Sejak bekerja dalam bidang IT, antara soalan yang paling kerap aku terima ialah…

“Nak beli komputer apa yang bagus?”

Ada yang nak beli laptop untuk anak belajar. Ada yang nak beli komputer untuk kerja pejabat. Ada juga yang nak beli komputer sebab komputer lama dah mula buat hal.

Setiap kali orang tanya, aku jarang terus sebut jenama.

Sebab pada aku, tak ada komputer yang paling bagus untuk semua orang.

Yang ada hanyalah komputer yang sesuai dengan keperluan.

Kalau tersalah pilih, nanti baru beberapa bulan guna dah rasa menyesal.

Jadi, ini 5 perkara yang aku selalu pesan kepada kawan-kawan sebelum membeli komputer.

1. Tentukan Tujuan Membeli Komputer

Ini perkara paling penting.

Komputer nak digunakan untuk apa?

Kalau sekadar melayari internet, menaip dokumen dan menonton YouTube, tak perlulah beli komputer yang terlalu mahal.

Tetapi kalau tujuan untuk edit video, membuat grafik atau bermain permainan (game), spesifikasi yang diperlukan sudah tentu berbeza.

Jangan beli komputer dulu, baru fikir nak guna untuk apa.

2. Jangan Terlalu Taksub Dengan Jenama

Ramai orang tanya…

“Jenama apa yang paling bagus?”

Sebenarnya aku lebih suka tengok spesifikasi daripada jenama.

Komputer daripada jenama yang sama pun boleh mempunyai prestasi yang jauh berbeza.

Jadi jangan beli semata-mata sebab jenama terkenal.

Lihat apa yang ada di dalam komputer itu.

3. Perhatikan Spesifikasi Penting

Kalau aku diminta memilih, empat perkara ini yang akan aku tengok dahulu.

  • Processor
  • RAM
  • SSD
  • Kad Grafik (jika perlu)

Pada zaman sekarang, aku lebih mengesyorkan SSD berbanding HDD kerana prestasinya jauh lebih pantas. SSD ni korang cari yang bersesuaian untuk penggunaan software. Dalam keadaan sekarang rasanya kapasiti 256 GB cukup tapi bergantung kepada penggunaan.

RAM pula kalau boleh, jangan terlalu rendah. Kadang-kadang kita beli komputer untuk digunakan beberapa tahun, jadi biarlah spesifikasinya masih relevan pada masa akan datang. Di masa kini aku cadangkan ambil la sekurang-kurangnya 8GB RAM.

Processor ni kalau mampu dapatkan generasi terkini tapi kalau sekadar biasa boleh je dapatkan samada yang Intel atau AMD. Intel Core elok yang 5 ke atas…

4. Beli Ikut Bajet, Bukan Ikut Trend

Tak semua orang perlukan komputer gaming.

Tak semua orang perlukan komputer yang paling mahal.

Kadang-kadang ada yang beli komputer berspesifikasi tinggi, tetapi akhirnya hanya digunakan untuk menaip surat, membuka Facebook dan menonton YouTube.

Sayang juga kalau bayar lebih untuk sesuatu yang kita tidak gunakan sepenuhnya.

Beli ikut kemampuan dan keperluan.

5. Fikirkan Untuk Jangka Masa Panjang

Kalau ada pilihan, pilihlah komputer yang mudah dinaik taraf.

Contohnya boleh tambah RAM atau menukar SSD yang lebih besar.

Sekurang-kurangnya bila komputer mula terasa perlahan beberapa tahun nanti, kita masih ada pilihan untuk menaik taraf tanpa perlu membeli komputer yang baru.

Penutup

Aku selalu beritahu kepada kawan-kawan…

Jangan tanya, “Komputer apa yang paling bagus?”

Tetapi tanya…

“Komputer apa yang sesuai dengan keperluan aku?”

Bila kita tahu tujuan sebenar membeli komputer, proses memilih akan menjadi lebih mudah.

Akhir sekali, jangan segan bertanya kepada orang yang benar-benar faham tentang komputer.

Kadang-kadang satu nasihat sebelum membeli boleh menjimatkan ratusan ringgit dan mengelakkan rasa menyesal di kemudian hari.

Ooo ye, dalam ni aku senaraikan PC yang biasa-biasa . Bukan model buah ye. Yang tu aku pun tak pernah pakai pun..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.