Hari ini aku ditegur ketika sessi pembentangan slaid presentation. Menggunakan powerpoint tetiba aku telah menunjukkan slide yang tidak update dan sedikit mengecohkan keadaan.
Bila keadaan ini berlaku, aku selaku orang yang pegang laptop kena marah dengan pegawai atasan. Nak buat camne, nasib la kan. Salah aku juga sebab tak fokus pada kerja.
Bila perhatikan kembali aku setuju dengan kenyataan bahawa aku memang mudah hilang fokus. Kadangkala letak jam beberapa saat pun dah boleh terlupa di mana letaknya.
Untuk artikel kali ini aku nak berkongsi sebab musabab kenapa aku mudah hilang fokus. Antaranya :-
1) EMOSI. Aku memang sukar nak mengawal emosi. Walaupun nampak senyap tapi dalam otak sering berlegar-legar emosi. Bila kena tegur tadi pun aku dah mula BENGANG tapi tak ditunjukkan secara terang.
Memang salah aku tapi teguran sukar nak diterima.
2) Aku tak pasti samada mempunyai penyakit dari mental atau tidak. Tapi kadangkala memori ku mudah terganggu. Aku takut juga kalau kena ADHD.
Mungkin juga penyakit seperti diabetes, kolesterol ada efek pada ingatan dalam otak ni. Selain itu aku mudah penat bila duduk sahaja tanpa berbuat apa. Bayangkan kalau menunggu dan mengadap slide presentation dalam 2 jam.
Memang ada gangguan pada fizikal ni.
3) TEKANAN. Kadangkala masalah datang bertimpa. Macam minggu ni, dahle aku tak selesai hal perabot, lepas tu masalah tv rosak pula . Lepas tu nak kena ngadap Sistem yang nampaknya kena One Man SHow. Memang tekanan bertimpa-timpa datang.
OOO ye, pasaran saham yang tak menarik juga memberikan gangguan juga.
4) TIDAK BERSUKAN. Diakui tak banyak bersukan pada minggu ini. Jadi sedikit sebanyak fizikal terganggu. Ini memberi kesan untuk fokus pada diri sendiri dan kerja.
5) TIDAK GEMBIRA. Secara jujurnya aku sudah tidak gembira dengan orang di sekeliling terutama di tempat kerja. Nasib baik keluargaku agak okay. Kalau keluarga yang porak peranda lagilah boleh menghilangkan ingatan dalam kepala ni.
Memang setiap organisasi pasti ada yang kita suka dan tidak. Sukar untuk mengasingkannya menyebabkan pelbagai anasir menganggu di fikiran.
6) Tidur yang tak sempurna. Sekarang ni aku telah mula makan ubat kolesterol. Bila makan tu kadangkala akan terjaga malam untuk buang air kecil. Memang ada efek pada prestasi kerja.
Itu serba sedikit kenapa aku mudah hilang fokus. Mungkin usiaku yang bakal menginjak ke usia 40 menyebabkan neuron-neuron dalam otak ni sedikit nipis dan mungkin ada yang dah putus.
Apapun aku harapkan mampu menulis lagi dan harap ada yang membaca lagi artikel ku ini. Terima kasih kerana sanggup membaca sehingga ke saat ini.
Boleh juga tengok artikel di internet tentang kenapa mudah hilang fokus :-
1)Cosmopolitan – 7 Sebab Kamu Hilang Fokus
2) Syila Rapal – 5 Sebab ANda Sering Hilang Fokus
3) Hidupringkas.com – 4 Tanda Anda Hilang Fokus dan Gagal Urus DIri dan Cara Atasinya
Aku baca…he he he…
memang suruh baca pun..
Saya pun menghadapi situasi yg sama. Saya selalu kena marah dgn bos berkaitan dgn kerja. Saya selalu gagal jawab soalan dia dan tak ingat kerja sendiri. Kadang kadang saya sudah buat kerja tu tp saya sendiri tak ingat. Setiap hari sibuk dengan kerja smpi tak tgok phone tp bila bos tnye pasal kerja tu tak dpt nak jawab atau selalu kena rujuk buku atau nota, rase macam tak buat kerja. Saya selalu tertanya sendiri, “apa masalah aku?” Dekat rumah pon macam tu, mak pon bising bila saya terlupa nak beli pesanan dia atau terlupa nak tolong buat kerja rumah. Saya pon suspek sendiri mungkin ada adhd tp bila pergi klinik, Dr. tnye macam2 soalan yg saya sendiri tak dpt nak jawab. Dr. akhir confirm yg saya takde adhd. Saya pon tak tahu apa yg tak kena dgn saya.
saya pun sama.silly mistake,dan hilang fokus,stress,tak hepi semua tu.memula ingat stress level tinggi..tapi sebenarnya…liver function yang kurang..sebab tu hati ni plg penting nak dijaga…dari segi fizikal dan rohani…
try test darah dan buat ultrasound.from there u tau masalah2 tu ada kaitan…doctor takkan cakap ada kaitan..try search di youtube dr berg,dr nordin idrus..
tapi sebelum tu try buat blood test dan ultrasound.sy ada maslaah liver.untreated high cholestrol.hasilnye sebijik macam u bagitua ni..letih dan mengantuk sentiasa..