Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Ada isu pula bila ada influencer Gen Z yang mengatakan pasal degree itu bukan ilmu dan ianya berbayar. Dan pelbagai pendapat yang keluar dari kalangan masing-masing. Penyokong influencer tu pasti menyokong dan yang lainnya membangkang.
Sebagai seorang yang telah menerima degree pada tahun 2003 yang lalu, ada kebenaran di sebalik kenyataan itu tapi sebagai seorang yang tinggal 10 tahun nak pencen, aku sedikit kurang bersetuju dengan influencer ni. Meskipun dari sudut perniagaan, degree itu berbayar tapi dari segi ILMU dan juga pengalaman di Universiti tidak sama NILAInya dengan apa yang kita bayar.
Sudah pasti dengan sekeping kertas sijil itu memberikan keyakinan kepada orang atasan untuk menilai bakal pekerjanya. Meskipun ianya bukan JAMINAN untuk mendapat seorang pekerja yang bagus. Tapi bagaimana untuk memberi keyakinan bahawa seseorang itu LAYAK untuk bekerja dalam bidang yang diTAWARkan?
Sebagai contoh, seorang akauntan memerlukan ijazah untuk memastikan mempunyai kemampuan untuk melakukan imbang duga, penyata kewangan dan perihal-perihal akaun. Meskipun boleh diajar namun sudah pasti ada sedikit keraguan di situ.
Pada aku, adik tu mungkin berpendapat bahawa dia tidak memerlukan DEGREE tersebut kerana dia tidak bekerja dengan orang. Itu ada kebenaran di situ. Namun untuk dia menidakkan bahawa di universiti kita boleh menimba ILMU adalah satu kenyataan yang cetek pemikirannya. Ilmu di Universiti tidak mungkin dapat ditimba di alam pekerjaan. Sudah pasti ianya berbeza kerana di alam pekerjaan kita mempunyai tekanan berbeza untuk melakukan tugasan . Manakala di Universiti ia akan membentuk personaliti kita sebelum melangkah ke ALAM PEKERJAAN.
Apapun ini adalah pendapat aku yang seorang pekerja biasa sahaja. Mungkin ada pembetulan yang perlu dilakukan. Apapun, berfikir sebelum MENIRU sesuatu.. AMIN..