Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Tinggal beberapa hari je lagi sebelum raya dan aku mengalami satu parut di paha ku. Ini gambarnya..

Cantik kan? Ini lah dia tanda yang ku kena pada hari Rabu 27 April yang lalu. Ketika aku sedang membuat kerja-kerja Youtube dan tiktok di tempat kerjaku dan macam biasa, air teh o panas pasti menjadi peneman. Dan seperti biasa ku letakkan di meja dengan selamba. Tanpa ku sedari aku terlanggar mug tersebut yang lalu membasahi pahaku. Pergh!! Perasaan tu rasa terperanjat. Sakit yang boleh tahan.. Kalau ikut skala 4/10 masa permulaan. Cuba ku gagah.. Tapi kedatangan aura sakit pada minit pertama mula menyebabkan aku menyeringai.Pedihnya..

Dekat rumah takde pula minyak gamat yang biasa digunakan kalau ada berlaku kecederaan ni.Ku ambil ais yang berada dalam peti sejuk dan ku letak di kaki. Masih tak boleh bertahan dan kepanasan mula terasa.

Kali ini aku terus masuk ke bilik air dan mandi. Aku tak tau samada tindakan ini betul atau tidak tapi itu sahaja yang mampu aku fikirkan. Terus mandi sekali dalam keadaan malam tu. Ooo ye, kemalangan ini berlaku pada malam hari kira-kira jam 10.00 malam lepas pulang dari solat terawih..

Memang pedih dan saat itu aku terfikir …. ‘ Macam inilah perasaan orang yang kena dera.. Kena air panas.’ Bayangkan aku hanya kena secawan je tapi mereka-mereka yang didera lebih teruk lagi. Yang lebih menyedihkan apabila yang disimbah dengan air panas tu adalah kanak-kanak yang sudah pasti tahap kawalan kesakitannya kurang berbanding kita ni..

Apapun sekarang ni dah 3 hari dan sakit itu sudah kurang cumanya tanda masih ada lagi. Tak pasti samada tanda ini berkekal atau tidak.. Harap tidaklah.

Meskipun sakit, aku tetap bersyukur kerana masih merasai perasaan sakit tu. Almaklumlah pesakit kencing manis, jika teruk ia akan hilang deria sakit tu dan itu lebih teruk.

Terima kasih kerana korang sudi membaca entri ini. Adakah korang pernah mengalami situasi ini? Boleh kongsi kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.