Hari Ahad lepas aku ambil kesempatan cuti sempena Cuti TYT Negeri Melaka untuk bawa keluarga jalan-jalan ke Negeri Sembilan.

Ikutkan, guru besar sekolah agama pernah pesan…

“Jangan jalan-jalan cuti… prestasi UPKK sekolah tak memuaskan.”

Hahaha.

Tak apalah.

Sehari je.

Nanti bila cuti sekolah, duduklah rumah belajar.

Jadi kali ni kita jalan sehari. 😆

Check Kereta Dulu Sebelum Jalan Jauh

Sebelum pergi, aku check kereta dulu.

Biasalah, walaupun jarak perjalanan ikut Google Maps bawah dua jam, aku tetap rasa nak pastikan kereta dalam keadaan baik.

Auto lock yang tak berfungsi aku dah betulkan dekat bengkel di Alor Gajah.

Hari Jumaat pula aku pergi buat balancing, alignment, periksa bush radiator dan tukar coolant.

Sebenarnya bukan jauh mana pun nak pergi.

Tapi bila bawa keluarga, lain sikit perasaan.

Risau juga kalau kereta buat hal tengah jalan.

Lagi-lagi aku nak masuk kawasan kampung dan jalan-jalan yang aku sendiri tak pernah lalu.

Gerak Awal Walaupun Check In Pukul 2.30

Kami gerak lebih kurang pukul 7.30 pagi.

Padahal waktu check in yang diberitahu pukul 2.30 petang.

Awal betul.

Tapi aku memang lebih suka gerak awal. Kalau lambat nanti mula rushing pula.

Dalam perjalanan, kami singgah makan di Medan Selera Chembong, Negeri Sembilan.

Lepas makan teruskan perjalanan.

Macam biasalah.

Dekat kawasan Senawang-Seremban tu ada juga aku tersilap masuk jalan.

Entah macam mana boleh tersalah.

Akhirnya bertambah lagi masa perjalanan.

Tak apalah.

Jalan-jalan juga.

Sampai di lokasi Tamu Eco Lenggeng lebih kurang pukul 10.30 pagi.

Masuk Jalan Kampung, Mula Cuak

Untuk sampai ke lokasi, memang kena masuk lorong kampung kecil dan jalan kawasan kelapa sawit.

Masa ni mula rasa cuak sikit.

Bukan apa.

Aku teringat balik gelengan kepala pomen masa aku hantar kereta buat balancing hari tu.

Dalam kepala dah mula fikir…

“Betul ke kereta ni boleh jalan jauh?” 😂

Alhamdulillah, kawasan tu taklah terlalu tinggi.

Masih gagah lagi Myvi aku menempuhi laluan tersebut.

Sempat juga nampak kawasan Kampung Pantai.

Yang peliknya…

Tak nampak pun pantai.

Hahaha.

Sampai Tamu Eco Lenggeng

Sampai dekat lokasi, kami terus ke bahagian reception.

Tempat reception ni sebenarnya sekali dengan tempat makan.

Parking memang luas.

Cuma kawasan parking tu menggunakan batu dan bukan jalan tar.

Jadi permukaannya agak kasar.

Nak parking pun kena hati-hati.

Kalau tak kena gaya, kereta boleh melorot.

Aku pun hampir juga…

Nasib baik masih terkawal. 😅

Dekat kawasan reception tu ada beberapa permainan indoor seperti pool dan beberapa permainan lain. (Teringin nak ada pool table kat rumah tapi harga cam ni pula )

Jadi sementara tunggu waktu check in, kami lepak dulu.

Budak yang jaga kaunter pun okey.

Boleh juga aku sembang-sembang sikit.

Ada juga karaoke keluarga secara terbuka.

Sempatlah aku layan dua lagu.

Cuma lagu dalam senarai tak banyak sangat.

Lagu “Gegar Gunung Gemora” pun tak ada.

Kecewa sikit. 😂

Mini Petting Zoo Pun Ada

Sementara menunggu, kami jalan-jalan pula tengok mini petting zoo.

Tak banyak sangat haiwan yang ada.

Ada itik, kambing dan beberapa haiwan lain.

Tapi okeylah.

Sekurang-kurangnya si abang dengan si adik dapat tengok haiwan.

Mungkin tempat ni masih baru atau pengusahanya baru nak kembangkan kawasan tersebut.

Turun sedikit ke bahagian luar pula, ada kawasan sungai.

Tapi airnya cetek.

Lebih nampak macam anak sungai.

Nak mandi memang tak sesuai.

Tengok-tengok sahaja.

Masuk Bilik

Lebih kurang pukul 1 lebih, kami dah dibenarkan masuk walaupun waktu asal check in pukul 2.30.

Lega juga.

Bilik untuk empat orang agak luas.

Benda asas pun cukup.

Cuma tak ada TV.

Tak apalah.

Bukan datang sini nak tengok TV pun kan.

Kalau ada TV nanti budak-budak pula melekat depan TV. 😂

Lepas selesai solat, kami keluar pula mencari kedai makan.

Kena keluar semula dari kawasan resort dan pergi ke pekan kecil di Lenggeng.

Jumpa kedai makan.

Aku ambil nasi campur.

Dan bila nampak lauk…

Itik masak lemak.

Apa lagi?

Ambillah.

Hahaha.

Lepas makan, layan cendol pula.

Sambil tu beli keropok, Maggi dan beberapa makanan ringan.

Sebab malam memang tak berapa nak keluar.

Gelap woo…

Upacara Mandi Kolam Bermula

Selesai makan, kami naik semula ke resort.

Lepas tu bermulalah upacara wajib kalau pergi tempat macam ni.

Mandi kolam.

Kolam dekat sini memang lebih sesuai untuk kanak-kanak.

Kalau orang dewasa nak dapat feel berenang macam kolam besar, agak susah sikit.

Tapi air dia memang rasa segar.

Difahamkan air datang dari kawasan bukit.

Jadi tak adalah rasa macam kolam yang terlalu banyak klorin sampai pedih mata.

Budak-budak memang seronok.

Aku tengok sajalah sambil pastikan semua selamat.

Malam Bakar Marshmallow

Dah selesai mandi, malam pula ada aktiviti bakar marshmallow.

Si abang yang paling beria-ia bakar marshmallow.

Si adik pula merayap ke sana sini sambil naik buaian.

Masing-masing nampak seronok.

Malam tu akhirnya semua tidur dengan nyenyak.

Kecuali seorang.

Si kecik.

Tantrum nak buka lampu.

Siap bergaduh dengan mak dia.

Aku tengok sajalah.

Nak masuk campur pun takut jadi mangsa. 😂

Pagi Di Tamu Eco Lenggeng

Pagi aku bangun awal.

Lebih kurang pukul 5.30 pagi.

Mandi dulu.

Bercakap pasal mandi, tempat mandi di sini memang agak luas.

Berbeza dengan beberapa resort yang pernah aku pergi sebelum ni.

Bahagian tandas dan shower ada ruang.

Cuma ada satu masalah.

Kalau mandi tengah hari…

Panas woo.

Walaupun heater dah ditutup.

Mungkin sebab kawasan tu memang agak terbuka.

Selesai siap-siap, lebih kurang pukul 7.30 pagi kami turun ke tempat makan.

Sarapan Untuk Dua Keluarga

Masa ni baru aku tahu hanya ada dua keluarga yang menginap.

Jadi memang tak boleh nak mengharapkan sarapan buffet macam hotel.

Tapi sarapan yang disediakan okeylah.

Ada nasi lemak, karipap, kuih dan sosej.

Air kopi dan teh O pun disediakan.

Untuk dua keluarga sahaja, kira cukup baiklah.

Aku makan nasi lemak dengan sambal sotong bersama isteri.

Si abang dengan si adik pula dapat nasi lemak ayam goreng.

Perut pun dah kenyang.

Hari Terakhir, Mandi Kolam Lagi

Lepas sarapan, semua budak-budak dan maknya pergi mandi kolam lagi.

Aku tak masuk.

Bukan sebab tak suka mandi.

Tapi aku fikir nanti mengantuk dan penat pula.

Lagi satu, nak bawa kereta manual di kawasan yang berbukit dan banyak selekoh, kena bagi perhatian penuh.

Tak boleh main-main.

Jadi aku duduk sahaja.

Tengok mereka mandi.

Masa Untuk Balik

Selesai semua bersiap, lebih kurang pukul 10.30 pagi kami check out.

Ambil gambar sikit-sikit.

Kemudian keluar lebih kurang pukul 11.

Kami singgah ke pekan Lenggeng.

Ingatkan nak makan ringan.

Tapi kedai tak banyak yang buka.

Jadi beli makanan ringan sahaja dan teruskan perjalanan lebih kurang pukul 11.30 pagi.

Kali ni Google Maps tunjuk perjalanan balik lebih kurang 1 jam 6 minit.

Aku agak mungkin dalam 1 jam 40 minit juga perjalanan sebenar.

Kali ni aku pilih laluan highway.

Tak ada tersilap jalan.

Tak ada masuk jalan pelik-pelik.

Hahaha.

Sampai rumah sedikit lewat daripada ETA sebab singgah makan tengah hari di Simpang Ampat.

Alhamdulillah, Selamat Sampai Rumah

Itulah cerita percutian singkat kami ke Tamu Eco Lenggeng, Negeri Sembilan.

Sebenarnya tak ada apa yang luar biasa pun.

Pergi pagi.

Makan.

Check in.

Mandi kolam.

Bakar marshmallow.

Tidur.

Sarapan.

Mandi kolam lagi.

Check out.

Balik.

Tapi kadang-kadang percutian tak perlu pun terlalu jauh atau terlalu lama.

Cukup bawa keluarga keluar dari rutin biasa.

Dapat tengok tempat lain.

Budak-budak dapat bermain.

Kita pula dapat berehat sekejap daripada kerja.

Dan yang paling penting…

Alhamdulillah, pergi dan balik semuanya selamat.

Walaupun pada awalnya aku agak risau juga nak bawa Myvi masuk jalan kampung dan kawasan berbukit tu.

Rupanya Myvi aku masih gagah lagi. 😂

Percutian sehari pun jadilah.

Nanti cuti sekolah…

Kita duduk rumah pula.

Belajar UPKK. 😆

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.