Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari Jumaat lalu aku bermain bola padang di satu stadium turf di Bukit Katil. Stadium Drago Studio Bukit Katil yang boleh dikatakan cantik. Memang dah lama aku tak main bola ni jadi agak kekok. Apatah lagi kasut pun takde. Dulu ada kasut Lotto pun dah rosak dan dah dibuang. Diorang cakap boleh je main pakai kasut biasa maka aku pun pergilah tanpa ada kasut boot. Almaklumlah, tengah-tengah bulan ni, mana modal. Lebih-lebih lagi bulan ni penyewa rumah di bulan terakhir, maka lagilah mustahil untuk membeli boot. Nak beli kasut bola semurah ni pun tak sanggup apatah lagi kalau nak beli boot yang berjenama.

Pakai je la kasut jalan yang murah. Memang terasa mencabar bermain bola sepak padang. Macam biasa, aku main bek kiri dan ada lah sekali momen sliding kat orang. Memang mencabar dengan padang rumput tiruan. Lajulah bola tu pergi..Memang menarik padang kat sini tapi ye lah, lutut pun dah sezen jadi takdelah boleh main sangat.

Lokasinya di Dewan Tun Ali. Kat belakang sekali padangnya..

Kepada anda yang nak booking stadium Drago ni cuba tengok FB Drago Studio. Cuma macam tak update je la facebook dia.

Sambil tu aku simpan sikit gambar kenangan di sini.

Bergaya masa ambil gambar je

Konon-konon fokus ke bola

Gaya tangan dan tendang pun fail. Hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.