Hari Jumaat lepas aku telah ke Hospital Pantai untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Ia adalah peluang yang diberikan oleh Jabatanku untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA. Kalau ikutkan, harga pemeriksaan kesihatan yang dikenakan pada harga promosi adalah RM2++ di Hospital Pantai.
Bila dapat yang FREE kenalah gunakan sebaik mungkin. Pada mulanya aku nak datang ke hospital dengan menaiki motosikal sahaja sebab kawasan situ sukar nak parking. Tapi dah sampai ofis hujan pula turun mencurah-curah menyebabkan terpaksa menumpang kereta Jabatan.
Sampai kira-kira jam 9.15 pagi dan selepas proses pendaftaran selesai aku masuk untuk pemeriksaan pertama iaitu pemeriksaan mata. Memang cermin mataku masih dapat melihat huruf-huruf yang dipaparkan sejauh kira-kira 10 meter tapi bila buka je cermin mata memang kalah. Hanya nampak huruf yang terbesar sahaja.
Lepas selesai dengan pemeriksaan mata, pemeriksaan jantung atau ECG dilakukan. Aku baring di katil dan ditampalkan alat-alat untuk melihat samada pernafasanku baik atau sebaliknya.

Selesai pemeriksaan di Tingkat 4 Hospital Pantai itu aku turun ke tingkat bawah. Kena ambil air kencing dan juga darah untuk pemeriksaan selanjutnya. Agak mudah juga untuk si pengambil darah itu. Mungkin sebab sebelum ini pernah derma darah jadi senang cari urat yang patut kot.
Selepas itu masuk ke bilik untuk buat X-Ray pula. Habis semuanya aku pun melayan makan pagi secara kupon yang diberi. Kira oklah dapat makan nasi berlauk ayam rendang dan sayur serta air Teh O. Selamat sikit duit saku hari tu.
Keputusannya perlu menunggu dalam tempoh 3 jam. Jadi aku pulang ke opis semula dan mengambil motosikal. Aku datang pada jam 12.30 pagi tapi masih belum siap laporan darah dan kenalah datang selepas solat Jumaat iaitu pukul 2.00 petang.
Aku solat Jumaat di Masjid TYT di Bukit Beruang dengan menaiki motosikalku. Malas dah nak naik kereta jabatan. Lagipun hujan dah reda. Jadi elok BEBAS naik motosikal sendiri.

4020-bkt-beruang

Kira-kira jam 2.30 petang aku masuk berjumpa Dr Leong C.S. Agak muda juga doktor ni. Berdasarkan pengiraan aku, mungkin usianya hujung 20-an atau awal 30-an. Mula-muka diberikan laporan-laporan yang agak ok. Dan masuk ke keputusan yang kureng sikit.
Keputusan Uric Acid ku agak tinggi dari yang sepatutnya. Aku mendapat skor 0.46 berbanding angka patut iaitu antara 0.21 hingga 0.43. Mengikut doktor, aku perlu mengurangkan makanan bergaram dan juga yang berasid. Makanan daging merah, serta organ dalaman perlu ditinggalkan atau kurangkan.
Ini kerana kalau Uric Acid tinggi penyakit seperti Gout boleh menyerang badan. Memang diakui aku agak galak makan organ dalaman seperti hati dan pedal. Daging tu agak jarang-jarang juga makan tapi bila kena macam ni perlu prihatin dengan pemakanan.

Satu lagi yang tinggi adalah Glucose(Gula) iaitu mencecah 8.8 berbanding yang patut 3.9-5.5 puasa 3.9-7.7 biasa. Untuk makluman, memang aku puasa 4 jam sebelum melakukan pemeriksaan. Jadi memang agak tinggi juga. Doktor menasihatkan agar mengurangkan minuman bergula dan menukar dengan gula seperti Stevia.
Beliau juga menyarankan mendapatkan bekalan ubat. Tapi aku cuak sikit sebab takut nanti terlalu pula bergantung pada ubat. Rasanya ini juga berkait dengan keturunan sebab dalam keluarga ada yang kena kencing manis. Mungkin juga aku dah nampak sikit simptomnya seperti kerap buang air kecil dan kadang-kadang rasa kebas pada tapak kaki.
Kenalah mengawal pemakanan lepas ni.

Perkara yang masih membelenggu diri ini iaitu Kolesterol masih berulang. Nampaknya penjoggingan aku masih belum mencukupi lagi. LDL-CHolesterol atau Kolesterol Jahat dalam badan agak tinggi iaitu 5.4 berbanding yang diperlukan iaitu 4.12-4.89. Perlu kena lebih kuat bersenam untuk mendapatkan hasil dan pemakanan kena jaga ni.

No more Gatorade or others Isotonic drink after this
No more Gatorade or others Isotonic drink after this

Memang bagus juga aku pergi mendapatkan pemeriksaan kesihatan ini kerana nampak apa yang patut diperbaiki. Mungkin lepas ni boleh buat secara berkala samada 6 bulan sekali atau kalau mampu boleh buat dalam 3 bulan sekali. Sambil tu akan juga beli peralatan untuk mengesan gula dalam darah yang boleh didapatkan di farmasi.
Inshallah. Kepada korang semua, doakan supaya aku mendapat kesihatan yang baik dan pada kamu semua aku menyarankan untuk buat pemeriksaan kesihatan samada di hospital swasta atau di hospital kerajaan. Kesihatan itu penting bukan untuk kita sahaja tapi untuk orang di sekeliling kita.

9 Replies to “Medical Checkup Di Hospital Pantai”

  1. maknanya ada tanda risiko gout, confirm diabetes dan kolestrol la kiranya ni. pendapat saya la cik, senaman is one way. lifestyle pun kena ubah iaitu cara makan dsb. suplemen pun kena ambil. sebab suplemen bantu lengkapkan nutrisi badan. nutrisi direct daripada pemakanan tak cukup menampung keperluan badan kita. boleh try kaji lagi tentang produk shaklee kami. boleh kontek saya terus untuk info 0122195919

  2. 2-3 kali medical checkup sebelum ni..rutinnya mesti sama.
    just check mata, check darah pastu x-ray tubuh..tu jer.

    tapi kalau tengok kat tv, nampak macam lagi detail dia punya cara.

    check kesihatan usus (yg masukkan alat melalui tekak tu), test urine (yg ni dia siap ukur dari segi ‘kelajuan’ dan kesan dia pd kesihatan), segala risiko penyakit yg ada kaitan dgn otak dan jantung, dan banyak lagi rasanya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.