Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mungkin ini bukanlah pencapaian besar bagi orang lain tapi aku berbangga . Aku pun bukan rajin membaca Quran jadi mula la semula untuk mengaji. Dan bermula 1 hari sebelum Ramadhan hingga 24 Ramadhan berjaya aku menamatkan pembacaan 30 juzuk ni.
Ikutkan tahun ni aku banyak baca melalui Quran.com sebab kalau tak faham boleh dengar semula. Melalui pengalaman ni aku dapati setiap juzuk anggaran mukasurat adalah 20 helai. Jadi untuk cuba menamatkan dalam tempoh kurang 30 hari kenalah baca sekurang-kurangnya 20 helai sehari. Memang agak sukar sebab ada kala terganggu . Rasanya aku tertinggal sedikit masa ada program iftar tempohari. Apapun aku berjaya dengan konsistensi. Pagi sebelum mula kerja, sebelum Zohor, sebelum Maghrib, selepas Maghrib dan Isyak.
Tahun ni juga aku mula belajar sedikit tentang waqaf dalam Alquran sebab selama ni agak langgar. Aku rujuk serba sedikit di internet untuk memahami. Alhamdulillah tahun ini ada pelajaran baru dalam mengaji dan harap-harap aku mampu meneruskan di bulan seterusnya.. Amin…
Pendek je artikel hari ini .Sekadar untuk aku kenang di kemudian hari..