Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pada 31 Ogos memang bukan hari cuti bagiku. Aku akan menyertai perarakan wajib bagi jabatan. Dan tahun ini aku menyertai lagi. Aku tak ingat buat kali berapa tapi dah banyak kali dah. Korang boleh tengok kat link bawah ni . Ada yang aku masuk tapi tak sempat buat post..

[ Perarakan Merdeka 2019 ] [ Perarakan Merdeka 2018][ Perarakan Merdeka 2017[[Perarakan Merdeka 2016][ Perarakan Merdeka 2015]

Tahun ni hari Merdeka pada hari Sabtu dan reherseal pada Khamis. Jarak perjalanan sedikit lain. Kalau sebelum ni melalui memorial , A Famosa tapi kali ini melalui Mahkota Parade ke Muzium Samudera. Seterusnya jalan sama iaitu bangunan Merah–> Bunga Raya–> Jalan Hang Tuah

Pada hari reherseal tempohari aku gerak dari rumah mak kira-kira jam 6.15 pagi dan sampai ke Wisma Air pada jam 6.50 pagi., Terkejar-kejar juga nak mengejar waktu tapi rupa-rupanya gerak lambat juga.

Untuk hari kejadian, aku menginap di homestay Bali Residence . Dekat sikit dan aku boleh solat subuh di Kampung Hulu. Dekat sikit tapi itu pun sampai di WIsma Air jam 6.35 sebab solat subuh jemaah selesai jam 6.25 pagi.

[ Tempah Homestay Berdekatan Bandar Melaka, Tak sampai 3 kilometer dah sampai Dataran Pahlawan ]

Tahun ni aku sedikit melakukan kesilapan apabila terlupa bawa stokin untuk ke perarakan. Jadi adalah sikit gelembung dekat kaki. Alhamdulillah tidak melecet tapi masa perarakan tu, terasa juga tekanan pada kaki ini.

Tahun ni reherseal panas berdengkung, time kejadian hujan membasahi . Dah le baju warna kuning, kena cover sebab tak pakai baju dalam woo.. Nasib baik aku bukan lelaki sado. Jadi takdelah yang memandang..

Ini sedikit gambar untuk kenangan diri dan tatapan korang semua..

Hari Reherseal- Nak Ke Dataran Pahlawan

Gambar sayup-sayup je

Hari kejadian. Time ni hujan dah mencurah kat luar

Antara yang awal ambil makan. Lapau beb

Rupa mengah tak boleh blah

SELAMAT HARI MERDEKA, Jiwa Merdeka..

Sedikit video ketika menyertai perarakan Merdeka tempohari

Ooo ye, ada juga kontroversi pasal kenyataan seorang ustaz yang menyatakan majoriti yang hadir ke perarakan merdeka ni tak solat subuh. Ni sedikit pendapat aku, aku masukkan dalam video. Korang boleh bagi pandangan kat video Youtube tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.