Hari Sabtu lepas ada satu kisah pedih . Ketika aku nak kencing, bahagian ITU terasa pedih bila air nak menembusi. Memang cuak terasa. Ye lah, ada je kawan sepejabat yang kena sampai kena buang hempedu akibat batu karang yang JAHAT tu.. Risau terasa apatah lagi dah janji dengan keluarga untuk pergi ke Tamu Eco Lenggeng pada hujung bulan.
Memang dah mula fikir yang bukan-bukan. Kerisauan mula terbuku di hati ni. Jadi aku cuba juga tanya ChatGPT tentang keadaan ini. Dapat feedback yang mungkin ianya hanya jangkitan kuman.
Berbekalkan semangat yang mula naik, aku pun pergi ke Poliklinik Nazmir. Berjalan kaki sahaja sebab amat dekat dengan opis. Masuk je doktor tanya dan bertanya samada ada demam, pening atau sakit pinggang. Perkara sama yang ditanyakan oleh Chat GPT bila aku ajukan soalan. Jawapan aku ‘TIADA’. Maka raut doktor mula bersinar sambil aku mula yakin dengan reaksi. Kalau ikut Chat GPT dia kata akan ada ujian urine tapi takde pun perkataan itu keluar dari doktor. Doktor dengan machonya terus mengatakan ‘ Nanti saya bagi ubat ye‘. Aku bertanya ‘ OO ini bukan batu karang ke ‘ . ‘Jangan risau, inshallah bukan‘. (ayat ini aku terpaksa ubah sebab tak ingat ayat sebenarnya)..
Hari Isnin aku mula makan ubat tersebut tapi masih terasa kesakitan pada bahagian tersebut. Aku teruskan juga dan hari Selasa mula pedih itu hilang. Meskipun kencing masih dalam keadaan takut-takut namun akhirnya ia mula kembali normal. Alhamdulillah nikmat kencing telah mula kembali…
Kesimpulan yang aku dapat pada waktu ini ialah jangan takut dengan KLINIK. Pergi je. Tak semesti ia menakutkan.
