Assalamualaikum semua..
Tanggal 6 Disember 2018 aku mencapai angka 40 tahun. Memang banyak perkara-perkara yang aku hadapi samada yang manis mahupun yang pahit.
Tapi sudah pasti bergelar blogger merupakan satu PENCAPAIAN dalam hidup aku. Walaupun aku tidak mampu bergelar blogger SEPENUH masa seperti BenAshaari tetapi kemampuan menulis sehingga kini boleh dibanggakan jua.
Kini usiaku telahpun mencecah 40 tahun. Sudah tidak boleh digelar belia lagi sebaliknya ia merupakan usia dewasa. Tak ku pasti samada mampu bernafas lagi 40 tahun lagi namun perjuangan hidup perlu diteruskan.
Hari Lahir tahun ini ada sesuatu yang mengejutkan. Kalau biasa, hanya sekadar kata-kata ucapan di Facebook atau di Whatsapp tapi hari ni tiba-tiba sahaja unitku dan unit Audit Dalam melakukan kejutan.
Tiba-tiba je aku dihadiahkan dengan kek yang menarik. Seeloknya aku tak makan kek sebab kadar gula semakin menaik beberapa hari tapi tak baik pula menghampakan mereka yang membeli. Aku jamah dan terlebih jamah rasanya.
Ini satu penghormatan pada diriku yang bukanlah seorang ketua unit yang bagus tapi diraikan juga. Terharu juga sebab tak pernah kot orang lain raikan.

Tiba-tiba je dapat kek Harijadi. Tak sangka. Terima kasih semua
Bergambar dengan staff Unit IT LPM

Mencapai angka 40 juga merupakan cabaran dalam hidupku. Aku perlu lebih berusaha untuk menjadi individu yang berjaya di DUNIA dan AKHIRAT. Sesungguhnya perjalanan hidup semakin sikit dan tak tau entah bila tarikh akhir hidupku ini.
Balik masa nak ambil Fatih, dapat pula kek pisang yang dibuat oleh adik dan juga dibantu Fatih dan sepupunya. Alhamdulillah bertambah meningkatlah kadar gula ni.
Takpelah.. Orang raikan kita kenalah menghargainya..


Apa perbezaan aku sekarang ni? Kalau tengok fizikal memang banyak perubahan berbanding dulu. Kalau 5 tahun yang lalu aku sedikit gempal tapi pada usia 40 tahun aku mula menyusut. Ia akibat dari keadaan kesihatan dimana aku mungkin berisiko untuk mengalami penyakit diabetes. Ini menyebabkan aku memotong makanan yang sebelum ini menjadi kesukaan seperti air manis, makanan bergula(cuma kadangkala tersangkut juga..).Selain itu, rambut juga telah mula berkurangan dan gigi pun mula menjadi rapuh. Teringat lagi 2 tahun yang lepas, salah satu gigiku rapuh tiba-tiba dan patah ketika aku berada di Guangzhou, China. Balik Malaysia dah segan gigi depan dah hilang. Tapi takpelah, inilah perubahan yang perlu dihadapi. Memoriku pun sedikit mula hilang dimamah usia. Sebab tu lah aku rasa nak menulis dalam bentuk buku supaya ingatan-ingatan yang hilang nanti boleh di simpan dalam buku. Nak harapkan blog, tak tau le samada aku mampu membayar hosting pada masa hadapan. Kalau buku bolehlah simpan di dalam lacikan?

 

Selain itu, aku juga sudah kehilangan bapaku pada tahun lepas. Kiranya berkurang keluargaku. Teringat pada 2 tahun lepas ketika 6 Disember ini aku menjemput bapaku pulang dari umrah .

Okay cukuplah serba sedikit penulisan hari ni. Inshallah aku akan cuba menulis artikel yang lebih bermakna dan juga akan cuba mencuri masa untuk menghasilkan buku fizikal pertama dalam masa terdekat. AMIN.

One Reply to “Genap Usia 40 Tahun”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.