santai

Tukar Speks Mata ,Tukar Cap Radiator , Botol Spare Tank Radiator dan tambah gas aircond

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Mungkin kesinambungan tajuk artikel ni agak pelik. Ye la, bermula cerita tukar speks mata tetiba je pergi ke bahagian kereta pula. Memang tak kena lah gamaknya. SEO pun memang susah nak pergi tapi takpe sebab aku nak berkongsi dan mengingatkan kembali tarikh-tarikh ni.

Mula-mula pasal ganti speks mata atau dalam bahasa kampungnya kaca mata. Kali terakhir aku mengganti speks mata adalah pada tahun 2017 dahulu . Kiranya dah hampir 3 tahun berbakti dimana sebelum itu aku menukarnya di Reich Eye Vision. Aku semak kembali entri yang lepas dan harganya adalah RM150 sahaja. OO ye, sebelum tu aku tukar bingkai cermin mata pada tahun 2015 dengan harga RM100.. Sekarang ni aku sedikit confuse kenapa harga dekat Reich Eye Vision tu teramat murah ni..

Mungkin cermin mata yang basic kot. Hahahaha. Yang terkini aku beli dengan kaca dan bingkai dengan harga RM550.00 di Axis Alor Gajah.. Ooo ye, di Alor Gajah ada dua kedai cermin mata jenama Axis. Pelik pula bila ada jenama sama di tempat yang berhampiran. Tapi aku pergi yang dekat BSN Alor Gajah sebab senang nak parking. Mula-mula ingatkan beli boleh dapat hari yang sama tapi kena tunggu seminggu juga. Aku tunggu la juga . Nasib baik cermin mata (tukar la dari speks) masih boleh digunakan tapi bingkai dia dah kurang stabil. Selalu je melorot keluar dari landasan. Tu sebab aku kena tukarkan juga cermin mata ni. Memang susah untuk aku yang rabun ni.

Masa ke kedai Axis tu aku risau juga sebab time tu PKPB jadi kenalah ada SOP. Pakai mask dan ikut penjarakan sosial. Masa check, dapat detect rabun dekat pun dah ada juga tu. Adoi… Nak buat camne kan. Kena terima hakikat, usia semakin meningkat menyebabkan beberapa pancaindera sudah mula luntur. Alhamdulillah aku dah pun pakai cermin mata tu kira-kira 2 minggu. Tiba-tiba anak aku mengamuk dan kaca mata terkeluar dari landasan. Terpaksalah hantar semula ke kedai cermin mata tu. Ketika aku menaip ni, aku masih menggunakan cermin mata lama. Harap-harap ianya dapat membantu aku untuk menatap wajah keluargaku dan juga karya-karyaku. Ye lah, kalau tak menulis rasa macam tak sedap je hidup ni.. Mesti ada antara korang yang rindu kan?

Okay, kita tukar tune pula untuk cerita kedua. Mungkin ada di antara korang yang mencadangkan supaya buat dua artikel tapi aku rasa malas dong. Terus je dalam satu post . Pasal myvi SilverRay kesayanganku. Dah 12 tahun (mula 2009) kereta Myviku ni . Memang banyak kenangan yang dirasai. Hari tu isteri cerita dalam kereta cadangan nak ganti kereta pun aku risau. Bukan apa, kereta ni dia ada jiwa. Takut dia mendengar apa yang disuarakan. Boleh merajuk tau. Pernah merasa kereta hampir overheat di Klang disebabkan kipas tidak berfungsi. Memang ngeri sebab sebelum tu kira-kira 8 tahun lalu keretaku kena overhaul sampai akhirnya terpaksa tukar enjin sebab selepas dibaiki ia masih teruk.

Pergh!! Tetiba cerita kenangan kereta pula kan? Takpe, sesekali imbau kenangan dengan kereta. Meskipun keretaku tak sepower kereta korang yang besar dan cantik tapi dah membawaku ke UMP Pahang. Kira jauhlah juga tu.. Hahahaha. Aku juga ada belajar beberapa perkara tentang kereta ni macam tukar minyak hitam, ganti coolant . Cumanya ketika ganti coolant aku tak sempat nak bersihkan botol spare tank radiator sebab takde spanar masa tu. Tiba-tiba dua minggu yang lalu aku tengok kembali botol radiator….

Sekali air kering kat botol. Ini membuatkan jiwaku mula bergelora dan bergelocak. Ngeri beb kalau kisah lama berulang kembali. Bukan sikit anak nak belanjakan. Jadi aku bertanya kepada adikku yang agak pakar tentang kereta ni dan juga kawan bengkel aircond kereta Mirul dari http://piawauto.com/ ( dah ada website kawan ni). Adikku mencadangkan agar menukar cap radiator dan dipersetujui oleh Mirul. Jadi aku pun belilah cap radiator tu kat Shoppe. Tetiba aku terfikir, apakata kalau ganti terus botol radiator tu. Lagipun nampak dah teruk juga botol tu. Aku tengok kat shoppe harganya adalah RM23.00 (termasuk kos penghantaran). Jadi aku beli sekali dengan coolant dan cap radiator yang berharga RM24.00. Kira-kira 4 hari juga nak sampai rumah dari tarikh order tu.

Untuk pemasangan cap radiator tu memang mudah sangat lah. Cuma nak tukar botol tu. Aku cuba-cuba putar tapi tak boleh. Dia gerak tapi tak leh tarik keluar. Aku pergi juga meminta pertolongan dari Longkai yang duduk berjiran tapi dia pun tak boleh juga. Jadi akhirnya aku ambil keputusan untuk hantar ke Piawauto. Walaupun jarak opis dengan bengkel dekat je tapi ada je halangan. Tokeinya sibuk dan kadangkala aku pula ada kekangan ke sana. Hampir seminggu juga dan akhirnya dapat set appoinment untuk dihantar. Aku tinggalkan kereta dan terus bekerja. Aku memang pernah buat service dan repair dengan Piaw Auto ni. Tapi dah lama, tahun 2018 ketika beliau beroperasi ( kereta Myvi dan Viva) , di Lesung Batu Alor Gajah.

Dah lama nak buat tapi ada je hal. Jadi kesempatan ini aku juga minta beliau check aircond. Topup gas dan adalah perasaan sejuk lepas memandu. Takdelah panas berdengkung macam sebelum ni. Tapi ini pun dia cakap mungkin tak lama sebab dijangka ada bocor kecil. Jadi aku fahamlah kalau tetiba panas datang kembali. Oo ye, botol radiator tu pun berjaya diganti. Yelah, pomen mesti ada skill. Dia maklumkan skru ada rosak dan diganti dengan lain. Trip dia asahkan. Okay, aku tak faham sebenarnya apa trip tu tapi berdasarkan skill Google, kiranya corak yang berpusing untuk skru tu masuk. Ah, korang carilah sendiri kalau nak faham. Dia juga ada letakkan gam untuk paip. Takut juga kalau ada mana-mana paip yang bocor . Kira tampal la tu. Ni ada beberapa gambar yang diberikan untuk rujukan aku.

Pipe ada bocor . Tapi takde stock. Pakai je dulu
Masuk gas

Alhamdulillah kerja-kerja siap dalam tengahari tapi tak dapat nak hantar. Hantar terus pada waktu balik. Aku ada juga berborak bertanyakan tentang pekerja. Dia bagitau susah nak dapat pekerja permanent. Aku faham sebab biasa kerja-kerja bengkel ni memang susah nak nampak anak Melayu mampu bertahan. Aku harap Amirul mampu bertahan dan maju dalam industri ini. Bukan apa susah nak nampak anak Melayu muda yang bergelumang dalam bidang ni. AKu bukan racist tapi bila berurusan dengan orang Melayu lebih terbuka untuk berbicara.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.