Tahun 2026 ni aku sekali lagi menyertai Perarakan Maulidur Rasul 1448H/2026M.

Tak ingat dah ini kali ke berapa aku sertai perarakan.

Kalau tak silap, mungkin dah dekat 10 kali aku mewakili jabatan.

Dah jadi macam acara tahunan pula.

Bila masuk bulan Maulidur Rasul, tahu-tahu dah kena cari baju, kasut dan bersedia untuk berarak. 😂

Cuma kali ini aku datang sedikit lewat berbanding tahun-tahun sebelum ni.

Sebelum ni aku biasanya solat Subuh di Masjid Al-Azim dan terus sambung ke lokasi perarakan.

Tapi tahun ni aku solat Subuh di rumah dulu.

Lepas tu layan motosikal ke kawasan pejabat.

Van jabatan pula dah menunggu di sekitar Pejabat Pos Melaka.

Lebih kurang pukul 7.30 pagi kami bergerak menuju ke Stadium Tun Fatimah.

Kontinjen Ke-84 Daripada 108

Kali ni jabatan kami berada dalam kontinjen ke-84 daripada 108 kontinjen.

Kiranya kami ni antara yang hujung-hujunglah bergerak.

Tak perlu tergesa-gesa sangat.

Boleh duduk lama sikit menunggu giliran.

Baju untuk tahun ni pula warna hijau.

Nasib baik kali ini saiz baju mencukupi.

Walaupun ada sikit masalah…

Kaki seluar agak singkat.

Hahaha.

Tak apalah.

Yang penting boleh pakai.

Kasut hitam pula tertinggal di pejabat.

Jadi aku sauk sahaja kasut jogging yang aku beli dari TikTok.

Nampak macam okey je.

Tak adalah sampai orang nampak dan kata…

“Ni kasut pergi jogging ke pergi berarak?”

😂

Dari Stadium Tun Fatimah Ke Masjid Al-Azim

Seperti biasa, perarakan bermula dari Stadium Tun Fatimah.

Dari stadium kami bergerak melalui kawasan Bukit Piatu dan seterusnya menuju ke Masjid Al-Azim.

Lebih kurang 3 kilometer perjalanan.

Bagi orang yang memang biasa berjalan, 3 kilometer mungkin tak ada apa sangat.

Tapi kalau dah berjalan beramai-ramai dalam satu kumpulan, dengan pakaian lengkap dan kasut yang bukanlah kasut perarakan sebenar…

Boleh tahan juga. 😂

Tahun ni cuaca pun boleh tahan baik.

Tak panas sangat ketika berjalan.

Yang paling penting…

Tak hujan.

Tahun-tahun sebelum ni ada juga pengalaman kena hujan.

Jadi kali ni memang bersyukur apabila dapat berjalan dalam keadaan cuaca yang agak baik.

Tak ada apa-apa kejadian luar biasa pun.

Berjalan.

Berbual.

Ikut kontinjen.

Dan teruskan perjalanan sampai ke Masjid Al-Azim.

Sampai Masjid, Layan Makan

Lebih kurang pukul 10 pagi kami sampai di Masjid Al-Azim.

Sampai sahaja, perkara pertama yang dicari bukan tempat duduk.

Makanan.

😂

Ada lempeng sambal.

Ada mee goreng.

Jadi aku layanlah apa yang tersedia.

Selepas selesai makan dan berehat sekejap, kami terus bersiap untuk balik.

Tak ada program lain yang panjang sangat untuk aku.

Balik Pun Hampir Kena Hujan

Masa dalam perjalanan balik, terasa juga macam ada air menitik.

Mula-mula aku fikir…

“Alamak, hujan ke?”

Tapi Alhamdulillah, sampai rumah tak bertemu pun dengan hujan.

Walaupun aku dah pakai baju hujan.

Kiranya baju hujan tu ikut jalan-jalan sahaja.

Tak sempat berkhidmat. 😂

Sampai Bila Nak Berarak?

Sebenarnya bila dah sampai di rumah, ada satu perkara yang terfikir dalam kepala aku.

Tak tahu berapa tahun lagi aku mampu layan perarakan macam ni.

Kalau tengok keadaan sekarang, ramai yang dah berusia sekitar 50 tahun pun sudah tidak menyertai perarakan.

Mungkin sebab faktor umur.

Mungkin sebab keadaan fizikal.

Atau mungkin masing-masing dah mula fikir…

“Tak larat dah nak berjalan 3 kilometer.” 😂

Aku pun tak terkecuali.

Kalau ikut keadaan dan fakta yang aku tengok sekarang, mungkin tahun depan adalah kali terakhir aku berarak bersama jabatan.

Tapi itu pun kalau panjang umur dan masih mampu.

Wallahu a’lam.

Mungkin tahun depan masih turun lagi.

Mungkin dua tahun lagi.

Atau mungkin betul-betul tahun depan menjadi kali terakhir.

Kita tak tahu.

Yang pasti, bila dah hampir 10 kali menyertai perarakan mewakili jabatan, acara macam ni sebenarnya sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan kerja aku.

Dulu mungkin rasa macam…

“Alah, kena berarak lagi.”

Tapi bila fikir balik, mungkin satu hari nanti bila dah tak menyertai lagi, perkara inilah pula yang akan dirindui.

Jadi sementara masih mampu, layan sajalah.

Tahun depan?

Kita tengok.

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.