Aplikasi Gerak Malaysia iaitu aplikasi yang digunakan untuk permohonan keluar dari negeri telah di download oleh lebih 500 ribu pemohon seluruh Malaysia.
Aplikasi ini telah didownload oleh lebih dari 1.4 juta kali oleh rakyat Malaysia yang telah hampir sebulan tersangkut di negeri terutama di kampung halaman.
Menurut Pengarah CID, Datuk Huzir Mohamed lebih dari 143,516 permohonan telah diluluskan manakala hampir 13,069 permohonan manual diterima sehingga 6 Mei 2020.
Menggunakan aplikasi tersebut, pemohon hanya perlu menunjukkan QR code yang dijana melalui aplikasi tersebut.

Kalau korang belum download lagi boleh ke sini :- https://play.google.com/store/apps/details?id=com.gov.mcmc.projectcatur&hl=ms
atau cari di Google atau Apple Playstore dengan carian ‘ Gerak Malaysia’

Sumber :-The Edge Markets

Aku rasa sukar nak melaksanakan secara jujur. Memang akan ada kesesakan traffik pada beberapa hari mendatang ni. PLUS dalam kenyataan pun menjangkakan lebih dari 300,000 kenderaan akan berada di atas jalan raya bermula hari ini hingga Ahad nanti (NST). Apapun kalau korang semua merupakan orang yang tersangkut aku doakan semoga korang lepas dalam perjalanan ke sana.


Disamping tu, boleh juga korang dengar lagu baharu aku berkenaan raya. Maaf . Lagu tak siap tapi bolehlah untuk menghibur hati kalau tak dapat pulang beraya di kampung nanti.

Sebenarnya aku takde lah terlibat dengan aplikasi Gerak Malaysia ni. Kampung aku pun hanya 15 km je. Nampak sekarang dah kurang sikit sekatan dan bolehlah aku pulang beraya bertemu ibu dan adik beradikku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.