Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Selepas cabaran mengenai terbang RM500 repair sistem paip kereta dan kemudian Mudguard pula koyak dan terbaharu bearing clutch pula buat hal.

Kisah ini berlaku ketika aku nak pulang dari kerja. Agak jauh perjalanan ku dari Ayer Keroh untuk ke rumahku. Tengah jalan dah berbunyi geseran ketika aku menekan clutch kereta Myvi ku ini.

Mula-mula aku ingatkan nak repair di bengkel berhampiran iaitu di Selandar. Tetapi selepas berjumpa tokei merangkap pomen disitu, beliau tak mampu buat sebab terlalu sibuk. Diberitahu yang bearing clutch ku mungkin mengalami kerosakan. Jadi dengan perasaan hampanya aku pun cubalah berjalan ke depan untuk pulang. Tak dapat nak gerak tetiba kereta jem. Terpaksa menolak ke tepi kereta tersebut.

Di samping itu aku terus menelefon rakan pomen iaitu bro Raffey Auto Garage . Terpaksa juga lah di ‘towing’ kereta Myviku ini. Sedih tak terkata apabila makin merajuk pula kereta ku ini.

Bila towing kenalah bayar harga towing kan? Lagi terbang duit.. Hahahahah.. Cabaran betul bulan ni.. Harap-harap akan digantikan dengan lebih baik. Mungkin korang yang berlebih duit tu boleh belanja aku kopi sikit kat sini (https://buymeacoffee.com/zoolzarizi ) atau sentiasa support ke channel Youtube aku .

Berbalik ke kisah penderitaan keretaku ini, dia dihantar pada hari Sabtu lalu. Jadi aku kena fikirkan cara untuk aku pergi ke pejabat pada Isnin ni. Nak diikutkan mungkin isteriku boleh hantar tapi cabaran pula sebab pagi Isnin tu aku nak kena ambil darah.

Jadi aku perlu membawa motosikal ke pejabat. Nak jadi cerita, tayar depan motosikal tu pancit. Nasib baik tayar tubeless jadi boleh lah gerak laju-laju (tak boleh perlahan sebab akan lari balancingnya). Disamping itu juga aku membawa pam tayar untuk persediaan.

Oo ye, pemasangan dan pembaikan telah siap dibuat pada hari Ahad tapi pomen bagitau untuk ambil pada Isnin. Untuk memastikan ianya tidak menghadapi masalah di kemudian hari.

Ini antara barang yang ditukar. Clutch satu set

Clutch satu set
Inilah bil yang ku terima.. Tak boleh tunjuk amaun sebab sedih . Tapi resit ni kena simpan untuk LHDN nanti ni.

Alhamdulillah dah terima kereta tersebut. Harap-harap tiada masalah besar lagi….

One Reply to “Bearing Clutch MyVi Buat Hal Pula”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.