Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Aku bukanlah manusia yang pandai melakukan kerja-kerja mekanik ni. Tapi memikirkan berada dalam ‘ Perintah Kawalan Pergerakan ‘ ni maka aku cubalah cari aktiviti yang berfaedah. Teringat sebelum ni pernah beli ‘coolant APM’ tapi masih tak digunakan sepenuhnya. Jadi kesempatan ini aku ambil untuk cuba melakukan aktiviti tersebut.

Sebelum tu aku kongsi dulu apa itu coolant ?

Mengikut laman web Rymax , Coolant adalah sejenis cecair yang beroperasi di dalam enjin kereta untuk memastikan enjin beroperasi pada suhu yang sesuai. Ia biasanya berwarna hijau , biru ataupun pink. Penggunaan coolant ini penting bagi memastikan kepanasan tidak merosakkan enjin. Menggunakan air semata-mata tidak mencukupi untuk memastikan enjin berada dalam suhu yang betul. Okay, aku bukan orang teknikal jadi perkongsian cuma ikut kaca mata orang biasa sahaja.

Untuk tukar coolant kereta ni aku telah merujuk beberapa Youtuber antaranya ialah :-

Kedua-dua tips agak bagus tapi aku masih ragu-ragu. Jadi aku meminta bantuan adik lelakiku bagi meyakinkan diri ini. Ini merupakan arahan yang diberikan :-

  1. Tutup plag keluar air bawah
  2. Isi air paip sampai penuh dalam radiator. Tutup balik radiator cap
  3. Start enjin, biar running dalam 5 minit
  4. Stop enjin, bukan plag radiator yang kat bawah tu, bagi air keluar
  5. Repeat balik step 1-4 dalam 3 kali
  6. Pastu tutup plag radiator yang kat bawah tu dan boleh isi coolant
  7. Isi coolant dalam 3/4 botol dalam radiator manakala 1/4 lagi dalam tank putih
  8. Isi air RO sampai penuh
  9. Bila air RO dah penuh picit-picit hos radiator bagi buang angin,kalau lepas picit air turun , isi balik sampai penuh

Alhamdulillah aku mengikuti arahan adikku. Cuma ralat sikit sebab tak dapat nak basuh tank air tu sebab spana takde saiz nak buka. Dah cuba spana hidup tapi tak kena juga. Tak nak paksa nanti skru rosak pula. Apapun Dah selesai dan harap-harap ianya selamat.

Sambil tu korang boleh tengok video DIY aku ni dan jangan lupa subscribe ye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.