kemik bumper

Tukar Radio Kereta, Kereta Hampir Overheat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Tengah buat apa agaknya ye? Aku sedang cuba menyelesaikan isu migrasi sistem ketika menaip ni. Sambil menunggu proses tu sempatlah aku conteng sikit kat blog ni.
Masih dalam mood Hari Raya lagi ni dan untuk artikel hari ni aku nak cerita lagi pasal kereta. Kalau artikel sebelum ni aku cerita pasal tukar tayar dan tukar geran pada artikel kali ni aku tukar pula dua benda yang patutnya dah lama ditukarkan.
Pada minggu lepas aku menukar radio keretaku. Agak lama radio keretaku tidak berfungsi. Kalau ikutkan dah 5 tahun kereta Myvi ku ini tidak berbunyi. Memandangkan ada sikit lebih duit raya tempohari aku menukar radio asal Myvi yang tak berbunyi tu.
Bukan tak pernah bagitau kat Pusat Servis Perodua tapi mereka tiada stok sampai aku pun malas. Kalau ikutkan tahun lepas rancang nak tukar baru tapi tangguh-tangguh sampai duitnya takde.
Memandangkan ada duit lebih sikit maka aku pun singgah ke sebuah bengkel aksesori di Jasin. Aku ingat nak pakai yang biasa je Made In China tapi tokei kedai menghasut pakai yang jenama ‘Blaupunk’. Jenama ni memang agak popular dengan peralatan elektrikal terutama radio kereta.
Aku tak tau apa modelnya tapi aku terpengaruh dengan tokei kedai tu. Terbanglah juga RM420 dimana radio tu dicaj RM320 dan aksesori lain (antena, cover) serta kos pemasangan.

Kalau tak silap yang ni rasanya model radio kereta ku

Alhamdulillah sedap juga bunyinya. Buka volume 1 je dah bergegar bunyinya. Memang mudahlah kalau nak dengar ceramah dari IKIM nanti (hehehhheeh.. jangan percaya sangat ek).

Syok ada radio kereta baharu aku pun memberanikan diri membawa MyVi SilverRay ni ke Klang. Pergi Klang untuk melawat sanak saudara belah isteri. Sampai sana antara yang mendapat perhatian apabila ditanya tentang tubuh badanku yang semakin kurus. Sepupu isteriku, Kak Leha ni memang peramah.
Berbanding sedara yang lain, dia paling senang nak berborak. Aku dikatakan nampak lebih muda dengan fizikalku cuma gigi je kena betulkan. Hahahahha. Rasa tak payah kot. Aku bukan nak cari orang lain kot. Cukuplah dengan seorang isteri ni je. Ni nak berusaha dapatkan lagi anak ni.. Sorang anak tak meriah pula keluarga aku nanti.
OO lepas nak balik, jalan di Klang agak sibuk. Alamak, aku tengok temperature di dashboard telah melepasi takut ‘Hot’. Ketakutan kisah 5 tahun lalu dimana enjin keretaku pernah dimasuki air mula terngiang-ngiang. Ooo ye, mula-mula aku ingat nak terus balik perlahan-lahan tapi ada seorang brader ni menegur isteriku.

Katanya ada kebocoran di kereta. Aku tengok, alamak ni air coolant ni. Aku ambil keputusan pergi ke masjid terdekat. Terima kasih brader kerana menegur sebab kalau ikutkan aku nak teruskan je perjalanan.
Sampai di masjid aku call adikku yang tinggal di Bukit Raja. Alhamdulillah secara kebetulan dia berada berdekatan. Dia pun ada pengalaman dan mempunyai pengetahuan dalam bidang automotif ni. Dia check dan didapati air telah kurang.
Aku menceritakan kisah dan dia bagitau, air coolant itu telah tersejat sebab kepanasan. Dan ia berlaku sebab kipas tidak berfungsi. Ooo, ini rupanya punca temperature kereta ku naik. Dia memberitahu bahawa bila kipas tak berfungsi enjin akan panas kerana tiada udara.
Bila berjalan ia akan mula menurunkan suhu kerana angin dari luar membantu menyejukkan enjin. Ini juga punca kenapa aircond ku panas bila kenderaan tak bergerak. Nasib baik Allah membantu untuk aku bertindak waras. Sampai sahaja ke bengkel, tokei itu menukar motor kipas.
Alhamdulillah takdelah kena banyak sangat. Kira-kira RM240 sahaja. Aku tak ralat sangat sebab kurang-kurang ia berlaku dalam keadaan selamat. Bayangkan kalau kena di tengah-tengah lebuhraya. Masa balik pun ada jem sikit kat Tol Batu Tiga ke Dengkil. Kalau kipas tak berfungsi mungkin kereta aku akan jem di tengah-tengah tu.
Kalau jem mesti lah ribuan ringgit diperlukan seperti tragedi yang pernah berlaku padaku 5 tahun lalu(Siapa yang follow blog aku mungkin pernah baca pasal tu). Di kesempatan ini juga aku nak menasihatkan kawan-kawan pembaca blog supaya sentiasa menyemak temperature, air dan sebagainya sebelum perjalanan.
Semoga input ini mampu menjadi pengajaran untuk korang semua. Kalau nampak je sesuatu yang pelik berlaku pada kereta anda, jangan buat risiko. Pergi check dulu sebab kalau terjadi di Lebuhraya ataupun di luar kawasan anda pastinya menyukarkan.
Terima kasih kepada Adikku, brader yang tunjukkan kebocoran Coolant, pakcik yang tunjukkan masjid, pakcik masjid yang tunjukkan tempat caj bateri, tokei bengkel dan isteri serta anakku yang tidak panik. Dan paling utama adalah Allah yang memberikanku pertimbangan yang baik kali ini. Sekian

Artikel ni takde gambar sebab handphone bateri tak berapa kuat.. Tak berani ambil gambar

5 thoughts on “Tukar Radio Kereta, Kereta Hampir Overheat

  1. Fuh !..

    bab pasang aksesori kereta ini saya agak gila-gila..

    perrnah dulu..

    kereta baru pakai 2 minggu sudah tukar stereng sport..

    selepas itu tukar lagi lower spring dan macam-macam

    sekarang semua dalam kenangan ..

    dah reset pergi kosong balik

    hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *