Minggu ni ada beberapa benda yang aku boleh kongsikan tapi untuk artikel kali ini aku nak kongsikan tentang Aircond Kereta. Untuk makluman korang semua, akhirnya setelah bertungkus lumus selama 8 tahun enam bulan pinjaman kereta Myvi ku telahpun tamat pada bulan Disember lepas.
Alhamdulillah kini aku ada lebihan kira-kira RM500 yang akan ku ‘spare’ untuk membayar upah pengasuh (sebelum ini guna duit isteri) dan juga takaful untuk isteri. Ada lebih kira-kira RM20 akan kusimpan dalam akaun yang takde kad ATM. Itulah yang gembiranya. Bila tengok dalam akaun simpanan duit ada cukup untuk merepair aircond kereta jadi aku pun cubalah mencari.
Kecewa dengan bengkel sebelum-sebelum ini aku terjumpa satu page Facebook Bengkel Kereta Melaka. Kebetulan pula pemilik page tu pula banyak cerita pasal aircond MyVi jadi aku pun ingat mesti dia ni expert dengan aircond MyVi.
Macam biasa aku contact dia pada hari Jumaat untuk buat appointment. Alhamdulillah, Bro Amirul selaku page owner tu memaklumkan boleh datang Hari Sabtu.
Isteriku pula kerja hari Sabtu jadi lebih mudah untuk aku pergi ke Bengkel Piaw Auto Enterprise yang terletak di Taman Lesong Batu Jaya.
Aku tiba ke Bengkel tersebut kira-kira jam 9.00 pagi. Bengkel dia memang tak berapa cantik, tapi takpelah. Yang penting dia dapat selesaikan masalah aku. Lagipun ini adalah percubaan pertama selepas mengalami kekecewaan di beberapa bengkel.
Mula-mula aku terangkan pada Amirul bahawa kereta Myvi ku ini telah lebih setahun tak ber’aircond’.Almaklumlah tunjuk kat bengkel je mesti diorang cakap compressor rosak. Ikutkan kira-kira hampir 2 tahun lalu bapaku telah menghantar ke bengkel untuk diperbaiki dan ditukar compressor ‘recond'(bukan original part).
Tapi masalah itu kembali lagi kurang dari setahun selepas itu. Itu yang aku give up tu. Tapi tetap cuba juga sebab ada bajet.
Selepas dibuka part bumper dan melakukan semakan, bro Amirul menunjukkan terdapat kebocoran saluran. Kemungkinan ianya telah tergesel dengan luaran bumper yang menyebabkan ianya terhakis. Keadaan ini juga telah menyebabkan gas yang disalurkan keluar. Beliau juga memaklumkan samada perlu ganti atau welding. Dia juga memaklumkan akan memotong sedikit luaran yang menyebabkan tergesel.
Bila dinyatakan harga saluran (‘suction hose’) itu adalah RM130 maka aku bersetuju dengan harga itu. Lagipun ikutkan bajet aku memang tinggi. Jadi bila harga tersebut masih dibawah paras bajet lagi.Selepas bersetuju aku bertanya berapa lama yang diperlukan dan dimaklumkan petang kira-kira jam 3.00 petang. Jadi aku pun memanggil isteriku dan pulang sekejap ke rumah mak.
Pukul 3.00 aku datang semula ke Alor Gajah tapi Bro Amirul dalam whatsapp memaklumkan bahawa ada sedikit kelewatan kira-kira jam 4 @ 5 petang.
Pukul 4 petang tu aku tiba ke bengkel. Nampak keretaku sedang dipasang bumpernya serta dimasukkan gas aircond. Sambil-sambil tu aku layan game bola Malaysia lawan Korea Selatan. Tapi dapat tengok first half je la. Kira-kira jam 5 petang keretaku siap. Bro Amirul menerangkan serba sedikit benda yang selama ni aku tak ambil tahu.
Beliau memberitahu bahawa aircond ok cuma kalau berhenti lama atau di waktu panas, kadar kesejukan akan merosot. Takpelah, kita tengok dulu macammana. Harap-harap bayaran RM290 ini berbaloi. Dari segi service dan penerangan memang bagus sebab sebelum ni masa aku repair, satu benda pun tak de nasihat-nasihat dari pomen. Yang ni agak complete. Dengan kuasa Whatsapp boleh aku tanya lagi nanti.
Sambil tu dengan artikel ini, bolehlah aku rujuk tahap kesihan MyVi lepas ni.
Okay cukuplah bebelanku hari ini. Dari segi kesihatan, nampaknya telah mula beransur pulih cuma masih terasa
Korang boleh dapatkan tips-tips mengenai aircond kereta di Facebook Bengkel Aircond Melaka. Aku jumpa bengkel ni pun melalui Facebook juga.
Kiranya owner bengkel ni ada ilmu juga dalam bidang Facebook untuk meningkatkan lagi pelanggan dekat bengkel dia. Semoga maju jaya.
nasib baik la tak teruk ..
harga pun boleh tahan..
harap berbaloi..
harap camtu la bro..
Satu lagi kipas blower kena rajin bersihkan.. baru aircon cepat sejuk..