Mungkin ramai yang follow blog atau facebook aku akan terbaca mengenai diriku yang mengalami sakit di bahagian tonsil. (Boleh rujuk entry sebelum ini).
Setelah lebih seminggu aku menjalani pembedahan tersebut, aku rasa sudah bersedia untuk berkongsi serba sedikit tentang pengalamanku ini.

Awal tahun 2018 aku membuat keputusan untuk menjalani pembedahan pertama dalam hidupku. Pembedahan membuang tonsil yang mengakibatkan aku akan bercuti selama 2 minggu dari bertugas sebagai penjawat awam di Lembaga Perumahan Melaka. Selepas mendapat kebenaran secara verbal dari bossku aku pun bersetuju dengan tarikh iaitu pada 3 Januari 2018. Aku juga mendapat sedikit pencerahan dari seorang rakanku dimana isterinya juga pernah membuat pembedahan buang tonsil dan sembuh seperti sediakala.

Sijil Cuti Sakit yang dibekalkan oleh Dr Shaharudin

Ia memberitahu bahawa ia adalah pembedahan kecil (minor operation) jadi tiada apa yang perlu dirisaukan.
Pembedahan dilakukan di Hospital Pantai, Ayer Keroh, Melaka selepas mendapat pengesahan dari Klinik pakar ENT, Dr Shaharudin. Pada hari Selasa(2 Januari 2018) aku telah datang untuk melakukan pemeriksaan. Aku risau juga sebab ada kencing manis tapi aku memulakan dengan minum air teh peria di rumah. Alhamdulillah ketika pemeriksaan kandungan gula, ia mencatat 6.6 mol dimana ia belum capai tahap yang membimbangkan.
Jadi petang Selasa itu aku dimasukkan ke Wad 323B di Hospital Pantai. Alhamdulillah aku mendapat bilik 2 orang dan berkongsi dengan seorang pesakit Cina. Mula-mula risau kalau isteriku tak dapat nak bersama dalam bilik tersebut tapi dibenarkan oleh petugas di sana. Aku dibawa oleh dua jururawat berbangsa India dan Cina tapi aku tanya juga arah kiblat sebab kena solat bagi aku dan isteri. Ooo ye, Dak Fatih terpaksa ditinggalkan di rumah neneknya.

Masuk Wad .Masa ni fizikal masih ok lagi

Takkan nak bawa sekali pula kan. Memang menganggu le. Petang tu kelaparan mula melanda dan aku turun ke bawah cafe untuk mendapatkan makanan. Mula-mula pergi ke cafe yang dibawah lif tapi dah tutup. Kena pergi satu lagi cafe yang terletak dekat dengan lobi. Agak kelakar bila aku order fish and chip tapi nak dapatnya makan masa dekat setengah jam walaupun tak berapa nak ada orang pun kat cafe tu. Rupa-rupanya pekerja yang beroperasi tu tak berapa nak pandai masak makanan jenis barat ni.
Takpelah layankan je..Malam tu start berpuasa. Tapi tak kisah sangat pun sebab memang dah biasa tak makan lepas pukul 9 malam ke atas. Aku tidur di katil yang agak empuk cuma kesian kat isteri yang tidur di lantai dengan beralaskan kain pelikatku.
Kesian juga dekat orang sebelah sebab aku keluar masuk tandas kira-kira 10 kali. Tak tau le kenapa tapi paipku bocor semacam je. Huhuhuhu..

Esok pagi kira-kira jam 8.30 pagi aku diberikan pakaian hospital. Kena buka semua pakaian termasuklah spender ku. Oo ye baju hospital tu pula kena ikat belakang jadi isteriku kenalah tolong mengikatkan. Selepas itu aku terus ditolak ke bilik pembedahan. Aku tak berapa pasti tingkat berapa tapi macam tingkat 2 je.
Masuk ke dalam bilik pembedahan aku menunggu kira-kira dalam 15 minit sebelum masuk ke dalam kawasan pembedahan. First time , memanglah berdebar-debar tu membuak-buak dalam diri ni tapi ku cuba tetapkan hati dan cuba beristighfar. Aku dipakaikan dengan sarung kepala dan dimasukkan oksigen ke mulut. Doktor bius mula memasukkan ubat ke dalam saluran nadi. Memang terasa peritnya ketika ubat itu memasuki dalam badan dan aku terus GELAP.
Bangun-bangun sahaja aku terus berada di kawasan menunggu dan kira-kira 5 minit aku terus di tolak ke wad dimana isteri telah menunggu dengan penuh sabar. Masuk ke wad aku tidak terasa terlalu banyak perbezaan. Aku memulakan dengan memakan bubur yang dibekalkan. Boleh makan sikit-sikit sahaja sebelum selebihnya dihabiskan oleh isteri. Aku meminta isteri membelikan aiskrim vanila kerana dimaklumkan bahawa itu mampu mengecutkan luka-lukanya.

Selepas pembedahan. Memang terasa lemah badan ni
Makanan pertama dihidangkan selepas pembedahan
Makanan malam selepas pembedahan
Telah nampak ruang-ruang di belah tonsil

Makanlah aiskrim tersebut dengan berhati-hati. Selepas disemak oleh DrShaharudin tiada apa yang berbeza dan mungkin tiada masalah untuk aku keluar wad pada keesokan harinya (Khamis). Alhamdulillah petang tu rakan sepejabat datang melawat dan juga adik beradikku. Sambil tu ada juga adikku bawa bantal untuk isteriku tidur malam nanti.

Petang selepas pembedahan. Adik dan rakan sepejabat datang melawat

Malam kedua aku rasakan agak baik. Macam tak terlalu sakit sangat cuma masih berhati-hati untuk menjamah. Sekali lagi keluar masuk tandas. Aku juga ada dengar pesakit sebelah berbincang dengan jururawat untuk tidur di hotel. Tak tau le kalau dia terganggu dengan aku. Maaf la ye. Alhamdulillah pada hari Khamis aku pun dibenarkan untuk keluar dari wad.
Pergi ke tingkat bawah untuk selesaikan semua, agak terkujat bila diberitahu bahawa aku kena membayar RM550 kena insuran takaful ku jenis co-insurance. Ini bermakna aku kena bayar samada 10% dari kos rawatan atau maksima RM500. Okay, ini kesilapan yang aku tak pernah tau pun. Jadi bagi sesiapa yang ambil insurans aku rasa korang perlu tahu benda ni. Kalau tak mengigil juga nak cari duit RM500 tu. Bayangkan aku dah bayar deposit RM400 lepas tu tambah lagi RM550. Nasib baik memang ada lebihan pada bulan ni kalau tak masak juga le.
Jadi bagi yang ambil insuran/takaful pastikan bahawa tahu jenis. Tanya adakah anda perlu berkongsi bayaran perubatan atau tidak. Alhamdulillah untuk anakku, ejen takaful telah mengconfirmkan tiada bayaran tersembunyi ini. Harap betullah kalau tak memang kena luku dia nanti.

Ubat-ubatan yang menjadi peneman diri selama seminggu

Hari Jumaat aku duduk keseorang di rumah. Isteri telah pergi kerja manakala anakku dihantar ke rumah pengasuh. Memang hari yang agak membosankan. Mula-mula aku bercita-cita untuk nak pergi solat Jumaat tapi tak terdaya sebab tak boleh nak masuk makanan. Jadi terpaksalah aku tuang solat Jumaat pada hari tu.Aku nampak ada aiskrim vanila di dalam peti sejuk dan terus melayannya.
Malam tu nak jadi cerita aku terasa loya. Aku pun muntah dan diselangi dengan darah beku. Sedikit kerisauan melanda diri. Aku tak pergi ke Hospital Jasin sebab nanti akan menyusahkan dan ambil keputusan untuk berjumpa Dr Shaharudin pada pagi Sabtu tu. Alhamdulillah berjumpa Dr Shaharudin pada pagi Sabtu nak melakukan semakan. Ada sedikit luka pada dinding tempat rawatan tapi ia dah pun kering dan tiada darah mengalir.
Doktor juga bertanya adakah aku telah kemam ais. Aku memberitahu yang aku hanya berkumur-kumur sampai darah tu tiada lagi dalam kumur tu. Doktor menasihatkan agar jika berlaku lagi perlu kemam ais bagi menghentikan luka itu mengalir. Doktor juga membekalkan tambahan ubat. Oo ye sebelum ini aku dibekalkan dengan 4 ubatan iaitu ubat sembur Difflam Forte, Ubat Tahan sakit Arcoxia (Etoricoxib), Antibiotic Ixime dan Ultracet Paracetamol. Aku juga bertanya Dr Shaharudin bolehkah aku melihat tonsil tapi diberitahu yang ianya telah dibawa ke makmal untuk kajian. Agak kecewa juga sebab tak dapat nak ambil gambar tonsil tu tapi apakan daya. Yang penting dapat kesihatankan?
Pada hari Sabtu tu juga aku mendapat tambahan ubat Kumur Hidrogen Peroxida. Memang banyak ubat yang perlu ku jamah. Hari-hari seterusnya memang azab bagi diriku. Untuk menelan bukan perkara yang muda. Dan badanku mula susut. Dalam tempoh kurang seminggu berat badanku turun 4 kilogram. Apa taknya, untuk minum air juga merupakan satu kesukaran bagiku. Apabila air memasuki kerongkong ia seperti melalui laluan yang perit untuk tembus ke perut.
Kira-kira seminggu juga aku terpaksa menahan sakit dan juga tiada buang air besar. Alhamdulillah pada hari Sabtu (13.1.2018) aku telah mula boleh makan dengan baik. Tapi nasi atau makanan keras masih belum berani ku jamah. Ooo ye, aku juga telah berjumpa dengan doktor pada Selasa (9.1.2018) dan doktor menunjukkan bahagian pembedahan telah semakin baik.
Pada hari appoinment tu juga adalah hari ibuku membuat pembedahan untuk memasukkan kanta dalam mata. Agak sedih tak dapat ikut menziarahi. Nak buat camne kan dah sakit. Ketika appoinment tu juga aku mendapat berita menyedihkan tentang pemergian bapa saudaraku (Pak Itam) di Gemencheh. Niat di hati nak pergi melawat tapi apakan daya sebab berada di hospital. Tapi nasib menyebelahi bila diberitakan bahawa pengembumian akan dilakukan pada esok hari.

Esoknya aku pergi bersama abang, adik dan ibuku ke Gemencheh. Walaupun belum sembuh aku terasa nak pergi memberi penghormatan kepada arwah Pak Itam (Ahmad Bahari bin Hashim). Sampai di sana ramai sanak saudara telah berkumpul. Jenazah disolatkan di Masjid As Syakirin, Gemencheh dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran. Balik je dari pengembumian perutku mula merasa lapar. Yang tinggal ada cuma bihun. Aku memberanikan diri untuk menjamah sebab petang sebelum ni ok jamah bihun sup.
Baru dua tiga suap tekakku merasa pedih. Terpaksa aku menyembur dengan air mineral. Memang keperitan yang tak dapat digambarkan. Sakit seperti dicucuk di bahagian tekak. Lepas tu jiran arwah Pak Itam bawa pula nasi dengan lauk Ayam masak Lemak Cili Padi. Makanan favorite orang Negeri Sembilan tu. Aku hanya mampu memandang orang ramai makan sambil meneguk air liur(tu pun sakit juga).
Dalam perjalanan balik aku singgah ke 7 Eleven Gemenchen . Niat dihati nak beli aiskrim vanila tapi takde jadi sambar je aiskrim coklat. Di dalam kereta aku cuba menjamah tapi keperitan tetap juga dirasai dalam diri ini. Untuk pengetahuan korang seminggu ni aku terasa macam zaman budak. Pagi-pagi isteriku akan menghantar aku ke rumah mak untuk dijaga. Ye lah kalau aku duduk sendirian di rumah pasti lebih bahaya. Dah le tak de makanan takut tetiba pengsan atau termuntah takde siapa pula yang tau.
Di rumah mak pula aktiviti seharianku lebih kepada tidur atau melayan karenah anak saudara yang macam-macam hal.

Ketika aku menulis ni pada hari Ahad dimana Malaysia mengalami kesejukan melampau. Aku rasa tahap kesihatan telah 80% cumanya tekak akan berasa kering selepas bangun tidur. Keringnya tekak tu memang sedikit menyeksa. Selain tu ada terasa loya dan hidung rasa berangin.

Esok aku akan masuk kerja. AKu tak tau samada aku telah fit untuk melaksanakan tugas atau tidak. Apapun perjuangan perlu diteruskan.
Bagi mereka yang terasa sakit pada tekak untuk menelan aku mensarankan untuk terus ke Pakar ENT (Ear, Nose and Throat). Jangan tunggu-tunggu. Aku sendiri pun sebenarnya TERPAKSA melakukan pembedahan ini selepas bengkak pada tonsil dah masuk tahap Empat iaitu tidak boleh dikecutkan dan boleh mengalami risiko tercekik secara tiba-tiba yang boleh membawa MAUT. OO ye, lupa plak.. Pembedahan tonsil aku ni takde jahit-jahit. Memang luka sembuh secara semulajadi. Jadi memang kena hati-hati.

Gambar Sebelah Tonsil ku dimana ruang terlalu kecil untuk ku menelan dan bernafas

Apapun sayangilah tonsil anda dan elakkan dari dijangkiti. Sekian.

82 Replies to “Pengalaman Pembedahan Tonsil”

  1. Semoga cepat sembuh. Kebetulan baru-baru ni kena sakit tonsil gak. Mungkin asbab cuaca sejuk. Tambah pula dlm bilik memalam tido duk pasang aircond. Bila bangun tu memang perit nak telan air liur. Bila cek doctor tengok dah merah. Pehhh sakitnya tuh disini. I feel you bro.

  2. alhamdullilah..
    anak sy ( 3thn8bln) br lepas pembedahan tonsil .. hari nih hari ke-6 boleh mkn nasi macam biasa..cuma bila bngun pagi tekak kering / perit dia menangis still mkn ubat antibiotic ngan nurofen..lysozyme..after med ..ubat kumur2

    1. oo bagus tu..
      kalau kecil2 rasanya ok..
      saya dah 40 tahun dan ada diabetes.
      n rasa macam ada efek je walaupun dah hampir 4 bulan ni

    2. Ank sy pun oprate umur 3thn lebih..skrg dh 5thn..jarang demam tp kerap kena ulser teruk..buntu

      1. anak buat pembedahan tonsil dimana ye, sy sedang mencari doc pakar yg boleh buat pembedahan tonsil anak umur bawah 3tahun, doc dihospital pantai tak berani buat pembedahan tonsil umur macam tu

    1. Sya baru oprt tonsil di hospital swasta hari rabu baru ni 29/8/2018..harga boleh tahan 6k..x termasuk jpa doc rawatan susulan lagi.tapi alhamdullilah tonsil yg sya sakit selama1 tahun 8 bulan dh berjaya dibedah dgn selamatnya..dan kini masa sya berpantang makanan dn makan soft diet saja..tentang sakit..memang sakit sgt

        1. Sy kena 20k, insurans sy xbagi Guarantee Letter. Krna pakai duit sendiri and then claim. Itupn ntah² insurans xnak bayar

  3. Salam. Saya baru je minggu lps saya buang tonsil. Pengalaman encik yg telah ditaip dlm blog ni mmg sama dgn saya. Tambahan lagi saya ada 4 ulcer di dlm mulut dn salah satunyer berada di lidah. Saiz nya juga boleh dikatakan besar. Mmg perit apatah lagi klau baru bangun dr tido. Cuma, saya nk tanyer, selepas pembedahan tu mmg anak tekak kita jadi besar skit ke dari saiz sebenar dia? Dan kalau betul, bape lama dia nk seperti sedia kala?

  4. Sy baru 5hari buat pembedahan buang tonsil. Sakit yg teramat sgt. Sbb di tekak nak makan hanya bubur yg betul2 cair. Dan sup. Aiskrim vanila. Nak telan air pun sakit. Buat pembedahan hari ke 21ramadhan. Skrang baru 5hari. Alamat nye raya mmg tak dapat makan apa2 la.

  5. Salam , sya bru buat operation tongsil dkt hosp besar melaka 18/6 raya ke 4 huhuhu smpt la jap raya hahaha.. btw nk tnya bang msa lps operation putih dkt tongsil trus hilang ? Sya smpi skrng msih ada and nurse hosp besar melaka kata kena makan nasi nnt dia tanggal… saya checkup klinik rpanya kena infection ptut la skit je ?

  6. sy pon tidak bulan 12 taun lepas dah kena operate tonsil ni.tp last2 xbuat pon.sy xkerap demam.sakit tekak pon x.tp tonsil masih bengkak.bulan ni sy kerap jd mcm nafas pendek.nak bernafas mmg ssh sgt.last skli bt keputusan nak pg kk mtk refer balik ke hospital.mmg azab la klu tonsil membengkak ni

      1. As salam cik..saat sy bca blog cik ni,bru bgn tdo..rsa perit n kering kt bhgian bwah tonsil ni.x selesa sgt2..tonsil sy mmg bgkak sgt2.mmg dh doc advice sruh buang.tp sy takut,takut sgt2..sy tkut jdi apa2 lpas operation,sy plk ada anxiety disorder,ada panic attack..yaAllah takut sgt2, x selesa sgt rasa nt tekak.mmg nk buang,tp cmna sy nk buat bg hlg rasa takut yakmat ni???

        1. susah ni kalau takut sangat ni..
          memang semua orang takut tapi kena hadapi juga..
          kalau bengkak sampai nak bernafas pun susah pasti akan beri kesan yang lebih.
          tambah pula puan ada panic attack.. cuba fikirkan keluarga……

  7. Salam..cik zarizi nk tanye..sy nk cek tonsil..klu g hospital pantai melaka..nk jumpe doktor spe? Sbb ad ramai doktor..kte blh pilih..dan kos rawatan brape erk..

        1. tak. kalau dr shaharudin tu hari rabu je dia buat.. kena tgk appoinment juga..
          kalau dpt tarikh appoinment. baru admit.. satu hari sebelum pembedahan tu

  8. Salam tuan, sy pun baru 7 ari operate tonsil dan ada diabetes.. Hari ke 7 masih terasa sakit dan bila menelan masih rasa mcm besar ja dlm tekak..

    1. sy cekup harini..2 mggu br bedah..diikutkn smggu je tp sy mnta 2 mggu..hari kena bedah tu masuk wad jam 9am..bedah 11.30 jam 2petang sedar..masuk wad tido smpui jam 4..makan bubur n aiskrim ubat

  9. sy dah 4 hari buang tonsil..hari petama dn ke dua rilex jer x sakit sgt sbb ubat ontime d hospital. lepas balik rumah keesokkn pagi ya..ya Robbi… menangis mcm budak2 dibuatnya bila tekak kering terasa perit nk telan iar liur mcm nk telan ranting kayu..gagah juga makan bubur 2 sudu sbb nk makan ubat.. lepas sejam 2..bru tekak kembali ok..ubat kena makan ontime..supaya xde rs sakit sgt. dan kena jugak bangun pagi2 buta utk minum air sdkit supaya tekak x telampau kering bila bangun subuh nnt ..nangis dibuatnya..

    1. I feel you.. sy hari ni hari ke 7.. sakit x hilang lagi… mlm td berdenyut2 sampai sakit rahang dan telinga ni… ada org kata x boleh mkn benda bersusu nnti tenpst luka ssh nk baik. Tul ke?

      1. Betul..Dr tak galakkn minum air bersusu..sbb galakn pembiakan bakteria.saya baru buang tonsel d hospital Seremban..dan hari ni hari ke 8..Alhamdulillah dah bole mkn nasi & minum.hari pertama je mkn bubur..hari ke 2 dh start mkn nasi..pelan2..Dr kata kene mengunyah..supaya darah dapat d pam ke tmpt luka toreh tu.bila kita mengunyah..darah dapat di pam dgn baik, lepas tu proses pemyembuhan pun cepat…lepas tu Dr suh selalu exersice mkn cwengam (gula2 getah).InsyaAllah sgt2 membantu. Sakit..mmgla sakit..tp yakin penyembuhan dari Allah SWT..doa..doa selalu..Amin..kita kene kuat ?

  10. Anak ade bengkak tonsil.kesian bila dia tidur, dengkur kuat ngan air liur tak leh telan,macam sesak nafas, appointment ngan pakar ENT lagi 2 bulan.ade cara nak kurangkan dengkur dia?boleh sesapa share?

  11. 18 July 2018 warded dan tengah Malam tu kene PUASA… dan 19 July jam 11am 1st time masuk bilik bedah. Hari ni 20 July Dan saya baru 2 hari selesai operate tonsil dan operate tulang hidung bengkok yg menyebabkan sukar bernafas di KPJ AMPANG PUTERI. Tonsil stage 4 mmg azab sbb salur nafas tekak pendek. Tidur berdengkur Dan berhenti bernafas waktu tidur. Lepas operate kene tahan dalam was ICU sbb hidung tertutup. Kene bernafas guna mulut. Sekarang ni yg xselesanya bila anak tekak bengkak.. Tadi doctor suruh Telan makanan.. Ya Rabbi.. seksanya.. sbb hidung kene tutup.. bernafas guna mulut smbl makan.. anak tekak bengkak.. tekak perit.. fuhh.. mmg terseksa.. harap pasni cepat sembuh.. bkn apa.. skang Musim durian.. Telan air liur tgk durian.

  12. Sy pun esok akan dibedah utk buang tonsil di Hosp.Melaka. Berdebar2 juga ni sbb pembedahan yg pertama.

    Apa2 pun tq sbb kongsi pengalaman

  13. I feel you.. sy hari ni hari ke 7.. sakit x hilang lagi… mlm td berdenyut2 sampai sakit rahang dan telinga ni… ada org kata x boleh mkn benda bersusu nnti tenpst luka ssh nk baik. Tul ke?

  14. Sya 3 minggu lps operate tonsil. Skrg kalau rasa makanan mcm kurang selera. Seperti deria lidah sya sudah berkurang. Mmg mcm tu ke? Atau lps ni akan baik seperti asal? Saya selalu makan ubat biji, secara mendongak letak air dlm mulut then baru telan ubat. Pernah sekali air keluar melalui hidung. Anda juga ada pengalaman mcm ni? Tambahan, sya tidak sumbing.

  15. terasa sgt sakitnya bro.tekak ni dah 2 hari tak telan air. mkn bubur pon batuk2 sbb perit.bedah tu pakai laser ke bro?

  16. Tuan ada mengalami susah nk tidur x? Mcm kahak bkumpul di tekak? Sy operate dh seminggu.. Tdur asyik tbatuk sbb air lior bkumpul kt tekak..

  17. Assalamualaikum , saya nak tanya . awak semua yg operete hari keberapa kembali normal? saya dah hari ke 12 masih sakit sangat dan takbolehh tidur . mmg sakit dia sampai ke telingaa ke? ???

  18. Saya baru semalam operate 6.9 kat hospital kerajaan sibu..Salit memang sakit telan air liur etc tapi masih lagi boleh menelan dgn susah payah..hehehe

  19. Assalamualaikum zool,

    Nak minta pendapat, apa tindakan utuk meredakan sakit selepas operation?

    Apakah pantang dan tindakan yg perlu dibuat?

    Contohnya mcm kumur ais?

    1. makan memang kena jaga.. tapi rasanya nak makan pun azab juga ..

      banyakkan makan aiskrim vanilla…
      kumur ais tu saya tak pernah tau. tapi ada sejenis cecair yang diberikan untuk kita kumur..
      selain itu guna lah ubat yang diberikan..
      memang ambil masa bergantung kepada masing-masing.. saya sendiri pun 2 minggu tak sembuh sepenuhnya..
      1-2 bulan baru boleh makan yang normal

    2. Saye operate 14nov lps..masih tak boleh makan mende2 yg sejuk i.e aiskrim..lelangit akan rasa pedih..bubur nasi kna blend halus baru leh telan..

  20. Assalam.. Sya haida dari srwk. Berusia 35thn. Hari ini hari ke 5 sya menjalani pembedahan tonsil. Rata2 sya bca masih mengalami rasa sakit2. Ingatkan sya yg x normal rupa2nya tak. Sbb bnyk yg g tau mereka hari ke 5 ke 6 dah sembuh boleh makan nasi. Ye, sya masih lagi berpantang. Kalau nak makan nasi sya jamah sikit je. Tkut kempunan hahaha.. Selainnya sya isi perut dgn bubur dan air suam. Bgn pagi mmg terasa perit. Tpi sya sentiasa semburkan difflam tu 2 jam sekali seperti arahan pihak doktor. Oh ya… Kos sya buat pembedahan di swasta sini 5k

    1. wah kos kira murah berbanding saya..
      ye.. memang ambil masa.. tgk kemampuan tubuh badan kita untuk cepat atau lambat sembuh tu

  21. sy pn dh operation juga.. ank tekak dh potong,tonsil dh buang,salur pernafsan kt hidung pn dh buang..skli jln… dh 5thun operation,tp sampai skg sy masih blm baik..infection.. hdung selalu berdarah,tekak darah,telinga darah

  22. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    Saya Ashraf. Ingin berkongsi pengalaman.
    Hari ini masuk hari yang ke 6 selepas saya operation tonsil dan capso. Juga saya ada osa. Biasalah bila berat cecah 100 dan ke atas dan tinggi hanyalah 172 cm. Memang betul ke lepas pembedahan akan kena batuk? Saya dari kelmarin hinggalah malam tadi batuk xbenti. Dan kurang lepas wife buatkan madu campur limau. Makan pun hanyalah beberapa suap sahaja. Macam mana keadaan tuan, adakah mengalami batuk juga. Saya sampai dah give up pasal batuk ni. Sebab dr ada pesan jangan terlalu batuk dan buang kahak. Mohon bantuan tuan. Saya Ashraf by the way. Dr segamat johor.

  23. 2 minggu lepas saya baru selesai pembedahan tonsil. Kos anggaran 11k sebab selepas pembedahan saya mengalami pendarahan tidak terlalu banyak tapi tetap panic. Punca pendarahan sebab saya mengalami batuk2 dan selsema. Menyebabkan luka bahagia operation tuh berdarah. Saya kena tahan ward 6 hari. Sekarang hanya berpantang sendiri di rumah.

  24. saya baru buang smlam,,apa ygtuan story ni 100%benar,,,mmg drop berat badan,,,perit nk telan,,,hnya allah je yg tahu ksakitan tu

  25. Tonsil kalau dah tahap tonsil kekal,memang tiada ubat melainkan pembedahan sebab ia boleh melibatkan nyawa bila saluran semakin sempit. Tapi yang mana tonsil baru tu masih boleh ikhtiar tingkatkan imun sistem dan ikhtiar supaya bengkak tonsil cepat kecut.

  26. Assalamualaikum…

    Anak saya umur 5 tahun,semalam ada bawak pergi kpj tawakkal untuk cek tonsil,sebab 2 minggu lepas ada cek kat klinik biasa je.Klinik dah bagi antibiotic.dah makan pun tapi size tonsil tu masih kekal sama,tak besar tak kecik,
    Bila sampai hospital doctor suruh operate.Tapi anak saya tak demam,tak sakit.
    cuma saya risau tonsil tu macam tak normal macam budak lain.
    Sekarang ni buntu nak buat operation ke tak,sebab tengok banyak komen macam sakit sangat je.
    kesian pulak klau umur2 macam tu nak tahan sakit lepas operate tu nanti.

  27. salam ni dah ari ke tujuh sy operate..putih putih tu da byk yg hilang tapi bila putih tu hilang rase pedih sgt bila terkena makanan..ade tak awak rase macam tu jugak?

        1. As salam, saya br lps operate 25/9 ritu dgn doc yg sme mcm.en zool, tp condition saya lps laser kena jahit sbb besar tonsilnya, nk tnyela normal ke if nk dkt 2 mgu ade kahak berdarah?perlu jmpe doc blik ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.