Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya kebanyakan dari kita telah mula kembali bertugas  selepas cuti Raya yang panjang. Berikut mungkin merupakan beberapa perkara yang mungkin berlaku bila masuk kerja selepas cuti panjang Hari Raya :-

1. Masa ni ramai yang muka monyok. Ye lah, dah syok-syok bergembira di rumah melupakan hal-hal kertas kerja, minit mesyuarat, memo, aduan dan sebagainya tiba-tiba kena menghadap semua tu. Dah tu nak mengadap semula muka boss, rakan sepejabat memang rasa tak boleh tahan je kan. Memang rasa cam nak sambung cuti je kan?? Tapi apakan daya, cari makan. Kenalah bertahan juga walaupun hati masih lagi dalam mood raya. Lainlah kalau korang sendiri punya syarikat tu. Tapi kalau syarikat sendiri pun kena pantau juga. Nanti semua pekerja pun ikut juga mood raya lama-lama. Mau bangkraplah syarikat camtu.

mood-kerja
Mengusik kawan juga bila tak ramai di opis

2. Kat FB, twitter, instagram ramai yang merungut dan ayat ‘hari ni kerja‘, ‘bosannya kerja‘ dan pelbagai lagi ayat-ayat negatif. Rilek kawan-kawan, teruskan kerja kerana waktu bergembira telahpun tamat. Kalau tak kerja macam mana nak sambut hari Raya tahun depan pulakkan?

3. Ada yang membawa kuih raya ke pejabat. Almaklumlah kat rumah banyak sangat kuih tak habis. Jadi lebih tu bawa ke pejabat untuk dikongsi bersama. Selain itu dapat juga jimat duit dari makan sarapan pagi kan. Habiskan kuih muih yang berlambak beli masa bulan Ramadhan hari tu.. Sampai serdak-serdak kuih dibaham sama tu.

4. Ada juga yang tidak keluar makan tengahari. Alasannya sebab puasa 6 hari. Tapi tak semuanya betul. Ada yang terpaksa kerana bajet kewangan dalam kritikal. Apatah lagi kakitangan kerajaan yang dapat gaji awal. Memang meranalah nak menunggu gaji tu. Jadi kenalah sentiasa berjimat sebelum menerima gaji terkini. Itulah nasib bagi mereka yang tak merancang kewangan awal-awal. Ada duit tak sabar nak beli itu beli ini. Sedangkan raya beberapa hari je.

5. Mengulau sana sini. Ada juga yang mengulau semata-mata untuk pergi ke rumah/pejabat terbuka. Kalau dibenarkan oleh boss takpe lah juga tapi kalau saja-saja pergi tu memang cari nahaslah. Lepas tu pergi lama-lama pula tu sampai kerja kat opis terbengkalai.

6. Bila waktu raya ni, bagi pejabat yang berhadapan dengan orang awam memang akan penatlah sikit. Kebanyakan orang awam mengambil kesempatan untuk melakukan transaksi pada minggu-minggu raya ni. Banyaklah kerja yang akan mendatang yang perlu diselesaikan segera.

7. Mengadap kembali jem. Dah seminggu relak di kampung, tetiba kena kembali semula mengadap jem di jalanraya. Memang pahala ketika Ramadhan sebelum ini, hilang sedikit demi sedikit di bulan Syawal tatkala nak pergi kerja. Apa taknya, maki hamun dibibir dilepaskan di bibir sahaja.

Okay cukuplah setakat ni…. Kepada rakan-rakan semua teruskan kerja anda. Ramai lagi yang masih terngaga di luar sana tidak mempunyai pekerjaan. Walaupun masih berhari raya, tanggungjawab kepada pekerjaan mestilah di UTAMAkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.