Hari Selasa lalu bersamaan 1 November 2016 aku ke Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Johor. Aku ke sana atas urusan sebagai salah seorang yang terlibat dalam penggunaan HRMIS (Human Resources Information System).
Aku pergi dengan menaiki kenderaan Jabatan. Kiranya adalah DRIVER, takde lah penat nak drive dari Jasin sampai ke Kota Iskandar tu.
Bagi sesiapa yang tak tahu, HRMIS ini merupakan sistem berkenaan Pengurusan Sumber Manusia bagi kakitangan awam yang dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Aku tak tau bila bermulanya sistem HRMIS ini tapi berdasarkan dari pengamatan aku, mungkin dalam tahun 2007 ia mula diperluaskan ke Jabatan selain JPA. Teringat lagi masa mula-mula aku terlibat, terpaksa berkongsi hotel dengan seorang pegawai JPA (akibat tak layak bilik hotel seorang).

Bagi sesiapa yang menggunakan HRMIS ni mungkin mengetahui tentang kelebihan menggunakan sistem ini. Ianya berpusat dan data perkhidmatan kakitangan awam ditempatkan di satu pusat. Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh JPA dan juga pengguna. Aku juga mengalami masalah kesakitan akibat KELEMBAPAN dan ERROR-ERROR yang pelik.
Sampai sekarang masih ada isu-isu tu tapi kurang sikit berbanding masa awal-awal dulu. Bercerita kembali, masa pergi ke lokasi ada 2 orang iaitu CC(Pembantu Tadbir Kanan) dan seorang Pembantu Tadbir (Sumber Manusia). Kiranya aku paling tinggi pangkat mewakili jabatan tu.
Gerak dalam pukul 7.30 dari Sebatu dan singgah bersarapan di Kampung Kesang di Tangkak sebelum melalui Tol Bukit Gambir. Rasanya ini kali pertama aku melalui Tol Bukit Gambir tu. Almaklumlah jarang-jarang pergi ke Johor.
Sampai ke Kota Iskandar kira-kira jam 10.30 pagi. Majlis perasmian oleh pegawai kanan JPA (sori aku lupa jawatan dan nama dan malas nak cari..) serta ucapan aluan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Bahagian Pengurusan) Johor.
Oo.. ye ini juga First Time aku dengo lagu Bangsa Johor. Tak mau komen apa pasal lagu ni.. Simpan je dalam hati.

VVIP untuk Program Jelajah HRMIS Peringkat Zon Selatan
VVIP untuk Program Jelajah HRMIS Peringkat Zon Selatan

Lepas habis lunch aku solat di Masjid yang bersebelahan dengan bangunan Sultan Ibrahim tu. Mula-mula nak cari surau tapi rupanya masjid dekat benar. Jadi solat Jamak memandangkan perjalanan telah melebihi 100 marhalah.
Masuk sessi petang baru bermula Taklimat yang mencabar. Sesi taklimat dimulakan oleh Datuk Yeow Chin Kiong – Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan dan En Mohamad Shukran – Pegawai KWAP.
Memang cool Datuk Yeow tu memberikan taklimat mengenai penamatan perkhidmatan bagi kakitangan awam. Penamatan perkhidmatan melibatkan penamatan wajib, sukarela, kematian dan kesihatan. Banyak juga aku belajar terutama tentang adanya penamatan kematian. Yelah, mana tau kalau tetiba meninggal sebelum waktu bersara. Maka kurang-kurang anak dan isteri dapat dibela dengan pencen yang layak diterima.

Mungkin ada sesetengah kakitangan awam mengenali Datuk Yeow pada minggu lepas selepas surat ‘Tanggungjawab Menyelesaikan Hutang Kepada Kerajaan’ yang ditandatangani oleh beliau menjadi viral. Dalam taklimat itu, beliau menerangkan serba sedikit tentang persoalan yang mungkin ingin dikemukakan mengenai isu tersebut.
Apa yang boleh dikatakan bahawa memang ada ketakutan bagi kakitangan awam sekiranya tak setel hutang dan hampir berpencen. Pada aku, kenalah bijak dalam berhutang dan mempunyai perancangan. Elakkan ia menjadi beban ketika persaraan sehingga ‘Wang Ganjaran’ terpaksa digunakan untuk membayar hutang kerajaan. Kalau boleh elakkan buat hutang tapi kalau terpaksa kenalah bayar lebih dari sekadar mengikut jadual.
Penerangan oleh kedua-dua pegawai mengenai penamatan perkhidmatan menunjukkan betapa pentingnya data di dalam HRMIS di update untuk kemudahan di waktu pencen nanti. Walaupun jabatan aku takde orang pencen wajib dalam masa terdekat tapi tak mustahil ada yang akan pencen sebelum waktunya. Info memang dapat tapi tak cukup dan mungkin perlu ke JPA untuk dapatkan keterangan lanjut.

Sesi taklimat kedua pula mengenai penggunaan Aplikasi Mobile HRMIS. Ada Aplikasi MyHRMIS Cuti, MyHRMIS eGL dan MyHRMIS Self-Check yang boleh dimuat turun di smartphone. Memang memudahkan untuk menyemak maklumat-maklumat penting kakitangan awam. Memang patut dimuatturun oleh setiap kakitangan awam. Cuma kenalah pastikan data lengkap. Kalau tak lengkap cuba rujuk Pentadbir HRMIS Jabatan anda.
Selain itu diperkenalkan juga Facebook Change Management HRMIS JPA, Youtube Change Management HRMIS dan Instagram Change Management HRMIS.

Sesi taklimat ketiga pula mengenai HelpDesk untuk pertanyaan dan masalah mengenai HRMIS. Terdapat juga agen-agen HRMIS Negeri atau Jabatan yang dilantik bagi membantu mereka untuk menyelesaikan masalah. Bantuan dan kaedah juga disistemkan untuk memastikan perkhidmatan HRMIS dapat berjalan lancar.

Okay cukuplah setakat ini. Ini ada sedikit gambar yang ku curi dari Facebook Change Management HRMIS JPA.

Nampak bergaya pula aku mendengar taklimat tu
Nampak bergaya pula aku mendengar taklimat tu
Time dengo Datuk Yeow Berceloteh
Time dengo Datuk Yeow Berceloteh

2 Replies to “Menghadiri Program Jelajah HRMIS Peringkat Zon Selatan”

  1. x kena tema la beb – kisah hidupku.. Ni kisah hidup en hrmis, citer la, breakfast apa,x sabar nak blk umah jumpa fatih ker… Sbb ni mcm diari hidup…suatu hari nnt fatih akan baca… So citer hrmis yg banyaknya… He he… Sekadar pandangan… He he… ( Suka hati aku la nak tulis apa,aku bayar domain ni…aku punya blog – taiko) kah kah kah… Padan muka aku… He he…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.