Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kalau korang follow blog ni mungkin tahu yang aku merupakan pesakit kencing manis.
Dan selepas bertahan akhirnya aku terpaksa akur untuk memakan ubat kencing manis bagi mengurangkan kadar gula dalam darah ni. Ada beberapa orang rakan yang bertanya bagaimana aku tahu tentang kencing manis ni.
Aku kurang pasti kali pertama mengetahuinya cuma ketika usia 40 tahun, aku ke Klinik Kesihatan Alor Gajah untuk pemeriksaan darah. Ketika itu dah ada tanda-tanda kencing manis dan kolesterol tinggi.
Tapi aku rasa mungkin sebelum itu dah tahu bila ada buat pemeriksaan berkala di Hospital Swasta. Sehingga saranan doktor untuk melakukan pemeriksaan berkenaan kencing manis ni.
Aku juga telah menerima buku hijau temujanji dan sehingga kini aku meneruskannya.
Penyakit kencing manis ni tiada penawarnya dan ia hanya boleh dikurangkan. Efek penyakit kencing manis ni boleh mengakibatkan organ dalaman rosak. Ye itulah satu perkara yang merbahaya.
Berdasarkan keadaan semasa , aku mengakui ada sedikit kesan yang dirasai dengan gejala kencing manis ni cumanya tidak tahu secara detail. Dari segi fizikal tu kita dapat rasainya sendiri.
Macam kerap kencing, mudah mengantuk, hilang fokus, jangkitan kuman dan beberapa tanda lagi…
Nasihat aku kepada korang semua pergilah buat pemeriksaan kesihatan secara berkala. Tambah-tambah kalau ada sejarah keluarga berkenaan kencing manis. Korang memang berisiko seperti aku.
Sambil-sambil tu aku minta support korang semua untuk tonton video aku berkenaan simptom kencing manis ni…
Kalau belum subscribe bolehlah tekan sekali ye..