Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Agak lama juga aku tidak mengemaskini blog ini. Bukan sahaja blog ini, blog yang lain pun sedikit bersawang. Tapi tak bolehlah nak jadikan alasan puasa sebagai kurang produktiviti kan. Jadi alasannya adalah MALAS. Hhahahah
Tapi selain itu, ANAK ku yang dah mula bertatih perlukan perhatian dan sedikit sebanyak MENGANGGU tumpuanku untuk menulis.

Ok, dah lebih seminggu berpuasa dan impianku untuk berbuka di masjid sekerap seperti tahun lepas agak berkecai. Memang sukar dengan komitmen anak dan isteri. Kalau pergi masjid tiap-tiap hari nanti kesian pula si isteri tidak dapat berbuka pada waktunya.

Berbuka puasa di Masjid Al-Ghafaar
Berbuka puasa di Masjid Al-Ghafaar

Maka tanggungjawab perlu diutamakan. Tak gitu? Bagi korang yang anak dah besar-besar tu, rasanya elok kot cuba-cuba berbuka di masjid berbanding pergi ke restoran atau hotel yang mahal-mahal tu.Walaupun tak banyak berbuka puasa di masjid namun tahun ini ada kelainan. Di Masjid Al-Ghaffar, Jasin mereka menyediakan makanan sedulang untuk 4 orang makan. Memang sedikit kekok untuk menyuap makanan tapi ia sebenarnya adalah yang baik. Bagi masjid di taman pula, jika sebelumnya ada makan ringan sebelum Maghrib dan makan nasi selepas tu tapi tahun ni terus je makan nasi.
Selain itu, impian aku nak menunaikan terawih penuh pun tak tercapai. Kemampuan hanya 8 rakaat dengan 3 witir dibuat sendirian. Ada ketidaklaratan dan sekali lagi memikirkan keadaan isteri dan anak di rumah. Tak gagah kan aku ni.
Alhamdulillah, aku dah membayar yuran masjid cuma sekarang ni nak bayar zakat fitrah pula. Kalau ikutkan, sunat pada hujung-hujung bulan Ramadhan tapi mungkin aku akan bayar pada hujung minggu ni. Takut bertangguh nanti lagi terlupa. Tak bayar zakat fitrah merupakan DOSA BESAR tu.
Sudah pasti aku akan bayar melalui amil yang dilantik oleh Pusat Zakat Melaka dan yang terdekat adalah Pak Imam Masjid. Tahun ni, kadar zakat di Melaka masih RM6.70 seperti tahun lepas.

| Apa yang perlu dilakukan selepasa Ramadhan |

Bercerita lagi tentang puasa, tahun ini aku terasa kelainan yang agak berbeza. Memang agak mencabar pada tahun ini. Mungkin sebab lemak dalam badanku dah mula berkurangan maka kadangkala terasa tidak bermaya. Apatah lagi tidur ku berkurangan kerana anak kesayanganku sering terjaga di waktu pagi dan tidak lambat tidur.
Apapun itu merupakan satu cabaran yang bagus pada Ramadhan ini. Berdasarkan timbangan beratku telah berada dalam paras 63-64kg dimana berat ideal BMI adalah di bawah 60 kg. Aku harap mampu dicapai sebelum Syawal ini. Insha allah.

Dalam minggu lalu juga ku hadapi sedikit masalah apabila air di rumah TERHENTI seketika. Apatah lagi waktu henti itu adalah pada malam hari. Sedikit menyukarkan untuk bersahur. Selepas di semak dengan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dimaklumkan ada kerja pembaikan. Selang sehari air dah ok cuma ada kemerahan . Mulanya call juga tapi selepas beberapa ketika air dah kembali sediakala.  Alhamdulillah, SAMB cukup pantas untuk pelanggannya.

air-apa

Pada minggu ini aku mengadakan taklimat sistem PCRS. Apa itu sistem PCRS? Ia merupakan sistem Punctuality Cascading Reporting System(PCRS) dimana ia adalah sistem thumbprint dengan dimasukkan ‘feature’ yang menarik seperti penghantaran SMS bagi kakitangan lambat, maklumat timeslip sekiranya urusan luar yang bukan rasmi serta away untuk maklumat rasmi dimana mereka tidak melakukan thumbprint.
Alhamdulillah separuh yang hadir tu nampak macam faham apa yang diterangkan oleh geng pembangunan sistem dari Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) Jabatan Ketua Menteri Melaka. Memang puas hati juga sebab diuruskan oleh kerani ku dengan baik.

Timbalan Pengarah memberi cenderahati kepada pembentang taklimat sistem PCRS. Memang handal mamat programmer ni
Timbalan Pengarah memberi cenderahati kepada pembentang taklimat sistem PCRS. Memang handal mamat programmer ni

Okaylah aku pun tak tau nak menaip apa lagi ni. Mungkin kreativiti nak menulis pun agak terbatas di bulan ni. Tapi apapun semoga kita semua mendapat keberkatan dalam menjalani ibadah berpuasa pada tahun ini. Insha Allah.

Hm.. duit bonus RM500 dah masuk dalam bank tapi tak tau nak buat apa ni.. Ada cadangan? Hahahaha

4 Replies to “Seminggu Berpuasa , Taklimat Sistem PCRS, Air bermasalah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.