Tahun 2026 sekali lagi aku join perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka mewakili jabatan.

Kalau ikut kiraan, dah lebih kurang 10 tahun aku terlibat dengan perarakan macam ni.

Dah macam acara tahunan pula.

Cuma untuk tahun ni agak mencabar sikit sebab kawasan perarakan berbeza daripada tahun-tahun sebelum ni.

Kali ni bermula di Jalan Klebang dan berakhir menuju ke kawasan Hotel Birkin, Klebang.

Naik Moto Sebab Dah Nampak Jem

Memandangkan masa raptai hari tu aku dah nampak keadaan jalan agak sesak, kali ni aku buat keputusan naik moto terus ke Klebang.

Memang keputusan yang tepat.

Sampai kawasan Pulau Gadong, kereta dah mula bersusun.

Jem woo.

Nasib baik naik moto.

Bolehlah selit-selit sana sini.

Ingatkan nak parking dekat kawasan motosikal berhampiran Restoran Melantak.

Sekali penguatkuasa tak bagi.

Terpaksalah cari tempat lain.

Akhirnya aku masuk satu lorong rumah orang dan main letak sahaja moto dekat garaj rumah.

Maaf ye tuan rumah.

Tumpang parking sekejap. 😂

Lepas tu kena menapak pula menuju ke jambatan Klebang.

Ramainya Orang

Sampai dekat kawasan jambatan Klebang, memang nampak ramai manusia.

Masing-masing datang nak tengok sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka.

Memang banyak program yang disediakan.

Ada aksi payung terjun.

Ada pertunjukan jet pejuang Sukhoi.

Ada juga kapal terbang TUDM yang akan berterbangan di kawasan tersebut.

Aku tengok dari jauh pun dah rasa meriah.

Tapi aku bukan datang sebagai penonton.

Aku datang untuk berarak.

Jadi kena pergi ke tempat permulaan dulu.

Minum Air Dulu

Sampai di tempat permulaan perarakan, aku minum air mineral sekejap.

Maklumlah…

Nak jalan jauh.

Lepas tu pakai baju pula.

Baju dalam pun ada.

Bukan apa.

Baju yang dipakai warna putih.

Takut nanti bila berpeluh, nampak pula badan yang…

SEKSA.

😂

Jadi minum air dulu.

Jangan sampai baru mula berarak dah rasa nak pengsan.

Sampai dekat situ, kawan-kawan lain pun dah ramai.

Kiranya diorang datang lagi awal daripada aku.

Aku pula sampai lebih kurang pukul 7.40 pagi.

Tiba-Tiba Paip Nak Bocor

Sampai sahaja di kawasan permulaan, tiba-tiba datang satu masalah yang agak besar.

Paip nak bocor.

Hahaha.

Aku ingat nak cuba tahan macam masa raptai hari tu.

Tapi kali ni memang tak boleh.

Kalau tahan juga nanti masalah lain pula.

Aku pun jalan-jalan cari tandas.

Menariknya, aku nampak beberapa orang lain pun berada dalam situasi yang sama.

Nampaknya bukan aku seorang sahaja yang mempunyai masalah “paip”.

Nasib baik ada JAPERUN dekat kawasan berdekatan.

Dapatlah aku melepaskan CECAIR yang tersimpan.

Cuma bilik air tu…

Tak ada lampu.

Tak apalah.

Asalkan urusan selesai.

Gelap bukan masalah.

Yang penting paip dah tak bocor. 😂

Mula Berarak

Selesai urusan penting tersebut, aku terus menuju ke tempat permulaan.

Lebih kurang pukul 9.45 pagi, kami mula bergerak.

Tapi perarakan kali ni agak berbeza.

Banyak sangat berhenti.

Berhenti…

Jalan sikit…

Berhenti lagi.

Sampai aku sendiri beberapa kali salah step.

Yang paling tak boleh tahan, kesalahan step aku tu menjadi bahan gelakkan orang berhampiran.

Tak apalah.

Dah nak masuk 50 tahun ni.

Kaki pun kadang-kadang tak boleh dipercayai. 😂

Ada satu ketika kami berhenti hampir 10 minit.

Bukan sebab penat.

Tetapi sebab nak beri laluan kepada pertunjukan jet pejuang dan kapal terbang TUDM.

Jadi kami semua berdiri sahaja sambil tengok pesawat berterbangan.

Tak rugi juga berhenti.

Dapat tengok pertunjukan udara secara dekat.

VIP Pun Berbeza Tahun Ini

Perarakan tahun-tahun sebelum ni, khemah VIP biasanya berada di kawasan permulaan.

Tapi kali ni kedudukan khemah VIP berada di bahagian pertengahan laluan.

Jadi bila sampai kawasan tersebut, barulah terasa macam…

“Ooo… dah dekat dah ni.”

Walaupun masa raptai sebelum ni langkah aku agak lari, untuk perarakan sebenar kali ini aku rasa lebih baik.

Langkah nampak lebih sekata.

Walaupun jarak antara barisan tu masih tak berapa sekata.

Tapi kira okeylah.

Untuk orang yang dah nak masuk 50-an ni.

Takkan nak sama macam budak umur 20 tahun pula. 😂

Kali Ini Aku Tukar Barisan

Satu lagi perubahan untuk aku kali ni ialah kedudukan dalam barisan.

Masa raptai hari tu aku berada di baris ketiga dari depan.

Kali ni ketua kontinjen tukar aku ke baris kedua dari belakang.

Mungkin dia dapat komen daripada kontinjen lain masa raptai.

Baguslah tu.

Kalau letak aku di depan nanti…

Cacat pula barisan.

Hahaha.

Jadi letak belakang.

Aku pun terima dengan hati terbuka.

Lagipun lebih selamat.

Kalau tersalah step pun tak berapa nampak. 😂

Sampai Penamat

Lebih kurang pukul 10.30 pagi, kami sampai ke lokasi penamat.

Aku tak tunggu lama.

Terus menuju ke tempat parking moto.

Alhamdulillah…

Moto masih selamat.

Tak ada siapa usik.

Tak ada siapa marah sebab aku tumpang parking.

Terus hidupkan enjin dan bergerak balik.

Tapi sebelum balik, aku singgah sekejap di 7-Eleven Bertam.

Perut dah mula terasa lapar.

Aku beli air dengan coklat sikit.

Perjalanan masih ada lebih kurang 30 kilometer lagi.

Kena isi tenaga juga.

“Abang Terlibat Ke?”

Masa dekat 7-Eleven tu, budak yang jaga kaunter tiba-tiba tegur.

“Abang terlibat ke?”

Aku jawab…

“Ye dik. Dah sepuluh tahun dah.”

Hahaha.

Entah kenapa soalan ringkas tu buat aku terfikir juga.

Sepuluh tahun.

Lama juga.

Dari dulu sampai sekarang masih turun mewakili jabatan untuk perarakan.

Dulu mungkin tak terfikir pun akan sampai selama ni.

Tahun 2027?

Jadi, cukuplah cerita pasal perarakan untuk tahun 2026.

Setiap tahun ada sahaja cerita.

Ada cerita pasal cuaca.

Ada cerita pasal kasut.

Ada cerita pasal langkah.

Ada cerita pasal tersalah jalan.

Dan tahun ni ada cerita pasal parking moto dekat garaj rumah orang.

😂

Tapi yang paling menarik mungkin soalan budak 7-Eleven tadi.

“Abang terlibat ke?”

Ya.

Aku terlibat.

Dan dah hampir 10 tahun.

Cuma untuk tahun depan…

2027?

Tak tahu lagi.

Tengoklah macam mana keadaan diri dan kesihatan tahun depan.

Kalau masih mampu, mungkin turun lagi.

Kalau tak mampu, mungkin cukuplah sampai di sini.

Apa pun, Alhamdulillah untuk pengalaman sepanjang 10 tahun ni.

Satu lagi perarakan selesai.

Dan untuk tahun 2026…

cukuplah.

Jumpa lagi kalau ada rezeki tahun depan.

Wallahu a’lam.

Video Sertai Perarakan Merdeka 2026

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.