Aku rasa kat Facebook, bila 6 Disember memang akan banyak notifikasi masuk. Bukan sebab apa pun. Sebab tu tarikh lahir ku.
OO aku penah tulis pada tahun lepas juga tentang ni. Aku tak nak berbicara panjang sebab nak cerita pencapaian , korang boleh baca artikel sebelum ini..

38-umur

Ooo ye, bagi menjadikan artikel ini sedikit berisi, aku berkongsi sikit cerita hari ni pergi menjemput bapaku pulang dari Umrah. Alhamdulillah selepas 12 hari bapaku berjaya menunaikan umrah dengan jayanya.
Bermula pada hari Sabtu 26 November 2016 hingga ke hari ini 6 Disember 2016. Aku mengambil cuti sempena untuk bersama-sama ahli keluarga menjemput bapaku di Lapangan Terbang KLIA 1. Bergerak dari Melaka pada jam 11.00 pagi.
Sempat singgah makan kejap di sebuah Restoran di Nilai. Makan ayam kukus berempah sambil melayan karenah anak buahku. Ooo ye, isteri dan anakku tidak turut serta sebab isteri kerja dan rasanya tak larat kalau nak membawa anakku.

board
Sampai pukul 2.15 petang dan melihat board ketibaan, kapal terbang sepatut tiba jam 2.25 petang. Tunggu punya tunggu hampir pukul 3.30 petang baru kelibat jemaah dari ejen Darul Makmur tiba. Bapaku tiba beberapa minit kemudian.
Memang lama juga aku dan adikku menunggu tapi takpe. Ini sedikit je berbanding beliau yang pernah belajar berjam-jam ketika menunaikan ibadah umrah kan.

Lepas je ambil terus ke Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA untuk menunaikan solat Zohor sambil Jamak Takdim Qasar bagi Asar. Walaupun mungkin boleh sampai sebelum Maghrib tapi elok buat Jamak supaya tidak terkejar-kejar untuk balik nanti.

| Wikipedia Solat Jamak |

| Cara-cara Solat Jamak – Masjid Wilayah |

Bersama anak buah di Masjid KLIA
Bersama anak buah di Masjid KLIA

Masjid KLIA memang agak menarik juga dimana ada kehijauan ditengah-tengahnya. Bukanlah kali pertama aku singgah ke Masjid KLIA ni tapi jarang singgah pada hari siang terutama dengan keluarga. Selesai solat kami pun pulang. Aku menukar posisi jadi driver di RnR Senawang.
Abangku penat agaknya. Apa taknya kena melayan dua anak adikku yang tengah lasak. Sorang dah umur 4 tahun dan sorang lagi 2 tahun. Sampai malam tak dapat cukup tidur. Jadi aku menggantikan untuk jadi driver. Kira oklah bawa Nissan Almera tapi rasanya kalau bawa Vios adikku lagi best kot.
Tapi mungkin lebih selesa dari bawa MyViku tu. Takpelah. Janji sampai. Alhamdulillah kami sampai jam 6.30 petang. Kalau ikut GPS boleh sampai 6.20 petang tapi bapaku suruh masuk Simpang Ampat maka 10 minit terlambat lah. Takpelah kena ikut pesan orang tuakan. Nanti Derhaka pula.

Bapaku balik dengan membawa banyak cenderahati yang tak mampu nak ku ceritakan. Banyak juga tu. Takpelah, bapaku memang jarang-jarang keluar dari Melaka ni. Bila keluar borong la juga. Heheheh
Ok. Agak pantas cerita ni kan, sebab aku pun terasa penat juga ni. Hehhehe.. Tapi bila tengok kembali teringin juga nak pergi UMRAH dalam masa terdekat ni. Kalau ikutkan, isteriku dah pernah menjejak kaki ke Mekah sebelum kami berkenalan lagi.
Mungkin target ku dalam tempoh 5 tahun ini salah satu impian untuk menunaikan UMRAH dan kalau mampu mungkin menunaikan HAJI. Mana tau kan? Semuanya mungkin.

OO ye, sempena 6hb tahun ni, aku ambil cuti 2 hari untuk selesaikan kad bank dan juga lesen kenderaan. Berjaya juga aku selesaikan kad bank utama iaitu Maybank dan CIMB. Masih ada lagi yang tak selesai lagi. Mungkin cuba diselesaikan dalam minggu ni,

Sekian itu je aku nak tulis hari ni. SELAMAT HARI LAHIR KE 38 UNTUK DIRI SENDIRI.

5 Replies to “Umurku 38 tahun , Ambil Bapa Balik Umrah dari KLIA”

Leave a Reply to Syahril Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.