Aku bernasib baik sebab masa nak masuk Universiti dulu tak tempuhi ujian MUET ni. Tapi adik beradik aku tenang je lepas masa nak masuk Universiti dulu. Memang selamba je diorang lepas ujian MUET dengan cemerlang tu.

Aku saja nak cerita pasal MUET ni sebab aku ada dengar di warung kat kampung aku cerita pasal adik dia yang nak masuk ujian MUET pada Hari Sabtu ni.  Memandangkan aku ni bukan penasihat maka takdelah dia tanya kat aku pun.

Berbalik semula tentang MUET ni, korang tau ke amenda ni? Okay, aku mulakan serba sedikit yang aku tahu tentang MUET ni melalui info dari orang-orang yang mempunyai maklumat mengenai ujian ni.

kalendar MUET 2017
Kalendar untuk menduduki Ujian MUET tahun 2017

MUET merupakan singkatan dari perkataan Malaysian University English Test(MUET) atau dalam bahasa mudahnya, ujian Bahasa Inggeris untuk kemasukan Universiti di  Malaysia. Ujian ini mesti dilalui oleh calon yang ingin memasuki IPT di Malaysia bagi mengikuti program ijazah pertama.

Ujian ini dijalankan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk calon menduduki IPT.Untuk mendaftar, calon boleh mengemukakan secara dalam talian melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia di http://www.mpm.edu.my/ .

Apakah syarat untuk menduduki ujian MUET ini? Setakat ini tiada syarat ditetapkan, yang penting adalah anda layak untuk menyambung pengajian anda itu ke peringkat ijazah pertama. Dalam MUET dibahagikan kepada 4 kertas iaitu kertas 1(Listening) , kertas 2 (speaking), kertas 3 (reading) dan kertas 4 (writing). Terdapat bayaran sebanyak RM100.00 dikenakan untuk menduduki peperiksaan ini (setakat tahun 2017).

Untuk lulus, kebanyakan IPTA dan IPTS mewajibkan untuk lulus dengan minimum Band 3 untuk syarat pengijazahan (GRAD). Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan kelulusan Band 3 terutama bagi yang lemah dalam Bahasa Inggeris. Seperti yang diberitahu pada perenggan di atas terdapat 4 komponen dimana kategori 1 Listening memperuntukkan 45 markah, Speaking 45 markah, Reading 120 markah dan Writing 90 markah. Ia menjadikan markah keseluruhan adalah 300 markah.

english

Syarat minimum kelayakan Band 2 adalah antara 100 hingga 139 tapi seperti yang dinyatakan di atas, kebanyakan IPT akan meluluskan calon yang mendapat Band 3 dan ke atas sahaja. Jadi anda kena memastikan mendapat Band 3 dalam gengaman anda.

Boleh ke aku lulus MUET kalau English ala-ala kadar je? Ini yang difikirkan oleh sepupuku masa nak ambil peperiksaan MUET tahun lepas. Memang susah juga aku nak menjawab persoalan ini bila diajukan. Jadi aku pun pergilah tanya adik sepupuku (aku tak tanya adik-adikku sebab diorang memang POWER English dan dapat Band 4) yang berjaya lepas Band 3 pada 2 tahun lepas. Katanya takdelah susah mana pun. Yang penting kena tau trick macam mana nak dapatkan markah terbaik untuk setiap sessi. Dia pun masa ambil periksa tu pun tak berapa sedia sebab sambil kerja masa tu.

Dia bagitau juga yang dia hanya study dalam tempoh 3 hari je sebelum menduduki ujian secara online tu. Bila tanya kat mana dia study? Katanya, dia belajar melalui satu Panduan Muet ni. Katanya sebelum ni dia blur juga dengan MUET dan risau juga tapi lepas dapat Panduan tu, memang tenang je dia menjawab soalan peperiksaan tu. Korang pun nak hadapi Ujian MUET ke? Tak sedia lagi? Jangan risau, cuba dapatkan Panduan MUET itu, sila klik link  https://goo.gl/BzYGk8 untuk maklumat selanjutnya. Bertindak sekarang sebelum ianya ditutup sekejap je lagi….

7 Replies to “Tips Lulus MUET”

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.