kena bincang dengan yang pakar dulu.

4) Memasang kabinet dapur dan membesarkan sikit ruang. Memang agak sempit ruang dapur di rumah  Nak masak pun sedikit leceh. Memang kena juga fikirkan renovasi dapur serta kabinet. Ini bagi memudahkan barang dapur diletakkan dengan sistematik.

5) Menukar pintu sliding door kepada pintu buka tengah. Agak sukar dengan pintu sliding door apatah lagi cerminnya terang dan tembus. Kena pasang langsir untuk menutup sinar matahari terus masuk ke rumah. Cadangan untuk memasang pintu kayu biasa. Masih dalam peringkat perbincangan.

6) Memasang aircond. Walaupun bukan renovasi tapi nampak gayanya memang memerlukan untuk memasang aircond di rumah. Apatah lagi telah mempunyai cahayamata. Pasti perlu selesa tinggal di rumah.

7) Memasang CCTV. Dalam keadaan sekarang yang tidak selamat, mungkin memerlukan CCTV untuk melihat keadaan dirumah.

| CCTV yang dikawal dari handphone |

8) Mengecat rumah. Sekarang ni hanya di dalam sahaja. Kalau ada kemampuan nak cat luar dan dalam dengan lebih cantik lagi.

9) Menukar pintu tandas. Sekarang ni pintu tandas jenis pintu biasa. Kalau boleh nak pasang pintu jenis ‘bi-fold’ tu. Lagi mudah dan kurang makan space.

Okay, ini serba sedikit renovasi yang sedang diimpikan. Sebenarnya ada juga mimpi untuk membeli rumah lot tepi bersebelahan ni. Ini kerana rumah tersebut disewakan sahaja oleh tuan rumah. Mana tau kalau tuan rumah terasa nak jualkan, bolehlah beli dan renovasi jadi sebuah rumah. Lagi selesa dan besar. Tak gitu? Tapi kena juga buat bajet sebelum menukar semua ni.

Macammana dengan korang semua? Ada pengalaman tak renovate rumah? Boleh kongsikan sikit sebab memang ada perancangan dalam masa terdekat ni.

14 thoughts on “Ubahsuai Rumah Yang Diinginkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *