Hari ni artikel aku mungkin mengomel sikit. Almaklumlah minggu ini banyak pula duit kena keluar. Macam tau-tau je ada dapat dui tambahan sikit.
Kereta isteriku buat hal pula.. Isunya sama seperti yang hampir kulalui 2 bulan yang lalu.
Almaklumlah.. kereta dah lepas usia 5 tahun memang macam-macam mulai menyerang. Tengah jalan ke Malim, tiba-tiba signal indicator temperature menyala.
Adoi. Di tambah dengan kepanasan kereta seperti tak beraircond menandakan bahawa kemungkinan isu kipas tidak berfungsi menyebakan ia berlaku.
Lepas berhenti kejap dan selepas melaksanakan aktiviti di Malim maka aku menghantar kereta isteriku ke bengkel di Jasin. Bengkel yang aku mula yakin dengan kerjanya.
Bukan sahaja motor kipas kena ganti kena juga ganti radiator sebab ada kebocoran kecil di situ. Walaupun mengigil juga mendengarnya tapi dihadap juga bagi mengelakkan isu lain yang timbul nanti.
Ye la kalau jem, lagi jahanam duit nak kena hadap. Jadi kalau korang terasa aircond tiba-tiba panas ketika di kawasan jem, mungkin ia ada isu dengan kipas anda.

[ Kereta Lama ? Pastikan anda mendapat panduan penjagaan kereta ini!! ]

Lepas tu minggu yang sama pula, Mudguard kereta isteriku pula rabak. Adoi.. Tengah-tengah jalan tu. Masa tu kami nak pergi survey Hotel Temasek di Ujong Pasir. Dapatlah jumpa Hotel tersebut yang berada di dalam kawasan Perkampungan Portugis tapi tu yang tak sedap bila mudguard nak rebeh je.
Dia bergesel dengan tayar sampai ada bunyi yang kurang menyenangkan. Terus aku pergi ke kedai aksesori di Jasin Bestari. Rabak lah juga RM97 (mudguard local RM80 campur skru RM3 x 4). Lagi mengigil rasanya bila nak bagi duit tu.

Mudguard VIva yang boleh didapati di internet

Sambil-sambil tu ternampak radio kereta jenama Blaupunk yang aku pasang kat kereta ku. Pergh!! Harga kat kedai ni baru je RM280 (yang dulu aku kena RM320). Boleh tahan kena pancung dekat RM40 juga aku kat situ. Takpe, tu pengalaman. Bagus juga aku tulis kat blog ni, selain korang baca boleh juga aku buat rujukan.
OO ye, kereta Myvi aku pun nampaknya nak kena tukar juga mudguard tu. Nampak macam nak tercabut je ..

Bila tengok kos-kos ni rasa cemburu bila tengok orang-orang yang ada kemahiran untuk menukar benda-benda asal kereta ni. Boleh jimat banyak kalau buat sendiri. Barang boleh dapat dari online je. Tapi tu le, kalau aku buat memang jahanam kereta tu nanti.
Selain tu , rumah baharu ku juga hampir siap. Hari ni tukang paip buat penyambungan di sinki kabinet. Campur dengan pasang lampu LED sebanyak 4 unit, aku kena RM100. Pergh!! Kerja dalam 1 jam setengah boleh dapat RM100. Rasa modal kurang dari RM10 tu.
Tu yang tambah jeles bila tengok orang mempunyai kemahiran ni. Diorang boleh cari duit. Macam aku yang tak berapa reti ni memang senang le diorang nak tekan harga. Ye lah, harga kemahiran ni mana ada ‘price tag’. Kalau harga paip tu boleh lah kita buat survey kat internet.
Aku ingat nak belajar juga sikit sebanyak tentang kemahiran paip ni sebab rasanya ia tak terlalu teknikal berbanding dengan wiring. Nak tau kalau le ada kelas-kelas untuk baiki paip ni.
Korang ada tau tak mana-mana kelas baiki paip ni? Mau juga aku ada kemahiran sikit sebanyak. Lagipun sekarang ni susah nak cari plumber yang betul-betul berkemahiran. Dulu aku ada kenal satu pakcik ni. Memang power la hal plumber ni tapi susah benar nak contact.

Rasa macam nak pencen pegang Komputer, nak pegang Spanar pula le. Masih layak ke?

Ooo ye, selain tu aku juga ada cita-cita nak buat satu STARTUP untuk sistem aplikasi bagi mencari plumber/wiremen. Guna app atau sistem anda boleh mencari plumber di kawasan berhampiran dan ‘available’ pada waktu tertentu. Selain itu terdapat sistem rating serta kos-kos yang dikenakan.
Kalau ada camni barulah mudah nak buat renovation ke apa… Aku ada buat team tapi nampak macam tak boleh pergi je team ni. Jadi kalau korang yang baca blog ni dan ada niat , jom kita sama-sama buat. Inshallah. Ada manfaatnya pada pengguna di luar sana. AMIN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.