Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ni aku nak tulis pasal Youtuber pula. Sekarang ni aku sedang mengejar juga salah satu projek menjadi Youtuber jadi aku nak tulis sikit. Kalau ikutkan tajuk ni aku nak coretkan dalam video tapi kadangkala susah nak ingat jadi tulis dulu kat blog supaya senang bila nak buat tajuk ni..
Kepada korang yang datang blog ni pun boleh singgah kat channel Youtube aku ( https://www.youtube.com/channel/UC4LiUwnUdnqo_rr1VUct2VQ ) . Mana tau ada input yang bagus korang boleh bagi .. Dalam beberapa minggu ni aku sibuk dengan kerja-kerja pejabat dan bila malam pula sibuk mencari subscriber. Almaklumlah nak capai 1,000 subscriber bagi melepaskan diri dari satu syarat Google untuk dapat iklan. Memang bukan mudah tapi inshallah boleh dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan ini. Sekarang ni pun dah 320 subscriber. Lagi 680 subscriber yang perlu dikejar. Kalau korang kawan baikhati boleh lah subscribe sekali ye..
Berbalik kepada tajuk diatas, aku sebenarnya telah melihat beratus-ratus channel dalam tempoh sebulan ini. Ada yang menarik dan ada yang kurang. Aku bukanlah pakar sangat tapi sedikit ilmu ingin dikongsikan supaya menjadi pedoman bukan sahaja kepada orang luar tetapi lebih kepada diri ini. Antara kesilapan yang dilakukan oleh Youtuber baharu adalah :-
- Tidak bersedia. Aku lihat ramai yang tak bersedia dari segi kelengkapan, angle, lighting dan sebagainya. Sebagai contoh : aku ada tertengok Youtuber yang ingin berkongsi ilmu mengenai kod gitar. Sudahlah pencahayaannya kelam. Nak susun kamera pun ambil masa hampir 2 minit dan ianya direkodkan dalam video. Pada pendapat aku, sebelum nak record video dah siap-siap semua ni. Mana nak letak kamera, shoot angle yang baik dan sebagainya. Bila kita buat video yang berhadapan dengan penonton, kita perlu hormat mereka. Jangan biarkan mereka tertunggu-tunggu dengan apa yang anda ingin berikan. Lebih mendukacita bila pemain gitar ini tidak tuning gitar dan bunyinya memang teruk. Dan dia ambil gambar kira-kira 3 meter dari kamera. Macam mana orang nak nampak kaedah tekan freet tali gitar tu. Memang tak menjadi video tu. Meskipun view tinggi sikit dari video aku tapi ianya bukan video yang akan menjadi tontontan untuk tempoh lama. Diharap Youtuber tersebut akan memperbaiki kelemahan tersebut.
- Video tiada makna. Aku banyak terima pelawaan Subscribe video berkenaan game. Secara jujur aku subscribe tanpa ikhlas. Aku kurang minat pasal game tapi rasanya peminat game pun akan datang sekali je tu. Seeloknya kalau nak buat video game perlulah ada isi. Korang boleh cerita tentang strategi permainan atau trick-trick supaya penonton tu rasa bermanfaat dan sanggup untuk jadi penonton tetap.
- Video terlalu panjang. Pada pendapat aku, video membebel tidak sepatutnya melebihi dari 10 minit. Orang akan mula bosan dan akan skip. Dulu aku ada buat video lebih 10 minit tapi aku sendiri bosan. Jadi bayangkan orang lain yang tentu lebih lagi. Aku pernah tengok ada video tu hampir 30 minit. Kecuali anda artis, orang biasa takkan sanggup menonton sampai habis video anda membebel. Jadi kurangkan durasi dan cuba padatkan.
- Video tak unik. Maksudnya video diambil dari lain tanpa sebarang suntingan. Ini bukan satu kaedah yang baik untuk mendapat penonton tetap.
- Terdapat banyak scene membazir. Aku ada menonton video Youtuber menunjukkan pengalaman di sungai. Dan dalam tempoh 3 minit hanya di kawasan sama. Ada ke patut? Selain itu ramai juga yang meletakkan ‘video selingan’ terlalu banyak dalam video masing-masing. Pada pendapat saya kalau nak letak video selingan tu mungkin maksimum 3 klip bagi 1 video. Tapi kalau dah hampir 10 video selingan memang menjengkelkan.
Okay cukuplah serba sedikit tentang kesilapan yang dilakukan oleh Youtuber . Kalau korang ada idea, boleh tambahkan kat bawah ni..