Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya tahun ini sambutan hari raya berubah terus . Jika sebelum ini kita menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid tetapi tahun ini kena melaksanakan ibadah ini di rumah.
Tahun ni aku pulang ke kampung awal pagi untuk bersama menunaikan solat Aidilfitri di rumah mak dimana program tersebut diketuai oleh abang no 2 ku. Aku bernasib baik kerana tiada halangan merentas daerah jadi mampu lah pergi ke sana.
Bagi adik lelakiku, pasti ia menjadi kenangan pedih kerana tidak dapat bersama ibu dan adik beradik di kampung kerana bertugas di Selangor. Takpelah, ini sudah ketentuan dan arahan dari pihak berkuasa untuk kebaikan kita bersama.

Sambil tu korang boleh tengok video raya yang aku upload di Youtube ni.. Mohon tengok penuh ye..

Tahun ni memang banyak bezanya. Kena solat sunat di rumah dan tak boleh sangat nak pergi mana-mana. Cuma aku sempat juga ke Kuala Linggi rumah saudara.
Tu pun agak terbatas dan kena ikut SOP yang ditetapkan. Kalau ikutkan ada rumah jiran-jiran isteri tapi aku tak bagi sebab mereka kebanyakan dah berusia.
Mungkin memberi impak kepada mereka semua tu…

Sehari sebelum raya juga aku ada mengikut Persatuan mengagihkan sumbangan hari raya. Alhamdulillah meskipun penat sebab kena pergi ke Mydin dan pasar mini Chong Hoe namun berjaya juga melaksanakannya.
Tahniah kepada ahli persatuan

Sekali lagi aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin

One Reply to “Selamat Hari Raya 2020 : Sumbangan Persatuan Taman dan Hari Raya Pertama”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.