Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Untuk kali ini aku akan berkongsi ulasan buku bertajuk ‘Social Media Succes For Every Brand’ yang dikarang oleh antara orang besar Twitter iaitu Claire Diaz Ortiz. Buku ni sebenarnya aku beli 2 bulan yang lalu tapi tak mampu nak habiskan. Ia pernah hilang dan baru ditemui pada dua minggu lalu. Jadi memang lambatlah aku nak membaca. Lagi pula ianya dalam bahasa Inggeris maka lagilah mencabar untuk aku habiskan. Tapi dalam susah pun aku kena habiskan sebab nak cari teknik yang digunakan untuk meningkatkan pengaruh dalam media sosial ni.

Sebelum tu, aku ada buat ulasan melalui video di channel Zoolzarizi ,Dalam video tu aku ada menerangkan serba sedikit mengenai penulis buku tersebut dan juga kaedah SHARE yang merupakan intipati kepada buku tersebut.

Dalam video tu aku tak terangkan banyak pasal Claire jadi di artikel post ni aku akan cerita serba sedikit tentang penulis ni.

Claire Diaz-Ortiz merupakan seorang penulis, penceramah, penasihat serta pelabur startup dan pernah dinamakan sebagai salah seorang dari 100 orang paling kreatif dalam perniagaan oleh Fast Company.
Claire merupakan antara pekerja awal dalam syarikat media sosial berpengaruh, Twitter dimana dia telah dilantik untuk mengetuai bahagian inovasi sosial korporat.
Selain buku Social Media Success for Every Brand beliau juga telah menerbitkan banyak buku. Beliau memiliki MBA dari Universiti Oxford dan B.A dan M.A dari Universiti Stanford.

Claire menggunakan kaedah SHARE dalam meningkatkan kuasa media sosial. Okaylah aku ringkaskan sikit mengenai kaedah SHARE :-

S – Story

Story dalam Bahasa Melayu adalah cerita. Dalam kaedah SHARE, Claire memberitahu bahawa cerita adalah perkara penting untuk mendapatkan perhatian pengikut dalam sosial media. Sebab tu kita kena faham kaedah untuk menggunakan cerita dalam post-post kita. Penggunaan cerita juga berbeza mengikut setiap media sosial. Sebagai contoh, kaedah penceritaan di Facebook berbeza dengan di Instagram. Dalam buku ini diberikan beberapa ‘case study’ untuk kita bandingkan bersama..

H- How

How dalam Bahasa Melayu adalah bagaimana. Dalam buku ini Claire menekankan tentang beberapa persoalan untuk kita bermula dalam sosial media. Ini penting bagi memperkenalkan jenama anda dengan lebih baik. Persoalan seperti berapa akaun diperlukan? Apa yang perlu dipost? Bila waktu post? Ini penting untuk kita nilaikan dalam akaun media sosial kita. Pentingnya juga untuk konsisten dalam melakukan post bagi meningkatkan jenama kita.

A – Audience

Audience ni adalah penonton (follower, like , etc). Claire sering menekankan yang jenama kita bukalan hero sebaliknya pengikut. Pengikut ini amat pentign kerana ia boleh menjadi pelanggan di masa hadapan. Kena pandai menggunakan empathy bagi memastikan pengikut boleh menjadi pelanggan anda. Dalam buku ini juga diterangkan kepentingan untuk ‘engagement'(bersama) dengan pengikut anda..

R- Reach

Reach adalah capai. Dalam buku ini diterangkan bagaimana untuk mendapatkan pengikut-pengikut samada yang sediada ataupun yang baharu. 3 kaedah utama untuk mendapat pengikut adalah membuat konten menarik , guna pemasaran melalui mereka yang berpengaruh ataupun promosi berbayar.

E- Excellence

Excellence adalah kejayaan. Claire sering menekankan bahawa bagaimana untuk memastikan pengikut anda berada bersama di dalam cerita anda.

Itu adalah antara kaedah utama yang dibincangkan dalam buku ini.Terdapat juga beberapa perincian kaedah yang digunakan mengikut media sosial yang tertentu. Boleh digunakan untuk kita meningkatkan kualiti jenama yang kita tonjolkan dalam sosial media.

Di samping itu aku juga nak promo beberapa akaun media sosial aku yang korang boleh follow

Youtube : https://www.youtube.com/user/ligakampung

Facebook Page Zool Penulis : https://www.facebook.com/zoolpenulis/

Instagram ZOolzarizi : https://www.instagram.com/zoolzarizi/

Kalau korang nak beli buku ni boleh secara online di laman web MPH

https://www.mphonline.com/en/productdetails/books/marketing-and-advertising/9781400214969

Okay cukup setakat ni. Aku masih lagi membaca buku ni sebab banyak yang tertinggal dan aku perlu kaji untuk applykan dalam media sosial ni.. Semoga aku mampu menjadikan brand aku lebih diyakini dan mempunyai kredibiliti yang tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.