Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, aku menyertai perarakan Maulidur rasul

Aku rasa dah lama juga aku tak update pasal perarakan dekat blog ni. Untuk tahun 1446H ni aku sempat untuk update mengenai penyertaan dalam perarakan.tahun ni. Tahun ni perjalanan kami adalah dari Stadium Tun Fatimah ke Masjid Al Azim . Ikut google maps ni 4.7 kilometer tu. Untuk tahun ni berada di kalangan kontijen yang hujung-hujung. Memang penatlah nak menunggu tu..

Macam biasa, aku akan menumpang bas dari kawasan Masjid Al Azim.

OO ye, aku sampai di masjid Al Azim kira-kira jam 5.50 pagi. Sampai je dah azan dan aku terus la jemaah di masjid. Lepas jemaah tu tunggulah di depan DIY Ekspress sebab in charge cakap bas berhenti depan pejabat pos. Tunggu rupa-rupanya bas di belakang sikit di Pejabat Kesihatan..Kali ini ujian menimpa bila hujan lebat turun ketika aku belum sampai ke bas. Memang kuyup juga bila nak melintas jalan tu. Nasib baik ada lah payung walaupun basah juga la aku ke bas tu.

Naik bas pula tak ramai, ada lah kira-kira 5 orang je yang menumpang. Sampai ke stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit, terlihat kawasan padang yang basah. Tapi seperti telah ditakdirkan, jam 8.00 hujan pun berhenti. Maka perarakan diteruskan. Tak silap, pukul 9 perarakan pun berjalan. Tunggu punya tunggu, dekat pukul 10 juga baru kontijen kami dilepaskan untuk perarakan maulidur rasul. Memang terasa juga kaki ni berjalan sejauh 4 kilometer lebih tu. Menariknya di tepi-tepi jalan tu ramai yang memberikan sokongan. Ada yang sponsor air mineral, air kopi, roti dan pelbagai juadah untuk kontijen meneruskan perjalanan. Jika tahun-tahun sebelumnya aku ambil juga, tapi kali ni aku tak ambil langsung. Bukan apa, takut terbuang di tengah jalan. Almaklumlah keadaan sejuk yang akan mempercepatkan proses nak mengeluarkan air. Jadi aku GAGAHkan juga sambil melihat semua rakan-rakan kontijen membawa balik air-air yang diberikan oleh penduduk di tepi jalan.

TEMA MAULIDUR RASUL 1446 H : ‘AL FALAH PEMACU MALAYSIA MADANI’

Alhamdulillah aku selamat sampai ke destinasi. Walaupun ada rasa-rasa macam nak jatuh tapi Allah memberikan aku kekuatan. Sampai dengan jayanya di Masjid Al Azim. Sampai je masjid, terus ke tandas. Selesai melepaskan air, terus mencari air di sana. Memang ada disediakan makanan secara terbuka di sana. Meskipun ada nasi dan lauk, aku hanya menjamah kueytiaw goreng dan roti canai serta air-air manis (rosak diet). Apapun untuk perarakan kali ini, cabaran hujan tu yang perlu kuhadapi dan tertinggal payung di masjid. Hahahah. Ni sedikit gambar dan video untuk kenangan di hari kemudian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.