Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam terkena air panas.. Silap diri sendiri sebab bubuh air panas kat portable Blender [https://invl.io/cllj6vr] dan terus tekan button..
Sekelip mata, penutup plastik tu melompat dan air pun terkena. Terasa juga lah kat tangan dan badan. [ Time tu terfikir, kena air panas camni pun rasa pedihnya, apatah lagi pemain bola yang kena asid tu kan.]
Dalam kepanasan tu, aku risau juga kalau jadi cam sebelum ni. Boleh melecur kulit, jadi aku cari benda yang boleh sejukkan kulit.
Buka peti sejuk Takde ais pula. Takkan nak ke kedai pula kan? Tengok-tengok teringat ada benda ni [https://invl.io/cllj6wg] .
Aku tekapkan lah kat kawasan yang kena air panas tu. Lama juga aku letak sebab takut melecur macam dulu.
Bukan apa, kalau melecur lagi la azab. Nak pakai baju nanti bila bersentuh sakit , tak selesa. Waktu aku tekapkan ais ni kat badan , budak kecil ada usik perut dan memang ada terasa menyucuk.
Yup selepas hampir setengah jam, aku merasa selesa meskipun masih ada kesan.

Dekat sini ada beberapa pesan aku kepada kawan-kawan.
1) Kadang-kadang benda yang kita rasa tak berguna, tiba-tiba boleh digunakan. Ice pack tu memang ada je kat freezer tu. Ada 4 rasanya. Satu aku dah buang beberapa hari lepas.
ye lah, aku rasa dah tak berguna lagi sebab ia digunakan untuk sejukkan susu baby. Dan anak kecil pun dah dua tahun. Dah tak pakai lagi pun..

2) Kenali barang yang kita beli. Aku beli blender portable harga RM2+.++ dan gatal nak blend guna air panas. Memang tak BIJAK la kan. Itu nasib baik meletup kena sikit bahagian tangan dan perut.
Bayangkan kalau kena muka ke, atau pisau dia yang terkeluar. Tak ke haru, nak kena masuk hospital pula. Lepas tu kalau doktor tanya sebab masuk hospital, kan ke malu nak jawab.

3) Belajar dari pengalaman lalu. Aku pernah kena air panas kat belah peha beberapa bulan lalu. Pengalaman itu memberikan serba sedikit panduan supaya mencuba ais berbanding guna air paip secara terus.

[ Terkena Air Panas di Paha ]


Tapi alhamdulillah sebab pengalaman tu masih baru beberapa tahun. Kalau pengalaman belas tahun mungkin tak ingat dah..

4) Bersedia dengan bahan perubatan. Kat rumah takde first aid [https://invl.io/cllj6zl ] dan bila jadi camni memang kelam kabut sikit. Nasib baik aku ada juga Alcohol Swab [https://invl.io/cllj6zq] yang boleh digunakan.
Memang perlu standby sebab kita tak tahu apa jadi walaupun hanya di rumah.

Okay, itulah serba sedikit yang aku nak ceritakan pasal kisah terkena air panas. Nampak macam biasa je, tapi kalau silap haribulan boleh memberi kesan pada kesihatan. Tak gitu?

Untuk cara yang lebih baik bagi merawat terkena air panas boleh rujuk sini

https://helomedik.com/melecur-akibat-air-panas-atau-benda-panas/

https://www.hmetro.com.my/hati/2019/03/435350/perkara-yang-patut-anda-tahu-mengenai-melecur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.