Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Artikel ini aku tulis kat ligakampung.com tapi ambil semula untuk kenangan di masa hadapan. Penulisan mungkin ada sedikit lain berbanding sekarang ye..

 

Tak terlambat rasanya kalau nak ucapkan ‘Selamat Hari Guru’ kepada semua guru di seantero dunia. Nak ucapkan selamat kepada guru-guru yang pernah mengajar rasanya takde kot guru yang pernah mengajar si Zool membaca blog ni. Walaupun tak bersua lagi dengan guru-guru tersebut namun kenangan ketika zaman persekolahan masih ada yang terlekat dalam minda (banyak yang dah hilang). Berikut merupakan cikgu-cikgu (perkataan cikgu lebih sesuai dengan jiwa kampung ni..) yang berada dalam memori si Zool :-

1. Cikgu Khadijah . Ini adalah cikgu English yang mengajar masa tingkatan 1 hingga 3. Memang amat ditakuti oleh si Zool dan rakan-rakan. Boleh dikatakan setiap pagi mesti tengok di garaj samada kereta BMW beliau ada atau tak. Kalau ada, kena tengok baju pula. Kalau baju garang memang alamat kenalah jawabnya. Memandangkan si Zool agak lembab dalam bahasa English dan sering terlupa membawa buku teks, pipi lembut menjadi sasaran tamparan beliau. Selain tu, selalu gak kena ketuk kepala..Rasanya dah pencen kot cikgu Khadijah ni. Disebabkan tamparan tu, pipi ni dah makin berjerawat dan menjadi kasar (hahahahah. alasan..). Apapun terima kasih kepada cikgu sebab sekurang-kurangnya dapatlah ‘C’ masa PMR. Kalau tak tampar mesti dapat ‘D’ kot..

2. Cikgu Karim . Ni adalah cikgu Bahasa Melayu masa tingkatan 1 dan 2. Selalu gak cabut dari kelas dia terutama kalau kelas akhir. Boleh pergi cabut ikut kelas peralihan.. Bapa kepada seorang blogger yang pernah ku kenali, Arwah Loqman.

3. Cikgu Chan Wai Leng (agak-agak betul la..) . Guru kelas tingkatan 4 dan 5 mengajar bahasa Inggeris. Kalau cikgu tingkatan 1-3 garang, yang ni halus suaranya. Tu yang English dapat C5 je masa SPM.. Hahhaha .. alasan..

chan-wai-leng
Bergambar dalam kelas bersama Cikgu Chan Wai Leng

4. Cikgu Ahmad Hamzah. Cikgu BM dan Sejarah yang cool. Sebenarnya takde kenangan sangat dengan beliau cuma baru-baru ni nampak beliau kat facebook. Memang cool..
5. Cikgu Jawahir. Cikgu Geografi yang jarang nampak muka. Selain tu menjadi cikgu ko-kurikulum silat. Sekarang ni dah ada kat UtEM. Pernah terserempak beliau dekat Seri Negeri dan dia kata ‘tak habis-habis malu ko ni Zool’. Erk… terkedu den… Ingat lagi dia profail aku lama-lama.
6. Cikgu …… (tak ingat nama..). Bangsa Cina mengajar Fizik. Memang sempoi habis cikgu ni. Antara perkataan yang paling diingati ‘Murid-murid yang kucintai’ tapi cakap jadi cam ‘murid-murid yang kucintaik’. HUhuhuh. Tu yang Fizik dapat P7 tu… Belajar malas..

Ni cikgu sekolah rendah pula…
1. Cikgu Fatimah. Lagi cikgu English yang menjadi ingatan. Cikgu ni rajin cubit pipi si Zool. Nasib baik tak rabak.
2. Cikgu Maimunah. Cikgu Bahasa Melayu masa darjah 1-3 (kalau tak silap..). Dah tak berapa nak ingat sangat kenangan.
3. Cikgu Md Jani. Cikgu bahasa English merangkap guru besar sekolah masa tu. Muka memang omputeh abis. Memang kelakarlah beliau ni walau tak pernah mengajar kelas si Zool.
4. Cikgu Deris. Cikgu ni tak pernah mengajar tapi memang garang dan ditakuti oleh pelajar. Kalau jumpa je, mesti dia suruh baca sifir. Pernah jadi mangsa baca sifir 5 secara terbalik dan alhamdulillah berjaya juga.
5. Cikgu Hamdan. CIkgu ni pun tak pernah mengajar tapi terjumpa beliau masa mengajar sementara di sekolah menengah Selandar. Tapi beliau tak kenal la si Zool ni.

Okay cukuplah beberapa cikgu yang ada dalam ingatan. Ada banyak cikgu yang mengajar tapi kalau tulis semua memang penatlah anda membacanya..
Apapun terima kasih kepada semua cikgu-cikgu samada yang telah mengajar secara langsung atau tidak. Dengan ilmu anda, si Zool mampu menaip entri ini..

Sekian..

p/s :- Entri ini dipublish pada 16.5.2011 dan direpublish semula. Jadi mungkin ada yang pernah baca kot.. Tapi seronok pula baca entri ni.

Oo ye, tak lupa juga aku pernah menjadi cikgu ganti pada tahun 2002/2003 di Sekolah Menengah Teknik Jasin dan Sekolah Menengan Selandar. Ada tak pelajarku yang ingat tak?

4 Replies to “Selamat Hari Guru : Kenanganku dengan guru sekolah”

  1. boleh tahan ko bro…banyak nama cikgu dapat ingat..

    saya cuma dapat ingat seorang atau dua sahaja cikgu

    cikgu yang paling saya ingat sampai sekarang ialah cikgu sejarah ..cantik dan seksi

    wow..cakap pun tak guna bro hehehe

  2. Amboi ramai betul nama cikgu boleh ingat balik… Siap bleh ingat macam-macam ciri masing2 lagi. heheh. Tapi tu semua kenangan best kalau ingat balik kan.

  3. aku dah tak ingat semua dah.

    beratus-ratus dah cikgu yang mengajar aku.

    Kini turn aku plak buat budak-budak lupa nama aku plak.

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.