Minggu lepas merupakan hari yang amat sibuk bagiku. Apa taknya kena bersedia untuk majlis Lawatan Perdana Menteri Malaysia ke lokasi Program Perumahan Rakyat (PPR) Tehel.  Lebih kurang seminggu lebih aku dah mula berkampung di PPR Tehel untuk persiapan bagi majlis tersebut.

Majlis yang berlangsung pada Jumaat, 21 April (cerita pasal Lawatan PM ke Melaka ni ada ku tulis di Melakacool) bermula jam 3.30 petang. Tapi sebelum ku cerita kisah hal kejadian elok kalau aku kongsi sikit keperitan sebelum majlis tu.

Macam biasa, aku ditugaskan untuk menyiapkan bunting, banner serta backdrop majlis. Malahan kali ini ada tambahan pula untuk menyiapkan plaque perasmian tersebut. Dan lebih mendebarkan bila ia menggunakan material yang mahal iaitu menggunakan tembaga serta tapak yang perlu dibina.

Memang mencabar untuk melaksanakan benda-benda ni sebab aku kena berhubung dengan supplier dan juga Protokol Jabatan Ketua Menteri Melaka. Nasib baik ada  aplikasi Whatsapp jadi sedikit sebanyak ia dapat memudahkan proses perhubungan tu. Tak payah le aku nak ngadap masing-masing dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Memang terdapat perubahan-perubahan yang perlu dilaksanakan selepas proses semakan.

Untuk kali ini pula, backdrop di belakang tempat duduk VVIP ditukar kepada LED Screen. Satu lagi cabaran bagiku sebab selama ni pakai jenis kain tu je. Jadi sedikit sebanyak cuak tu berlaku juga. Barang seperti TV LED dan LED Screen di order oleh pihak atasan jadi kena ikutkan aja.

Nak menyiapkan bunting dan banner pula tu kena ikut spesifikasi yang disediakan oleh pihak MPHTJ. Bukan boleh main pasang je. Nak buat camne, kena ikutkan je. Hari Sabtu iaitu seminggu sebelum majlis, bunting mula dipasang. Memang banyak juga bunting kena pasang dan ada tambahan dari perancangan asal.

Sehari sebelum hari kejadian adalah buat reherseal dan aku duduk di Bahagian PA System untuk jadi coordinator bagi pergerakan PA tu. Kena belajar sedikit sebanyak kaedah macammana nak handle bunyi dan juga kawalan Presentation . Reherseal dengan Ketua Menteri pun berjalan lancar tanpa ada komplen di bahagian aku.

Pada hari kejadian, sepatutnya kena datang ke Majlis Perhimpunan Penjawat Awam tapi takut tak sempat untuk buat preparation kenalah terus ke PPR Tehel. Pagi-pagi technician PA System setting dan reherseal akhir berjalan lancar cuma ada sikit slack bila dalam lagu aku tertekan ENTER dan slide tu terskip. Tapi takpe, jangan masa kejadian pula yang berlaku.

Pada jam 3.00 petang aku dah bersedia untuk menunggu ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia ke khemah kejadian. Tiba-tiba dapat notifikasi bateri tinggal 18%. Pergh, rupa-rupanya kabel laptop tak on switch. Nasib baik masih ada masa. Bayangkan kalau time dah sampai. Tak ke naya. Dalam kira-kira jam 3.05 minit pulai, LED Screen pula terpadam. Mengelabah juga jadinya, tapi nasib baik yang jaga PA dapat mengawal keadaan. Risau sebab bunyi kompang dah bunyi tapi ianya untuk test je.Kemudian kira-kira jam 3.40 petang, motosikal polis sudah tiba. Sekali lagi 4 petak LED Screen pula terpadam. Nasib baik ia dapat di paparkan secepat mungkin dan apabila ketibaan Perdana Menteri, gambarnya terpapar di LED Screen tu. Pergh!!. Time tu memang aku dah tak senang BERDIRI.

Slide Presentation menggunakan Power Point berjalan dengan baik. Dimulakan dengan lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya seterusnya bacaan doa, serta tayangan montaj dari Jabatan Perumahan Negara (JPN). Selesai je tayangan montaj dan paparan backdrop, aku mula lega. Sebab bahagian PowerPoint dah selesai . Habis sahaja penyerahan kunci dan rombongan VVIP pergi ke tandatangan plaque aku dah mula senyum. Lepas tu aku dah tak fikir apa lagi. Bala dah habis dan Perdana Menteri seterusnya meneruskan lawatan ke rumah contoh serta jamuan bersama para penduduk PPR Tehel. Kira bertuah juga diorang sebab makan bersama PM. Aku yang bekerja di belakang tabir ni tak delah nak beramah mesra dengan PM. Makan pun kat khemah biasa.

Banyak juga aku belajar terutama tentang LED Screen. Kalau ada modal dan ilmu rasa nak je buat benda tu. Macam menarik je.

Satu lagi, hari Khamis tu sempat pula tu layan futsall kat gelanggang PPR Tehel tu.. Dengan pinjam seluar dan kasut orang lain.

Alhamdulillah selesai majlis tersebut dan dengarnya bakal ada lagi. Adoi…

OO ye, gambar aku tak banyak. Jadi aku tepek gambar orang lain je. Itupun gambar ni curi dari diorang juga.Hahahah

pasang-backdrop
Pasang Backdrop di Panel untuk Sidang Media. Ada gaya jadi kontraktor tak?
bunting
Bunting Warna ala JDT.
backdrop
Muka aku takde tapi hasil kerja aku ada kat belakang tu. Ops.. bukan aku design tapi setelkan design tu
plaq-perasmian
Plate Perasmian yang ditandatangani oleh Perdana Menteri. Berposak gak nak deal dengan Supplier
jadi-menteri
Kena Berlakon untuk raptai awal . Jadi Menteri tapi time raptai penuh dah kena tukar orang sebab dah den kena jaga powerpoint

Video dari RTM

Gambar aku takde, Tapi nampak Bunting tu kira banggalah..Hhahaha

 

Video dari MalaysiaGazette

2 Replies to “Selesai Majlis Lawatan Perdana Menteri ke PPR Tehel”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.