Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Baru-baru ni budak opis aku menubuhkan group Telegram untuk mendaki ke Gunung Angsi.
Kalau ikutkan memang niat di hati ingin sekali mendaki. Ye lah, tahun lalu aku berjaya ke Gunung Datuk tapi berdasarkan keadaan kesihatan sekarang mungkin tidak.
Aku merasakan mendaki gunung Angsi yang berketinggian 824 meter itu agak berisiko bagi diriku. Aku risau dengan keadaan fizikal yang kurang baik. Takut kadar altitud itu akan memberi kesan.
Apatah lagi sekarang ni nampak cuaca yang agak menggerunkan. Hujan secara tiba-tiba maka aku tidak mahu mengambil risiko yang pasti akan menyusahkan rakan-rakan.

Memandangkan kaki pun ada terasa lain , keberanianku sedikit menurun berbanding ketika menaiki Gunung Datuk. Takut juga kalau terluka dan sebagainya. Penyakit kencing manisku pula tidak stabil dalam beberapa hari ni..
Kadar gula sudah tidak menunjukkan angka 6. Sering sahaja melepasi 7 meskipun ketika tidak makan pada malam hari.
Jadi kesihatan diri aku perlu utamakan berbanding untuk menjadi ekstrem itu. Aku tak pasti samada akan terlibat lagi atau tidak untuk aktiviti mendaki pada masa akan datang.
Doakan sahaja semoga kesihatanku bertambah baik sahaja lepas ni..
AMIN..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.