Uncategorized

Dapat Diskaun 50% Saman Speed Trap , Tiba-tiba tengok ada saman lain Kereta Isteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Pada minggu lepas bersempena Hari Polis ke 214, ada diskaun pengurangan saman sehingga 50%.
Memandangkan aku baru je kena saman speed trap tempohari maka ini adalah peluangku.
Jadi sebelum pergi opis aku pun singgah ke Balai Polis Jasin seawal jam 7.45 pagi.
Sekali tak boleh masuk dulu, kaunter buka pukul 8.30 pagi.
Masuk sekali lagi jam 8.30 sekali kaunter ada problem sistem.
Katanya pukul 9.00 sebab yang incharge pergi perhimpunan Hari Polis (erk..)
Sambil tu aku semak lah samanku. Kena bayar RM80 (harga RM150 ,, jangan tanya aku kenapa RM80 bukan RM75 ye. aku malas nak tanya pegawai polis tu).
Aku juga semak saman kereta isteriku. Sekali ada lah.. Kena saman sebab Lesen Kenderaan tamat tempoh. Eh, pelik pula ni. Tak pernah pula isteriku cerita pasal ni.
Tapi takpelah. Mungkin dia lupa kot pernah kena. Sebab saman tu tahun 2018. Aku call isteri dan dia tak dapat nak recall..
Sambil tu aku tengok lah slip saman tu. Eh, kenapa pula nombor kad pengenalannya lain? Bermula 94.. Dah pasti bukan no kad pengenalan isteri.
Sekali tengok nama orang lain pula.

Lebih kurang jam 9.40 barulah nombor ku (nombor 5) dipanggil. Dekat kaunter tu aku tanyalah juga.. Pegawai tu mengatakan ini mungkin penggunaan plat palsu. Dia sarankan untuk aku tidak membayar.
Aku juga bertanya adakah ia akan memberi kesan pada isteriku. Dia kata takde sebab saman itu ikut no kad pengenalan. Aku mengambil keputusan untuk buat report polis.
Tapi bukan pada waktu tersebut memandangkan ianya kereta isteriku. Pada Sabtu aku kembali ke balai polis Jasin dan buatlah report tersebut.
ALhamdulillah report telah dibuat. Maaflah kepada si penama tersebut yang terpaksa disiarkan namanya. Ini penting bagi mengelakkan isu berbangkit pada masa akan datang.

Kepada penama tersebut bolehlah bayar saman dan jumpa pihak berwajib secara charge kau dah ditukar dari saman traffik ke guna nombor plat orang.

Sekian

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.