Assalamualaikum semua.
Sempena Ramadhan yang tiba untuk tahun yang ke 1437 Hijrah ini aku mengucapakan ‘SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1437H‘. Semoga kita bersedia menjalani ibadah puasa pada tahun ini dengan lebih baik dari sebelumnya.
Seperti tahun sebelumnya, aku juga nak buat beberapa sasaran pada Ramadhan kali ini. Antaranya :-

1) Berpuasa penuh seperti tahun-tahun sebelumnya. Mungkin ada yang tergelak tapi kita tak boleh jangka. walaupun sepengetahuan aku, puasa penuh dilakukan dari Tingkatan 1 tapi tak boleh ambil mudah juga.
2) Terawih penuh. Aku mengharap dapat terawih penuh sebab tahun-tahun sebelum ini ada tertinggal. Alhamdulillah, terawih hari pertama dapat dilaksanakan walaupun sekadar 8 rakaat sahaja (kena jaga budak kecil, mak dia nak prepara makanan sahur).
3) Separuh Ramadhan berbuka puasa di masjid. Bukanlah nak jimat tapi sebab bila berbuka di masjid tu dapat berkenalan sikit dengan jemaah yang berbuka. Hari biasa susah juga nak beramah mesra.
4) Macam biasa, ada juga sasaran berat badan dan aku jangkakan boleh turun ke 62 kg(sekarang 65kg). Selain makan yang akan dijaga, aku rancang untuk sesekali berjalan kaki ke masjid dan cuba exercise kat rumah lepas solat terawih(Hari cuti je kot).
5) Kawal belanja. Aku mungkin akan cuba memastikan hari cuti boleh masak di rumah untuk sahur. Itu sedikit sebanyak dapat kurangkan perbelanjaan. Penting rasanya untuk jimat bagi aku meneruskan projek-projek lain.

Ok, itu serba sedikit mengenai harapan Ramadhan ku tahun ini. Semoga Ramadhan tahun ini akan memberikan keberkatan kepada kita semua.

Kalau sebelum ini, blog zoolzarizi.com ni kosong tak de iklan banner, pada minggu lepas aku masukkan banner Nuffnang kat sini. Aku memang pengguna setia Nuffnang sebab diorang bagi je duit. Walaupun aku nak dapat Cashout tu terpaksa menunggu hampir setahun tapi bolehlah dari takde.
Lagipun, aku dah buang blog OhPemandu.com(dijangka akan dikuburkan) dari Nuffnang. Maka tambah lah sikit blog ni. Walaupun blog ni pun tak berapa nak ada pengunjung tapi kira oklah sebab artikel unik. Tak ciplak punya. Heheheh.

pengiklanan 3rd party Nuffnang yang ingin dicuba
pengiklanan 3rd party Nuffnang yang ingin dicuba

Cerita pejabat pula, hari tu lepas dapat hadiah kemenangan logo tempat kedua, aku belanja bebudak Unit dan geng TeamPuncheat makan di Restoran Johny di Jaya Jusco, Ayer Keroh. First time aku makan situ. Memang terkial-kial gak nak order. Tapi ada yang pandai order maka takdelah susah sangat.

Layan Johny Ayer Keroh
Layan Johny Ayer Keroh

Boleh tahanlah steamboat yang diorder tu. Kenyang juga tapi aku terpaksa berlari awal sebab ada meeting Jawatankuasa Pemandu Laman Web di Seri Negeri, Ayer Keroh. Dah sedap makan kenalah berhadapan dengan masalah sebab Penilaian Kendiri Laman Web tak siap. Adoi. Nak buat camne, sibuk SANGAT..

Kerja aku melakukan Penilaian Kendiri Laman Web, Probe memang agak memenatkan. Memang sukar sebab ada banyak kriteria yang perlu disetelkan. Kalau sesiapa yang kerja jaga website Gomen mesti tahu betapa banyaknya yang perlu diisi untuk mencapai ‘star rating’ ni.

probe
Tengah mengisi bahagian kriteria mandatori.

Ok..cukuplah cerita tak berapa panjang untuk entri kali ni. Almaklumlah, Ramadhan kena kurangkan membebel termasuk menaip kat blog ni. Korang sahur apa pagi ni nanti? Aku mungkin sup Ketam beli masa balik kampung tadi..

Ok. sambil tu baca niat puasa ni dulu ye..

 

11 Replies to “Selamat Menyambut Ramadhan 1437H, Daftar Nuffnang”

  1. memang unik . satu entri banyak cerita dia ..

    selamat berpuasa yeee .. semoga azam tercapai … aku ni pun puasa tak pernah penuh sejak tingkatan 2 .. hahahhaha

    1. takde lah unik mana pun..
      tinggal update seminggu sekali kasi penuhkan satu artikel dengan cerita seminggu..
      takpe, perempuan memang ada kelonggaran untuk tidak puasa penuh

Leave a Reply to Hairul Hissam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.