Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Sudah seminggu berhari raya tapi masih tak terlewat untuk ku ucapkan Selamat Hari Raya buat mereka yang membacanya.
Nampaknya hari Raya Aidilfitri masih ada cabaran apabila kereta kena tukar tayar. Bukan hanya kereta Myvi tetapi juga dengan kereta Viva isteriku. Kira-kira RM6++ lebih juga dibelanjakan untuk tayar sahaja. Tapi alhamdulillah ada sedikit lebihan rezeki maka dikeluarkan juga untuk perbelanjaan itu.
Bagi Tayar kereta Viva mendapat tayar Hancock manakala tayar Myvi jenama tidak dikenali. Apapun aku harap dapat berkhidmat lama . Ooo ye, bateri kereta Viva kong selepas lampu dalam kereta tidak ditutup dan macam biasa Bateriku.com menjadi penyelamat. Terbang lagi RM240.
Untuk raya tahun ni, pagi-pagi aku pulang ke Kuala Linggi. Sempat juga bersolat di sana sebelum memulakan hari raya pada hari pertama di sana. Hari kedua baru pulang ke kampung Kesang sebelum ke Felda Kemendor. Hari ketiga ke Felda Palong dan Segamat. Hari keempat ke Gemencheh dan Tampin.
Hari seterusnya tiada perjalanan jauh..
Aku sebenarnya tak tau nak tulis apa lagi. Apapun aku sekadar nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita bertemu lagi.
