Mendaki ke Gunung Datuk, Rembau , Negeri Sembilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Mungkin ada yang tersesat ke sini sebab cari menggunakan Google kan? Tapi bagus juga sebab aku akan kongsikan sikit pengalamanku selaku ‘newbie’ dalam mendaki gunung ni. Paling tinggi pun pernah dari Bukit Beruang je. Jadi bila ada kawan ajak mendaki peringkat Gunung, maka ada sedikit teruja bercampur risau. Bukan apa, aku juga baru je merasa hamstring baru-baru ni lepas main bola di Padang MMU Rabu lepas. Risau juga dihati tapi dikuatkan juga semangat. Hari Jumaat pula tu, rakan sependakian MC pula. Mulalah semangat sedikit luntur. Apa taknya, yang lain-lain tu bawa pasangan masing-masing. Aku tak berani nak bawa isteri lagipun dia kerja hari Sabtu. Takkan nak bawa Fatih sekali , lagilah menganggu ekspedisi pendakian tu.

Alhamdulillah, rakan sependakian itu setuju untuk mengikuti ekspedisi pendakian Gunung Datuk itu. Aku mengambilnya di Masjid Tanah kira-kira jam 7.20 pagi dan kami tiba ke kawasan permulaan pendakian Gunung Datuk itu kira-kira jam 8.10 pagi. Sesampainya tiada kawasan untuk kami parking kereta. Nasib baik juga lah rakan sependakian tu boleh mengawal kereta lebih baik sebab jalan yang sempit. Kalau aku yang bawa mungkin dah bergesel MyVi ku tu..

Kami parking kira-kira 0.5 kilometer dari lokasi permulaan. Ketinggian Gunung Datuk adalah 884 meter bersamaan dengan 2900 kaki. Untuk masuk ke kawasan tersebut dikenakan bayaran RM5 dan perlu menulis senarai peserta yang mengikuti aktiviti pendakian tersebut. Permulaan kami mendaki pada jam 8.30 pagi. Memang cabaran yang cukup perit apatah lagi perjalanan pendakian memerlukan kita mendaki hampir 90% perjalanan ke puncak.

Sebelum naik, tengok papantanda ni dulu

Memang cabaran yang cukup perit bagi aku yang kali pertama mendaki gunung. Namun aku tabahkan jua dan meneruskan dengan kudrat yang ada. Alhamdulillah aku dan rakan sependakian tiba kira-kira jam 10.10 pagi manakala rakan kedua 10.40 pagi dan yang terakhir jam 10.57 pagi. Lebih kurang 2 jam pendakian untuk mencapai puncak. Memang berbaloi berada di atas puncak tersebut. Angin yang cukup nyaman dinikmati sambil melihat ramai pendaki-pendaki menghirup udara nyaman. Dengar cerita masa aku tiba penyanyi Aizat Amdan pun ada juga. Tapi mungkin masa aku naik , kalau tidak mau je aku minta dia ajar aku chord lagu.

Peluh jangan citer la. Memang mencurah


Bersama rakan sependakian, Fikri yang lebih muda belas tahun dariku.
Bergambar di signage puncak Gunung Datuk

Deruan monyet-monyet cukup kuat seperti ada peperangan di alam sana. Entah apa yang dibingitkan tak ku tahu dan tak mahu ku tahu. Eh, berpuitis pula ni. Cuma yang sedikit menyedihkan bila nampak botol-botol minuman dan plastik-plastik yang ditinggalkan pengunjung. Aku nak angkat banyak tak larat cuma mampu ambil yang sendiri je. Harap-harap pencinta alam sekitar atau plogging akan membantu memungut peninggalan mereka yang tidak memahami sebenarnya maksud pendakian tu. Wallahualam.

Dekat atas puncak Gunung Datuk

Lepas je makan nasi lemak kami memulakan aksi menurun. Secara jujur aku lebih cuak aksi menurun berbanding mendaki. Ye, mendaki lebih penat tetapi menurun lebih merisaukan aku. Ada beberapa kali aksi tergelincir. Nasib baik tak serius sebab takut boleh melibatkan ‘ankle’ yang ada sedikit perasaan sakit. Alhamdulillah berjaya turun tanpa ada kecederaan yang menimpa diri ini. Kalau ikutkan jarak yang dicatatkan oleh Olike kira-kira 3 kilometer mendaki dan 2 kilometer menurun ( masa naik, aku set dari tempat parking, masa turun aku set berhenti kat tempat pelepasan).

Cabaran mendaki yang cukup hebat bagiku. Aku rasa satu hari akan kembali lagi untuk mencabar diri di sini. Memang memenatkan tapi dapat melihat alam ciptaan tuhan di atas dengan perasaan angin yang menolak badan cukup menginsafkan. Cuma ralat tak dapat nak terbangkan Tello sebab angin cukup kuat dan terlalu ramai peserta di sana.

Alhamdulillah pulang kira-kira jam 1.00 tengahari dan hantar rakan sependakianku balik. Singgah makan nasi ayam dan minum air tebu di Ayer Limau. Dah bertahun-tahun tak minum air tebu tapi langgar pula pantang larang. Heheheh. Sesekali je..

Sebelum balik singgah solat Zohor dan mandi di Masjid baharu Masjid Tanah. Memang cantik masjid tu. Sesiapa yang pergi ke masjid Tanah jangan lupa solat disitu.

Balik rumah ingatkan nak tidur nyenyak tapi pukul 4.45 dikejutkan oleh isteri. Rupa-rupanya Fatih merengek sakit perut. Dijangkakan sebab makan megi yang dimasak guna air sejuk(dimasak sendiri oleh Fatih). Pergi ke Hospital Jasin dan diberi ubat. Alhamdulillah dia dah mula sihat ..Malam dinner di Din Corner

Ketika aku menaip artikel ini, sedikit rasa sakit pada kaki terasa tapi inshalllah akan kembali segar dalam 2-3 hari ni. Lepas ni mungkin rancang nak cuba kawasan berdekatan dulu. Mungkin Bukit Batu Lebah , Selandar kot…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.