Hari ini aku terbaca satu artikel menarik mengenai kaedah menyelesaikan hutang di suratkhabar Berita Harian. Aku bukanlah pakar kewangan tetapi ilmu yang dikutip melalui pembacaan ini elok dikongsi bersama.
Lagipun aku bukanlah individu yang mempunyai isu hutang melampau. Kalau ikutkan sekarang ni aku hanya mempunyai komitmen hutang pinjaman rumah sahaja dan telah menyelesaikan pinjaman kereta dan PTPTN beberapa tahun lalu.
Meskipun begitu aku perlu juga membaca artikel tersebut sebab dijangkakan akan ada penambahan semula pinjaman di masa hadapan. Di samping itu aku juga sedang berusaha untuk melangsaikan pinjaman perumahan yang mempunyai baki 20 tahun lagi.
Jadi sesuatu perlu dipelajari bagi memastikan aku mampu menyegerakan pinjaman tersebut lebih awal dimana target adalah dalam tempoh 10 tahun lagi..

Okay, panjang pula mukadimah ni. Jadi aku teruskan sahaja kepada kaedah yang dikongsikan dalam artikel suratkhabar tersebut mengenai kaedah untuk melangsaikan hutang dengan cepat. Antaranya :-

1) Kaedah Snowball

  • Kaedah yang diperkenalkan oleh pakar kewangan dari Amerika Syarikat yang terkenal dengan buku Total Money Makeover , Dave Ramsey ini menitikberatkan komitmen kewangan ditumpukan pada satu akaun hutang pada satu masa.

  • Kaedah ini menumpukan untuk menyelesaikan pada satu hutang manakala yang lain perlu pembayaran minimum sahaja. Hutang-hutang yang anda miliki perlu disenaraikan berdasarkan baki dan bayaran bulanan. Menurut kaedah ini, hutang yang mempunyai baki terendah perlu dilangsaikan bagi mendapat hasil dengan lebih cepat.

    Ia dapat memotivasikan anda untuk terus membayar hutang sehingga berjaya menjelaskan semua baki. Kaedah ini akan mengambil masa yang lama bagi menyelesaikan semua hutang yang ada dan pembayaran minimum mungkin akan menyebabkan pengumpulan faedah yang memanjangkan tempoh pembayaran semula akaun-akaun hutang yang lain.

2) Kaedah Debt Stacking

  • – Kaedah ini memerlukan anda menyenaraikan dan menyusun semula hutang anda mengikut kadar faedah dan hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi.Mengikut kaedah ini, anda perlu menyelesaikan hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi dahulu iaitu baki hutang kad kredit dengan kadar faedah 18% manakala anda perlu membayar minimum bagi akaun-akaun hutang yang lain.
    Kaedah ini dapat mengelakkan anda membayar kadar faedah berganda kerana anda akan menyelesaikan baki pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang tertinggi dahulu. Kaedah ini memakan masa malahan lebih lama dari kaedah snowball. Ia memerlukan displin diri dan komitmen yang tinggi.

3) Kaedah snowflake

  • -Kaedah snowflake ini lebih fleksibel berbanding kedua-dua kaedah di atas.Anda boleh membayar mengikut kemampuan sendiri tetapi perlu lebih kerap. Sebagai contoh: jika kebiasaannya anda membayar secara bulanan tetapi kaedah ini memerlukan anda membayar secara mingguan. Kaedah ini menyaksikan pembayaran secara berkala sedikit demi sedikit. Walaubagaimanapun kaedah ini memerlukan perancangan yang teliti dan displin yang tinggi.
  • Anda mesti memastikan baki hutang anda dikemaskini bagi mengelakkan caj-caj tersembunyi atau faedah terkumpul.

Inilah 3 kaedah yang dikongsikan. Kalau ikutkan , aku lebih mengemari kaedah snowball sebab direct tanpa perlu memikirkan kadar faedah seperti kaedah 2. Cara aku sebelum ini pun ada mengikut kaedah snowball tu dimana aku mula menyelesaikan hutang PTPTN terlebih dahulu sebelum meneruskan kaedah bayaran berlebih untuk kereta.
Seperti yang aku tulis diatas, matlamat aku sekarang adalah untuk melangsaikan pinjaman perumahan. Jadi kaedah snowball memang aku gunakan untuk mencapai impian itu disamping sedang berusaha untuk mendapatkan satu lagi aset hartanah.
Sambil-sambil tu aku nak promo juga Homestay aku di Taman Maju, Jasin. Sila layari laman web melakacool atau terus ke booking.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.