Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Ni cerita beberapa minggu yang lalu tapi aku kongsi juga untuk kenangan dan perkongsian.
Untuk makluman , aku ada la seunit rumah apartment residen yang aku jadikan homestay.
Dah hampir 3 tahun juga. Dan seperti rumah-rumah bertingkat lain, pelantikan management commitee atau MC perlu dilaksanakan oleh pemilik bagi menguruskan bangunan tersebut.
Jika sebelum ini, ianya diuruskan oleh pemaju dan Management Office, kali ini perlu ada MC yang dilibatkan pemilik.
Proses pelantikan diadakan di Auditorium Oriental Nilam College of Nursing and Health Science di Klebang https://www.facebook.com/OrientalNilam .
Ini pengalaman pertama dan menariknya, ada organizer yang telah setup MC awal-awalnya. Aku hadir atas tiket proxy sebab aku tak layak mengundi sebab MOT (Memorandum of Transfer) tak selesai.
Ni sebab cukai pintu tak bayar untuk tahun ni dan peguam tak dapat nak buat. Memang bukan murah cukai pintu ni. Almaklumlah rumah memang commercial unit.
Jadi tangguh la bayarnya.

Mesyuarat dijadualkan pada jam 10 pagi dan aku sampai kira-kira jam 9.45 pagi. Kira awalla tapi dah ada ramai juga. Ikutkan korum 1++ tapi yang hadir kira-kira 80 lebih.
Tapi program tetap diteruskan(tak pasti samada memang lepas atau tidak, kena tengok camne keputusan COB). Memang pilihan kami itu menang. Nasib baik bersatu hati menyebabkan majoriti diterima.
Sebenarnya ada beberapa pengalaman berada dalam AGM ni. Pemilihan ni diuruskan secara baik dan teratur. Meskipun ada lah sikit bising tapi secara keseluruhannya AGM untuk Residensi rumah ni berjalan lancar.

Apapun diharap yang dipilih dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Bukan senang jadi MC ni sebab SIGN dan keputusan adalah datang dari mereka.
Mereka mempunyai kuasa besar untuk menetapkan sebarang peraturan bagi residen tu.

Kalau ada sesiapa yang nak mencari homestay sekitar bandar Melaka boleh klik link ni
airbnb.com/h/baliresidencelvl33

Kalau ada sesiapa yang nak buat homestay pula boleh guna AirBNB di link ni
https://shorturl.at/8XPmS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.