Agak lama tidak menulis di blog ini. Kesibukan melanda menyukarkan diri ini untuk memberikan komitmen dalam menulis blog.
Tapi itu bukan penanda penamat dalam meneruskan aksi dalam dunia penulisan ini. Jadi dengan sedikit masa ini aku cuba juga menaip sambil menukarkan ‘stress’ kepada perkongsian ilmu.
Minggu lepas agak busy apatah lagi ada aktiviti besar melanda. Majlis Perasmian Program Perumahan Rakyat (PPR) Krubong yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Utama Mohd Najib bin Tun Razak merupakan aktiviti besar yang perlu dihadapi.
Tahun lepas Perdana Menteri merasmikan Majlis Penyerahan PPR Tehel dan kali ini pula di PPR Krubong.
Kali ini lebih mencabar sebab masa yang diberi singkat. Tak sampai 2 minggu pun untuk melaksanakan program. Macam biasa, kerja aku pasal banner, bunting, plaque perasmian serta PA System termasuk LED.
Memang mencabar sebab banyak perkara yang perlu diambil perhatian. Banner, bunting, plaque perlu mendapat pengesahan protokol dan lebih leceh lagi bila perlu diluluskan MMKN. Penat le juga nak megadap majlis yang berlangsung pada 20 Mac 2018(Selasa).
Tengah hampir 80% siap , tiba-tiba pagi Jumaat digemparkan dengan berita. Berita tergempar menyatakan bahawa PM tidak dapat merasmikan majlis ini.Korang bayangkanlah betapa tensionnya lepas dah banyak persiapan hampir siap. Tapi petang Jumaat tu ada meeting yang akhirnya menukar perasmi iaitu Tan Sri Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Berposak juga nak tukar benda-benda yang dah siapkan tu. Majlis pula berubah dari pagi ke malam hari. Pasti ia pengalaman baru sebab biasanya kitorang buat majlis pada pagi/petang.
Memang berkampunglah aku dan kawan-kawan di PPR Krubong tu hinggalah hari kejadian. Alhamdulillah, majlis tersebut berjalan dengan baik walaupun ada sedikit kelam kabut masa hari kejadian tu.
Penatlah juga tapi tak dapat cuti pada hari esoknya. Kiranya sukses juga majlis tersebut.
Hari Jumaat pula aku join main Futsal Tertutup anjuran Jabatan. Nak dijadikan cerita pagi tu aku melawat ke Pangsapuri Cempaka di Kajang untuk mengetahui tentang JMB di sana. Balik sampai ke Melaka kira-kira jam 8.00 malam. Nasib baik program futsal tu pukul 9.00 malam. Aku pun dah bawa baju dan kasut jadi lepas solat Isyak di Masjid Al Azim, aku terus je ke Kompleks Sukan Batu Berendam.
Main dalam Team A dan aku memulakan aksi dengan kekalahan 1-2 pada Team B. Perlawanan kedua menentang Kumpulan D, aku tak main. Kasi peluang pada seorang kawan satu team. Game ketiga baru aku masuk. Menang 3-2 ke atas Team B seterusnya melangkah ke perlawanan akhir. Pada perlawanan akhir tumpas 1-0. Game tu sebenarnya tak tamat tapi ditamatkan secara paksa berdasarkan lampu ditutupkan.
Kira ok lah keputusan ni dan dapat naib johan walaupun tak berapa ngam sebab team aku hanya 2 pemain yang beraksi. Aku dan kawan yang kureng ni jarang dapat bola. Tapi takpelah, itu lah perlawanan kan? Apapun ianya merupakan penganjuran yang baik dan memberikan kerjasama antara pasukan. Dapatlah aku keluar peluh dan merasa sihat.
Okay cukuplah untuk minggu ni. Diharap aku dapat menulis lagi untuk minggu hadapan dan seterusnya.